Prolog

27 1 0
                                    

Nadziratul Annies berjalan bersendirian di bahu jalan.Hujan lebat membasahi bumi.Baju kurung Kedahnya habis basah lencun.
Kehidupannya kini hancur.Hancur disebabkan cinta.Ya,cinta.Cintanya yang tulus lagi iklhas kepada jejaka idaman semua gadis.
Anak kepada Tan Sri Hafiz.

Hazim Irsyad.Mempunyai paras rupa yang menawan.Wang bukanlah perkara yang sukar baginya.Lima tahun dalam kehidupan lelaki yang telah menghancurkan hatinya.Sedih tak terkata.Kecewa dengan sikap sambil lewa Hazim terhadap dirinya.

Air mata menitis dengan laju.Titisan air mata dapat diselindungkan dek air hujan yang kian lebat.Bunyi deringan telefon bimbit dibiarkan.Nadzira berhenti saat matanya ternampak sebuah kereta Lamborghini putih berhenti di hadapan simpang depan matanya.Dia amat kenal dengan kereta tersebut.Nadzira bergerak setapak.Namun air matanya bergenang sekali lagi.Layanan mesra kepada wanita di sebelah pemandu tersebut membuatkan dirinya bertambah sedih.

Ya,Hazimlah yang berada dalam perut kereta tersebut bersama-sama bekas madunya,Laila.Ya...Laila.Bekas teman wanita Hazim dulu.Walaupun keadaan hujan lebat,namun mata Nadzira sangat tajam melihat layanan mesra kedua-dua pasangan suami isteri itu.Sungguh mesra sekali.Hati Nadzira menangis.Sedih tidak terkata.Tiba-tiba kepala Nadzira berdenyut kuat.Terus kepalanya yang dibaluti dengan shawl santin itu dipegang kuat.Menahan rasa denyutan sakit di kepala.Lampu isyarat bertukar warna hijau.Kereta Lamborghini itu melucur laju kehadapan.

Nadzira ingin mengejarnya.Ketika melintas,tiba-tiba sebuah kereta Honda CC hampir-hampir melanggar Nadzira.Kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapannya.Nadzira membatu.Kaget dengan kejadian yang tiba-tiba menimpa.Pemandu keluar dari perut kereta.Macam kenal gerangan ni...

"Annies!"jerit lelaki tersebut.

Kepala berdenyut makin kuat.Makin sakit dibuatnya.Tangan kembali memegang kepala.Nadzira memandang wajah lelaki yang menjerit namanya.

"Raffiq..?"hanya itu sahaja yang terpancul di mulut Nadzira.Tiba-tiba pandangan semakin gelap.Nadzira tidak tahan lagi.Denyutan kepala makin galak menyakitkan kepala Nadzira.Dia rebah di atas jalan raya.

Pemegang Watak KetigaWhere stories live. Discover now