Bab 1

34 1 0
                                    

Lima tahun sebelum...

Nadzira keluar dari perpustakaan dengan cepat.Kakinya laju melangkah.Terkocoh-kocoh dirinya membawa buku pada masa yang sama melangkah dengan laju.

"Habislah aku dah lambat!Ni semua Hazim punya pasal!"bebel Nadzira.Sesampai di blok kuliah,Nadzira terus naik ke atas dan terus memasuki dewan kuliah.Tapi yang peliknya,kosong.Tiada siapa pun di sini.

"Eh,mana semua orang?Takkanlah takde kelas kot?"omel Nadzira.Dia memandang sekeliling.Mana pulak diorang ni?Dalam minda Nadzira penuh dengan persoalan.Nadzira perlahan-lahan keluar dari dewan kuliah tersebut.Saat sahaja keluar,Nadzira ditegur oleh kawan sekelasnya."Wei Nad,hang buat pa kat sini?"tanya gadis tersebut.

"Eh Misha!Buat apa lagi?Datang classlah.Tapi mana semua orang?"tanya Nadzira balik.Gadis bernama Misha itu tiba-tiba ketawa lalu menepuk dahinya.

"Alamok Nad,aku lupalah nak habaq kat hang.Hari ni,Prof Maya tak mai.Anak dia masuk ward.Aku pun baru dapat tahu ni.Aku lagilah tunggu dah dekat setengah jam.Mereput aku,hang tau dak?"jelas Misha.

"Hang ni,lain kali habaq lah awai-awai.Tengok sekarang ni?Lain kali kalau hang buat lagu ni,siap hang!"marah-marah manja Nadzira.

"Amboi...nilah hang.Bila marah mesti dalam loghat orang Kedah.Tak yah sebutlah!Buruk tahu dak ceq dengar ni?Tak sedap!Dah orang Johor tu,cakap jelah bahasa orang Johor.Dahlah ceq nak pi library,hang nak ikut dak?"tanya Misha sempat lagi dia bebel.Ambik kau!Lagi pekat dari kau Nadzira.Nadzira ketawa mendengar bebelan rakan sekelasnya.

"Tak naklah.Dengan kau bukannya best pun.Lagi pun aku baru je dari library tadi.So,aku nak pergi kafe je.Nak studi."jawab Nadzira.Jam tangan dikerling seketika.'Lepas ni dah takde class.'omel Nadzira.

"Lantak hanglah.Ceq pi dulu.Bye."ucap Misha.Tangan kiri dilambai sebelum bergerak ke perpustakaan.Nadzira hanya membalas lambaian.Nadzira berjalan menuju ke kafe.Sesampai di kafe,dia memesan milo ais beserta beberapa keping sandwic.Kemudian,dia duduk di tempat yang tersembunyi.Senang tak ramai orang lalu dan tak bising.Nak belajar pun aman.

Nadzira belajar dengan tekun.Sesekali tangan menyuap sandwic ke dalam mulut.Buku panduan dalam bidang ekonomi itu dibuka.Nadzira menulis beberapa nota untuk exam akan datang.Last year ni aku akan buat yang terbaik demi Mak Ngah dan Pak Ngah.

Nadziratul Annies seorang anak yatim piatu serta anak tunggal.Kehilangan ibu bapa sejak berumur 12 tahun.Hidup dengan ibu saudara membuatkan Nadzira berasa segan untuk meminta apa-apa.Mak Ngah Nurul dan Mak Long Siti adalah satu-satunya keluarga terdekat Nadzira.Arwah ayah pula anak yatim piatu.Jadi sebelah ibu sahajalah Nadzira menumpang kasih.Walau bagaimana pun,Nadzira masih lagi berasa bahawa dirinya ada batas-batas yang perlu dititik beratkan.Nadzira tak mahu dikatakan mengambil kesempatan seperti yang dikatakan oleh anak-anak Mak Long Siti.Tetapi Nadzira selalu dimanja-manjakan oleh Abang Nazrin anak kepada Mak Ngah Nurul.Sebab itulah Nadzira sentiasa dikatakan gedik.Tetapi Nadzira adalah seorang yang pendiam serta seorang yang manja.Tetapi manjanya hanya pada Mak Ngah Nurul sahaja.

"Nadziratul Annies Bt Amirul Syafiq...."ucap seorang lelaki yang lagi tadi menghampiri Nadzira.

"Uhuk..uhukk!!"tersedak Nadzira dibuatnya.Cepat-cepat dia menyedut milo ais disebelahnya.

"Eh Zira!Ya Allah,aku mintak maaf.Mintak maaf!"ucap lelaki tersebut.Cepat-cepat dia menepuk belakang Nadzira dengan lembut.Membulat mata Nadzira apabila dibuat demikian.

"Woi!Kau pahal buat macam tu?Kita bukan mahramlah!"marah Nadzira kepada lelaki tersebut.Terus tangannya mengepalkan penumbuk.Dengan serta merta tangan lelaki tersebut angkat ke atas.

Pemegang Watak KetigaWhere stories live. Discover now