Bab 2

27 1 3
                                    

Nadzira leka menonton televisyen.Dayah yang datang dari dapur sambil membawa dua buah mug menyapa Nadzira.

"Wey Nad,kau tahu tak pasal gosip hari ni?"tanya Hidayah atau lebih mesra dipanggil Dayah,bestfriend kepada Nadzira lalu duduk bersebelahan dengannya.

"Gosip apa?Pasal Hazim dengan Laila putus?Aku dah lama tahu."jawab Nadzira.Terbeliak mata Dayah dengan jawapan Nadzira."Seriously?Really?Kau dah tahu?Cepatnya."ujar Dayah.

Nadzira mencapai mug yang diletakkan di atas meja kopi itu lalu meneguknya.Matanya masih lagi tidak lekang dari kaca televisyen.Pertanyaan Dayah tidak dihiraukan."Nad,cepatlah bagitahu aku dari mana kau dapat tahu?"rengek Dayah.Lengan Nadzira digoyang-goyangkan.Naik rimas Nadzira dibuatnya."Hish kau ni.Tuan badanlah yang cakap kat aku."jawab Nadzira dengan malas.Nak tengok tv pun tak boleh.

"Kau marah aku ke,Nad?"tanya Dayah perlahan.Melihat perubahan rakan baiknya.
Nadzirah hanya menggelengkan kepalanya.
"Aku stres nama aku naik dekat U.Ade yang cakap aku punca diorang putus.Haih..."rungut Nadzira.Dayah hanya mendengar sahaja tidak berani bertanya dengan lebih lanjut.Dia terus memandang ke kaca televisyen melihat cerita apa yang menarik.Telefon Lenovo yang berada di atas meja kopi berdering menandakan ada panggilan masuk.Cepat-cepat Nadzira mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa si pemanggil.

"Hello...?Zira..."jawab si pemanggil.Terus Nadzira menjauhkan handphonenya dari telinga lalu melihat siapa si pemanggil.Hazim?What?Apalah yang mamat ni nak?omel Nadzira dalam hati.Dia bingkas bangun lalu keluar dari rumah kerana takut Dayah mendengar perbualannya.

"Hello,Assalammualaikum.Ya ada apa?"jawab Nadzira bersahaja.

Lama perbualan antara mereka terhenti.Satu minit,dua minit,tiga minit....

"Hazim kau nak apa call aku malam-malam ni?Kalau setakat nak diam je,aku tutup.."

"Okey-okey.Aku sebenarnya nak minta maaf kat kau sebab semua orang fikir yang kau adalah punca kitaorang putus...Aku tak tahu pulak ade orang ambik gambar kita berdua semasa kat kafe tadi.."jelas Hazim.Nadzira sudah mula bosan dengan topik ini.

"Hazim...aku tak kisahlah orang nak cakap apa pasal aku,tapi bila part orang cakap aku ni orang ketiga dalam hubungan kau...Aku tak boleh terima.Sekarang ni,kisah cinta korang dah ada watak ketiga iaitu aku.Akulah orangnya...Akulah yang jahat.Akulah pemusnah cinta korang.."jawab Nadzira dengan malas.Hazim hanya diam membisu di dalam talian.

"Takpelah.Esok pandai-pandai kaulah buat apa yang patut.Aku dah naik bosan dengar.Aku nak letak dulu,bye.Assalamualaikum.."ucap Nadzira.Panggilan dimatikan.Nadzira melepaskan keluhan berat.Kenapalah boleh jadi macam ni?Haih...Dia terus memasuki rumah dan menghampiri tangga.Dayah yang baru sahaja meletakkan panggilan terus memanggil Nadzira.

"Nad,tadi Rania call.Dia tak jadi balik.Dia terus balik rumah dia sebab lusa ada kenduri dekat rumah dia.Jadi family dia jemput kita."ujar Dayah.Nadzira yang baru sahaja mendaki satu anak tangga terus terhenti dan mendengar penjelasan Dayah.

"Ouh...okeylah tu.Lagipun lusa ni aku tak de class.So,nanti kau kunci pagar ye?Aku dah penat ni..."jawab Nadzira sambil menayang giginya yang putih itu kepada Dayah.Dayah hanya memandang Nadzira yang sedang mendaki tangga sambil mulutnya ternganga.

"Aku?Tadi lepas on the phone tak nak kunci.Ni dah mula mengantuk sibuk suruh aku kunci pagar.."bebel Dayah.Dia terus menutup televisyen lalu mencapai segugus kunci untuk mengunci pagar.

"Dayah mana rumah Rania ni?Kau kata kau tahu rumah dia.."tanya Nadzira.Matanya melilau mencari rumah rakannya.Dayah melepaskan keluhan kecil di sebelahnya.Stereng kereta dipegang kuat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pemegang Watak KetigaWhere stories live. Discover now