Kain putih

5 3 0
                                        

Kelmarin ,
Aku hadir menjadi teman ,
Hari ini ,
Aku hadir kerana cinta ,
Esok hari ,
Aku pergi atas nama perpisahan.

Setia nya sang bintang bersama si bulan ,
Utuh nya sang awan menemani si matahari ,
Begitulah aku menunggu kehadiran kamu.

Kau aku dan mereka ,
Tiada bezanya ,
Darjat? pentingkah ia ..
Harta? boleh dibawa mati ke ..

Kita semua sama ,
Bermula sebagai sehelai kain putih yang tiada corak ,
Perjalanan hidup yang melukiskan setiap garisan di atasnya ,
Jika bagus perjalanan nya ,
Baiklah hasilnya ,
Jika tersasar dari jalan ,
Bagaimana pula hasilnya?
Seburuk-buruk corakan nya pun tetap boleh di baik pulihkan ,
Diubah hasil nya dari buruk kepada baik ,

Begitulah manusia ,
Sejahat manapun mereka ,
Jika mereka sedar dan cuba berubah ,
Insyaa-allah ..
Hidayah dan kemaafan miliknya ,
ALLAH YUFTAH ALAIKUM

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 02, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Luahan seorang umairahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang