Bestfriend. Kawan baik. Semua memang ada. Mungkin satu atau dua. Sebab kualiti seorang bestfriend ini berbeza dengan kualiti seorang kawan rapat.
Aku rasa memang ada friendship goals yang merata kat dunia ni. Aku pun ada jugak.
Kalau bestfriend, tipulah kalau kau tak pernah buat benda jahat kat dia. Macam maki dia ke, pukul dia ke. Well, semua orang buat benda begitu untuk menunjukkan kerapatan. Ramai yang salah anggap, 'eh jahatnya kawan dia tu'.
Jujur aku cakap, mana yang macam ganas dengan kawan tu, itulah cara dia menunjukkan kerapatan sebab maybe ada yang ego.
Tapi kali ni, aku bukan nak cakap pasal ego ke apa. Tapi pasal manusia yang digelar sahabat.
Bestfriend. Ada yang baik, ada jugak yang buruk. Ada jugak yang bermuka dua.
Zaman sekarang ni dah ramai yang jenis ikut kawan. Sikit-ii ikut kawan. Kawan pakai sneakers pun, kau pakai jugak. Kawan hisap vape pun kau ikut jugak. Dan kawan kau nak bogel pun kau ikut jugak.
But yeah, mengikut ni ada baik dan ada buruk. Kawan kau turun kelas pun kau nak ikut sekali. Ini aku tak faham. Asal kau sanggup memperjudikan masa depan kau dengan kawan?
Asal kau sanggup duduk kelas last semata-mata nak friendship goals lah bagai. Aku bukannya nak pisahkan korang tapi tak ke bangang tu.
Yang cari kerja guna sijil pelajaran tu kau, dan bukannya kawan kau. Yang nak cari duit untuk kau makan tuk bukannya kawan kau tapi kau sendiri.
Kalau kau nak rayu dekat cikgu nak turun kelas kedua ketiga ke, aku tak kesah. Ni yang last sekali. Nanti bila orang-ii kat kelas kau tu orang yang lain, mula lah kau kecam mengecam.
Ni lagi ada satu. Asal lelaki bestfriend dia pun lelaki bila nak berpeluk terus kena cop 'gay' ? Bangang ke ape? Asal lelaki jer kau cakap macam tu? Kenapa perempuan yang peluk kawan dia tu kau tak cakap les? Bila lelaki peluk perempuan pulak mula lah kau cakap, 'oh mai gaidd, relationship goal guys'. Rg bangang kau. Tu dah menempa dosa kalau masing-ii Islam yang berpeluk ataupun salah satu dia orang Islam.
Kawan ni bukannya semua tak baik. Tapi dari kita jer nak pilih yang baik ke yang jahat. Aku sebenarnya memang ada satu tips nak cari kawan yang bagus tapi itupun aku jumpa masa aku baca buku Ana Muslim.
Dia cakap, cuba kau buat buruk kat kawan baru kau tu. Then kau suruh satu kawan kau lagi tanya budak tu apa yang kau buat kat dia. If dia cakap yang kau tak buat apa-ii dan bela kau, then dia jenis yang tak suka nak aibkan orang. Dan kalau sebaliknya, well kau tau jugak dia jenis macam mana. Aku dah try benda ni and yes, dia masih jadi kawan aku sampai sekarang.
Lagi satu aku nak cakap pasal kawan ni. Kawan ni kalau boleh aku nak kau respect dia. Respect each other lah macam tu. Dan fahami jugak tentang diri dia. Then dia akan cuba untuk fahami kau.