Kali ni simple jer aku nak ulas. Dan aku akan ulas secara lembut tanpa sindiran. Ia berkaitan dengan wanita. Yup. Dari tajuk part ni memang kau dah tahu.
Tudung.
Sama maksud dengan hijab.
Mustahilkan kalau lelaki yang pakai tudung? Memang nampak gila lah.
Okay, ramai wanita sekarang ni yang pakai tudung. Budak sekolah tadika pun ada yang dah pakai tudung.
But,
Diorang semua yang pakai tudung ni, memang pakai selamanya ke?
Ramai orang sekarang ni pakai tudung tu on off. Apa kau fikir tudung ni suis ke?
Maksud aku diatas tu, ramai manusia yang berjantina WANITA kekadang pakai tudung, kekadang tak.
Aku tak faham dengan jenis orang yang macam ni? Bila kat tempat kerja atau sekolah pakai tudung tutup habis macam ninja.
Tapi bila kat luar tempat kerja or sekolah, rambut tu dah macam besi yang berkarat tu. I know you know what I meant.
Kekadang nak jer aku cakap dengan manusia jenis ni suruh buka jer tudung tu. TAPI, aku tahu. Bila aku suruh kau buat macam tu, and kau buat benda tu, aku yang dapat dosa.
Cubalah kan, kau pakai tudung tu takyah nak buka-ii lagi. Aku faham lah jugak kalau ada manusia yang baru menjinak-jinakkan diri pakai tudung. Kekadang dia buka sebab baru belajar.
Ini tak! Dari kecik dah sekolah agama, bila dah remaja ni, fulamakkk. Rambut dah tak tersekat kat skala enam.
Bagi aku, orang yang jenis pakai tudung on off ni memang jenis yang takde pendirian. Takde life langsung.
Aku ada nampak seorang wanita ni. Cantik sangat bila dia bertudung. Serious aku cakap, memang cantik. Yang aku pakai tudung ni pun kekadang senget.
Tapi, disebabkan wanita tu percaya yang rezeki tu manusia yang bagi and bukan tuhan yang bagi, dengan bangga macam dapat award tu, tudung dah terbang pergi pluto.
Ada juga jenis manusia yang dengar sikit jer pujian yang dia nampak cantik bila dia lepaskan rambut, tanpa fikir panjang, tudung dah lesap. Memang tak fikir panjang lah manusia ni sebab otak kat lutut.
Aku tahu cara aku bercakap memang kurang ajar. PT3 pun aku belum lepas, dah nak bagi tazkirah dekat orang yang lebih tua. Ya, aku tau aku tak layak nak tegur kau.
Tapi kau kena ingat, kalau aku tengok dari jauh jer dan tak tegur, aku sendiri yang dapat dosa sebab biarkan saudara seagama dengan dia tersesat.
Tolonglah. Janganlah cepat sangat percaya kata-ii negatif orang tu. Kekalkan pendirian kau tu. Pakai lah tudung.
Tipulah kalau wanita tak nampak cantik kalau pakai tudung. Sedangkan senior bukan seagama aku pakai tudung sebab terpaksa pun boleh nampak cantik sampai berbuih mulut aku puji kecantikan yang tuhan anugerahkan kat dia.
Jadi, pergi lah ambil tudung tu. Pakai balik. Tak yah nak malu sebab nampak buruk di pandangan manusia, biar nampak cantik dipandangan Allah tu dah dikira bagus lah.
So, kali ni tak panjang. Dan aku harap apa yang aku sampaikan sedikit ni dapat kau fahami. Once again, sorry kalau terkasar.
Berhijab lah kerana Allah. Kerana bukan manusia yang layak menilai kita. Malulah jugak terhadap Allah. Dia dah bagi kita terus bernafas, takkan nak suruh pakai tudung pun kita taknak pakai? Malulah sikit saudari sekalian.