pengemis vs orang kaya

23 2 0
                                    

Asal orang sekarang suka nak pentingkan darjat? Memang penting sangat ek darjat tu bila masuk dalam tanah?

Darjat ni banyak orang tengok dari segi kemewahan. Bila dia kaya raya jutawan, darjat dia terletak di paling atas. Dan orang yang miskin, makan hanya sebulan sekali, dianggap paling hina.

Kau pernah tanya diri kau tau apa fungsi/sebab kau hidup dekat bumi ni? Pernah ke tak?

Hidup dekat dunia ni hanya untuk mengejar pahala. Kau kejar duit, followers, kasut Nike bagai boleh bawa masuk syurga jugak ke benda yang kau kejar-kejarkan tu?

Kekadang kan aku sendiri rasa hidup orang susah itu lebih suci daripada hidup menjadi orang kaya berbilion duit bagai macam pak Jib.

Sebab ap? Sebab walaupun diorang miskin, kesucian harga diri diorang masih ada. Tak macam orang kaya yang macam miskin sangat nak beli pakaian tak cukup kain tu.

Maybe akan ada yang cakap, 'memanglah kau cakap diorang masih ada harga diri sebab diri diorang sendiri kotor dan tak terurus.'

Aku yakin yang memang ayat tu akan keluar kat otak kau. But, kau jangan terpekik terlolong bila kau nampak orang yang cantik tu sebenarnya dulu adalah seorang manusia yang low standard.

Bukan diorang yang minta menjadi pengemis. Begitu jugak kau tidak minta untuk jadi pelajar. Itu semua ketentuan tuhan. Tuhan yang tentukan kehidupan kau macam mana. Cuma terletak pada diri kau sahaja sama ada mau ubah kehidupan kau atau tak.

Pengemis ni cuba kau jangan nak hina caci maki. Sebab dia juga saudara kau. Well, mungkin kau jer yang tak tahu.

Kalau kau masih nak maki caci pengemis, then cuba engko jadi acah-ii pengemis. Kita tengok orang cantik macam kau ni bila jadi pengemis ada yang ludah kau atau tak.

Aku bukan sahaja nak backup pengemis, orang kaya pun aku backup. Why aku backup? Sebab tak semua diorang ni jahat sombong gila nak mampus.

Kekadang kawan aku meluah kat aku. Dia selalu di hina hanya disebabkan duduk makan dengan orang yang low standard. Hmm, kau tak rasa bangang ke orang yang hina dia tu?

Takkan sebab dia makan jer dengan orang yang low standard, korang dah nak cakap itu ini yang buruk kat dia?

Nak aku kata aku ni kaya, taklah sebab nak dibandingkan aku dengan kawan aku, dia anak Dato' weii. Tapi dia tak kesah semua tu. Sifat dia yang suka merendah diri ni aku suka. Daripada sifat orang yang dahlah bodoh then berlagak sombong. Orang panggil bodoh sombong.

Ingat lah yang kedudukan kita kat dunia ni tak selalunya atas. Manatau satu hari nanti kau pula yang duduk tepi longkang. Aku cakap ni bukan sebab aku ni baik bak rasul. Aku pun manusia biasa yang memahami perasaan segelintir masyarakat. Aku kutuk ni bukan sebab aku ni perfect sangat tapi aku sekadar nak sedarkan masyarakat yang mungkin tidak akan maju kalau tak open minded ni.

Open MindedWhere stories live. Discover now