Hantu Ani Bercat Kuku

3K 14 0
                                    

PETANG Sabtu itu seperti biasa Ani bersiap-siap hendak pergi kerja di bandar. Oleh sebab kerjanya di kelab malam, Ani bergaya habislah. Celak, maskara, bedak, gincu termasuk sekali pewarna kuku pun dipakai oleh Ani. Hampir senja barulah Ani selesai mekap.

"Ani solatlah dulu,dah Maghrib ni!" pesan ibunya yang muncul dari pintu bilik Ani.

Ani malas nak layan ibunya. Dia hanya mengangguk dan masuk ke dalam bilik air. Ani bukannya nak solat sangat. Tapi Ani tak mahu melukakan hati ibunya. Ani sayang ibunya.

Lagipun ibunya tidak tahu yang Ani kerja di sebuah pub di tengah bandar. Yang ibunya tahu Ani kerja syif malam sahaja. Lagipun ibunya orang kampung. Manalah ibunya tahu apa-apa. Asalkan Ani pandai cari duit untuk dirinya dan menampung keluarga, ibunya izinkan saja Ani cari rezeki. Tapi perubahan Ani sejak kerja di pub itu membuatkan ibunya risau.

"Mak, selagi chek solat, mak jangan risau. Chek pandailah jaga diri!" pujuk Ani.

Tak apalah kalau ibunya mahu menyuruh Ani solat sekali pun Ani pasti akan buat. Ani basuh tangan, muka, dan kaki untuk berwuduk. Ani solat. Ani tahu ibunya melihatnya dari celah pintu biliknya mahu memastikan Ani benar-benar solat.

Selesai solat Ani lipat telekung dan mekap semula. Tapi Ani tak perlu mewarnakan lagi kukunya.

"Tak rugilah aku beli jenis ni!" bisik hati Ani puas dengan jenama pewarna kuku yang tahan luntur itu.

Nah! Sekarang Ani sudah bebas. Dengan motosikal HONDA EX5nya, Ani membelah malam yang masih muda seperti usianya juga yang baru habis SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM).

Namun malam itu gerimis sudah mula turun. Angin menolak-nolak penutup topi keledarnya. Ani rasa macam mahu melayang sewaktu melintasi sebuah tanjung yang menghadap laut. Apa pun Ani selamat tiba di pub tempat kerjanya.

Ani tidak sekadar menghantar minuman keras bahkan menjadi pelayan nafsu seks bagi pengunjung inginkam tubuhnya yang melentok itu. Kalau harapkan semata-mata gaji pelayan tentulah tak mencukupi. Inilah pendapatan sampingan Ani. Malam itu Ani dapat dua lelaki. Penuhlah poket Ani.

Malam itu dekat pukul 4.00 pagi baru Ani pulang ke rumah. Ani separuh khayal akibat alkohol semasa menunggang. Motosikalnya sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri. Mujurlah tak ada kereta.

Semasa Ani menuruni jalan yang berbukit, Ani hilang kawalan. Akibatnya motosikal Ani terbabas dan Ani tercampak ke dalam semak di tepi jalan. Malangnya motosikal itu mengelongsor menimpa Ani. Ani ditindih motosikal kesayangannya.

Beberapa hari kemudian, orang terbau busuk ketika melalui jalan itu. Dan apabila diperiksa nyatalah mayat Ani bersama motosikalnya terbenam dalam semak samun belukar di kaki bukit tersebut. Tubuhnya telah berulat. Jenazah Ani dimandikan sebagai memenuhi rukun menguruskan jenazah...

*Beberapa minggu selepas kejadian...*

MALAM itu bulan mengambang penuh. Zahir dan Hisyam sedang berbual di atas pangkin depan rumah sahabatnya, Razak. Tidak jauh dari situ terdapat sebatang jalan kampung yang suram diterangi cahaya bulan.

Perbualan mereka berpindah dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Hingga Razak buka cerita hantu.

"Jembalang, pocong, langsuir, toyol, hantu raya...apa lagi nama hantu yang hangpa tau?" soal Razak.

Mastika (Kisah Benar)Where stories live. Discover now