1

1K 19 5
                                    

"Ya Abah, by next week Raisha akan settle kan projek tu dengan COM Holdings. Kalau tak silap Sha kan, bajet untuk projek tu kecik je tapi, tolak semuanya keuntungan syarikat kita dalam 10 juta macam tu? Ha'ah, okay.." Raisha Rose fokus terhadap perbincangannya dengan abahnya, Dato' Rashid. Kopi di tangannya sesekali dihirup. 

Sedang berjalan, tetiba sahaja dia terlanggar seseorang dan malang sekali kopinya tertumpah pada baju orang itu. "A...abah nanti Sha call balik." segera Raisha Rose memutuskan talian.

"Saya.. betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja.. Um.." Raisha Rose mengambil tisu di dalam begnya dan segera mencuci baju lelaki di hadapannya. 

"Tu bukan menolong, tapi mengotor!" kata lelaki itu, yang sedari tadi mendiamkan diri. Pantas, Raisha Rose menghentikan perbuatannya. "Eh hello, at least saya ada niat nak tolong awak!" Raisha Rose mulai bengang. 

"Ni, saya pun tolong jugak. Tolong awak, supaya tak mengotorkan lagi baju saya!" Kata lelaki itu, dengan selambanya. "Anyway, saya Zayd. Tengku Zayd Ameen." sambungnya dengan satu senyuman. 

Raisha Rose menunding jari pada wajahnya. "Ada nampak macam saya nak berkenalan ke?" Tengku Zayd Ameen tersenyum, "Jual mahal, nanti jadi anak dara tua.." katanya, sengaja menyakat Raisha Rose.  

"Urgh, tiga suku!" kata Raisha Rose dengan geramnya, berjalan pantas masuk semula ke butik kafe miliknya.


Tengku Zayd Ameen hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu. 


"Menyampah betul aku! Benci... benci... benci!!!" Raisha Rose mengomel sendirian, terbayang wajah kaku dan bersahaja lelaki itu.  Pembantunya, Sylvia menghampiri Raisha Rose. "Ni, kata nak pergi tengok site  tapi kenapa ada di sini lagi?" soalnya. Raisha Rose memandang wajah Sylvia yang bersahaja itu. "Ni... benci sangat dengan mamat tu.." Raisha Rose menekup wajahnya. 

"Mamat mana? Kau ni, Rose, kalau boleh semua lelaki kat dunia kau benci... kenapa dengan mamat tu?" Sylvia bertanya lagi. Bengang betul rupa Raisha sekarang ini. 

"Dia... panggil aku anak dara tua!" Raisha Rose mendengus. Dengan wajah selamba, boleh sahaja lelaki itu berkata sedemikian mengenai dirinya. Dah lah tak kenal, selamba badak je dia cakap dirinya anak dara tua?! Gila!

"Hm, apa-apalah. Cuma nak pesan, jangan benci sangat. Nanti, dari benci jadi sayang!" usik Sylvia. 

"Syl! Takde maknanya lah! Simpang malaikat 44 kalau nak bersuamikan orang macam tu. Dahlah kayu.. mulut celupar!" Raisha Rose mencebikkan bibirnya.

"Eh, ada aku cakap suami ke?" Sylvia tersengih, sengaja menyakat Raisha Rose. 

"Sylvia!" Raisha Rose mengambil begnya dan keluar dari butik kafe miliknya itu. Lebih baik, dia keluar untuk menenangkan dirinya dengan terapi 'shopping'!!

Selamanya CintaWhere stories live. Discover now