Raisha Rose tiba di rumah apabila jam menunjukkan pukul 8 malam. Suasana rumahnya agak meriah, kedengaran suara-suara orang bercakap. Mungkin kawan bisnes abah nya yang datang untuk makan malam dan berbincang mengenai projek baru.
"Assalamualaikum." perlahan dia memberi salam. Serentak salamnya dijawab. "Ha, ni anak bongsu aku, Raisha Rose. Sha, ni kawan-kawan bisnes abah." Dato' Rashid memperkenalkan anaknya kepada rakan-rakan. Raisha Rose hanya senyum dan menundukkan kepalanya sedikit, sebagai tanda hormat.
Senyuman Raisha Rose mulai kendur apabila melihat gerangan yang menyakitkan hatinya. Tengku Zayd Ameen hanya tersenyum, tahu bahawa gadis di hadapannya tidak menyukai kehadirannya.
"Eh, ni, anak Zul. Company yang abah cerita, selalu dapat projek mega tu." Dato' Rashid hanya tersenyum. Bahu anaknya diusap perlahan, mungkin tragedi lama itu masih menghantui diri anaknya.
"Oh, ni lah ya." Gumam Raisha perlahan. Datin Rozita menghampiri suaminya, "Dah lah tu bang oi, girl kan baru balik tu. Semua, jom makan!" katanya lalu mereka semua pergi ke arah ruang makan.
Raisha Rose memandang Zayd Ameen yang selamba sahaja berdiri memeluk tubuh. "Buat apa kat sini?" soal Raisha Rose, meluat!
"Nak meminang awak." Zayd Ameen dengan bersahaja menjawab membuatkan Raisha Rose semakin geram! "Orang tanya betul-betul, jawablah!" Raisha Rose mendengus. Zayd Ameen mengeluh. "Sayangkan? Wajah awak tu cantik, tapi sayang seribu sayang, telinga tu pekak." Raisha Rose terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. "Awak panggil saya pekak?! Eh... hormat sikit eh ni rumah saya!"
"Betulkan apa yang saya cakap? Awak punya telinga tu ada problem. Kan tadi abah awak cakap, yang kami di sini atas urusan kerja." Zayd Ameen berjalan meninggalkan Raisha Rose.
"Sengal!" gumam Raisha Rose. Dia berjalan pantas melimpasi ruang makan itu. "Kenapa dengan Sha tu, bang?" soal Datin Rozita apabila melihat wajah anak gadisnya yang masam mencuka tu.
Raisha Rose memasuki ruang makan dan duduk berdepan dengan Zayd Ameen. "Makanlah, Sha." kata Datin Rozita sambil menuang air minuman. "Tak nak lah, mama. Takde selera pulak." balasnya sambil menjeling ke arah Zayd Ameen.
"Kenapa pulak?" soal Datin Rozita, hairan. "Entahlah mama. Sini panas, Sha nak naik."
"Panas? Orang banyak dosa je rasa panas tempat sejuk macam ni." gumam Zayd Ameen, namun didengari oleh Raisha Rose.
"Orang lelaki sekarang, mulut tu boleh tahan! Mengalahkan perempuan!" ujar Raisha Rose lalu pergi meninggalkan ruangan itu.
Datin Rozita dan Dato' Rashid saling berpandangan. "Maaflah, anak I tu memang pelik sikit. Makanlah!" Datin Rozita tersenyum.
YOU ARE READING
Selamanya Cinta
عاطفيةAngkara peristiwa lalu yang hampir meragut kesucian dan nyawa dirinya, Raisha Rose berasa trauma dan takut akan ciptaan Tuhan yang bergelar lelaki. Sejak dari peristiwa hitam itu, dia tidak berani mendekatkan diri dengan kaum Adam, apatah lagi henda...