3

569 13 1
                                    


Datin Rozita menghampiri anak daranya itu. "Sha ni, kot ya pun.. jangan lah layan tetamu kita macam tu." Rambut anaknya itu dibelai, wajah cemberut anaknya di pandang kejap. Raisha Rose memandang wajah mamanya. "Ma, budak tu mama faham tak annoying yang teramat?" Raisha Rose kini sudah duduk berhadapan dengan Datin Rozita.

"Kamu kenal ke budak Zayd tu?" soal Datin Rozita. Hairan! Anak daranya itu jarang sekali mahu berkenalan dengan lelaki. "Dia tu yang girl jumpa tadi, mama!" 

"Dah tu?" soal Datin Rozita lagi. "Ma, pokok pangkalnya, I hate him." Raisha Rose menjeling mamanya, geram. Merajuk dengan mamanya! "Eh tak boleh benci orang tu sangat tau, tup tup nanti... jatuh hati!" Datin Rozita giat mengusik puteri tunggalnya itu. 

"Eee... mama ni." Raisha Rose menggelengkan kepalanya. Selisih malaikat 44 lah kalau dijodohkan lelaki macam Tengku Zayd tu. Muka selamba, poyo.... mulut mengalahkan perempuan!

___________


"Good morn-" Langkah Raisha Rose terhenti pada anak tangga yang terakhir. Paginya yang indah dan cerah tetiba di selubungi oleh awan yang hitam dan gelap.

'Buat apa mamat ni kat sini?' getus hatinya, geram! Tengku Zayd Ameen tersenyum sinis melihat dirinya membuatkan Raisha Rose bertambah geram.

"Sha! Morning, ni Zayd..." Dato' Rashid yang baru mengenalkan dirinya dengan Tengku Zayd Ameen terhenti apabila Datin Rozita mencelah. "Tau. Girl kenal dengan Zayd ni." 

"Ha'ah uncle. Kan, Raisha?" soal Tengku Zayd Ameen dengan nada sinis. Raisha Rose mendengus kasar. "Ni.. ni! Jap, buat apa kat sini? Tak ada rumah sendiri ke? Ingat ni mamak ke nak tumpang breakfast?" tangannya disilangkan, kecil besar kecil besar sahaja dia melihat lelaki dihadapannya.

"Raisha!" serentak Dato' Rashid dan Datin Rozita menegur anaknya. Mulut tak ada insurans langsung! 

"Ingatkan mamak tadi, sebab awak ni... um, ada iras makcik yang selalu ambik order tu." Tengku Zayd Ameen berkata, seraya memberi senyuman kepada dua orang tua di hadapannya.

Raisha Rose melopong mendengar jawapan selambanya. Adakah patut dirinya di panggil mak cik?! Buta ke bodoh mamat ni? "Eh, hello! Awak panggil saya mak cik? Awak tu? Geram je saya tengok awak ni."

Tengku Zayd Ameen mengerling ke arah Raisha Rose. "Abang. Geram ya? Uncle, nampaknya anak uncle ni berkenan dengan saya ni." ujarnya selamba kepada Dato' Rashid.

Dato' Rashid dan Datin Rozita ketawa, berkenan juga hati tua mereka mengambil Tengku Zayd sebagai menantu.

Raisha Rose menjeling Tengku Zayd Ameen. Bencinya! Pantas dia naik semula ke atas. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selamanya CintaWhere stories live. Discover now