I Choose You

123 5 0
                                    


"Ayo~Korea~Wuhoo~"

Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Senyuman manis terukir. Selepas bertahun lamanya meninggalkan tempat lahirnya ini,akhirnya dapat juga dia pulang kembali. Pandangannya terganggu dek orang ramai yang sibuk bertolak-tolakan untuk tengok sesuatu. Dan tidak diduga,dia ditolak seseorang dan jatuh ke lantai.

'Ish! Diaorang ingat sini apa? Zoo ke?'

Dia membebel berseorangan. Debu di baju ditepuk-tepuk. Dia bangun lalu pergi ke tempat yang tidak ramai. Telefon di kocek diambil lalu dengan pantas dia mendail nombor seseorang.

"Hello. Siapa ni?"

"Namjoon oppa~"

Dia merengek. Dia memintal-mintal hujung rambutnya dengan mulutnya mencebik.

"Hyojung? Sorry. Oppa baru bangun tidur. Nanti oppa datang ambil Hyojung dekat airport ea?"

"Tunggu,oppa. Kenapa hari ni ramai sangat dekat airport? Sampai Hyojung kena tolak."

"Kejap. Tarikh hari ni berapa?"

"10 Oktober."

"Owh. Exo baru balik lah tu."

"Ekso?"

"Haih! Tak payah nak sibuklah. Kau tunggu dekat luar airport. Oppa mungkin sampai dalam dua puluh minit nanti. Bye."

"Opp-"

Hyojung melepaskan keluhan. Telefonnya tadi disimpan kembali ke dalam kocek. Beg galas merah jambu dicapai lalu dipakainya. Beg bagasinya pula ditarik tangan kirinya. Dia menggigit bawah bibirnya. Dia terjongket-jongket melihat keadaan. Kawasan untuk keluar dari airport penuh dengan peminat 'ekso' tadi.

'Haih! Macam mana aku nak lepas daripada peminat 'buas' ni? Nanti aku kena tolak lagi.'

Dia memeluk erat beg bagasinya. Dia menggenggam tangannya.

'Kim Hyojung. Fighting. Kau boleh buat!'

Dia menyorak untuk diri sendiri dan dengan pantas dia merempuh kawanan peminat 'ekso' yang buas tersebut.

"Sorry."

"Tumpang lalu."

"Excuse me."

"Opps."

Dia melanggar seseorang. Dia hampir-hampir terpeluk seseorang dan mujurlah ada beg bagasinya yang menjadi penghalang antara dia dan orang tersebut. Terkebil-kebil matanya memandang orang itu. Dia perasan yang dia sekarang ni telah berada dalam kawanan tersebut. Dan lebih menakutkan apabila mata-mata peminat mereka tidak lepas memandang Hyojung. Hyojung menelan air liurnya yang terasa pasir.

"Sorry~"

Dia pantas menunduk lalu berlari keluar dari airport.

***

"Baekkie. Kau okey?"

"Aku okey,Chan."

Mata Baekhyun tidak lepas memandang manusia yang baru saja melanggarnya tadi. Pelik. Dia menggaru kepalanya. Kai menarik tangan Baekhyun.

"Jom. Takut pengurus marah pula."

"Nae."

***

"Macam mana? Awak terima?"

Aku membelek-belek surat perjanjian. Mataku yang sepet ini serta merta membulat dek melihat nama yang seakan-akan aku pernah dengar.

"Exo?"

Random Short Story [MALAY]Where stories live. Discover now