My Weird Brother

131 6 2
                                    


Title: My Weird Oppa

Characters: Hyungwon, Sinbi dan I'M

Request by: anissofea / 

Genre: Romcom

Made by: Jelly_warrior

Author note: Hi! Tak tau lah kalau awak kenan dengan cerita ni. Hurm. Hope you will enjoy it. ^^

Jelly_Warrior : Hai anissofea :) Sorry sebab buat awak menunggu. Saya harap awak suka dengan cerita yang saya tulis ni and again, sorry kalau ia tak seperti apa yang awak harapkan. Apa-apa pun, saya harap awak enjoy dan berpuas hati :)




My Weird Oppa.



"SinB, cepat ! Kita dah lambat."

"Pergi je la ! Adik tak nak naik dengan abang ! Adik lebih rela jalan kaki!"

Chae Eun Bi. Orang panggil dia SinB. Satu-satunya anak perempuan keluarga Chae yang comel dan manis orangnya. SinB mempunyai satu kehidupan yang biasa. Biasa tapi bahagia. Keluarganya keluarga yang sederhana. Ayahnya seorang perunding hartanah manakala ibunya pula seorang guru sekolah rendah. Oh Ya ! Dia mempunyai seorang abang. Seorang abang yang jarak umurnya hanya berbeza dua tahun. Chae Hyung Won. Kerana insan bernama Chae Hyung Won inilah, SinB merasakan yang kehidupan biasanya kadang-kadang menjadi luar biasa. Sepanjang hidupnya yang sudah 16 tahun di muka bumi ini, Hyungwon adalah manusia yang paling pelik pernah dia jumpa dan manusia bernama Hyungwon itu adalah abangnya.

"Abang pergi je la ! Adik tak nak naik skuter abang ni ! Adik tak nak pergi sekolah dengan abang lagi !"

"Alahai, SinB ku sayang, intan payung emas berlian platinum magnetik abang, dah kenapa kau mogok ni?"

Di mata Hyungwon, SinB adalah segala-galanya. An apple to his eyes. Walaupun adiknya sudah besar panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai anak gadis, namun pada Hyungwon, SinB masih bayi kecil yang perlu disayangi, dibelai dan dilindungi dari segala noda-noda duniawi. Cet ! Hyung Won sangat sangat sangat menyayangi adik perempuannya itu memandangkan hanya SinB adik-beradik yang dia ada. Oleh itu, sebagai abang yang baik dan berwibawa, Hyungwon telah bertekad untuk sentiasa menjaga dan menyayangi SinB sepenuh hatinya.

Sweet kan? Mesti ada yang cemburu dengan SinB. Kan? Pasti ada yang berharap untuk memiliki abang macam Hyungwon kan? Beruntungnya kalau Hyungwon jadi abang kita! Mesti rasa gembira? Betul tak SinB?

"Tak !"

Bagi SinB, Hyungwon merimaskan. Diulangi. MERIMASKAN. SinB kadang-kadang rasa macam nak campak abangnya itu ke dalam sungai atau hantar saja Hyungwon ke Pusat Kebajikan Masyarakat sebab lelaki itu tersangatlah annoying. Apa saja yang SinB buat, ada saja yang tak kena. Itu tak boleh, ini tak boleh! Semuanya tak boleh !

Kali ini, SinB mogok dengan Hyungwon gara-gara abangnya itu telah meracuni pemikiran orang tua mereka sehingga dia tak dapat menghadiri fanmeeting event dengan kumpulan idol kegemarannya, BTS. Awalnya, ibu SinB dah mengizinkan namun bila Hyungwon masuk campur, keputusan ibunya itu terus berubah.

"Tak payah ke sana, SinB ! Orang ramai. Kalau kau sesat macam mana?"

Macam-macam teori dan jangkaan pelik yang Hyungwon bentangkan di depan Puan Chae. Kononnya, fanmeeting sebegitu bahaya kerana banyak sasaeng fans yang menggerunkan. Bimbang kalau SinB tercedera. Hyungwon juga mengatakan yang fanmeeting sebegitu langsung tak berfaedah dan membuang masa bagi SinB. Lantas, Puan Chae terus termakan kata-kata Hyungwon dan boom ! SinB tak dibenarkan untuk pergi. Terima kasih kepada abang 'terbaik'nya, Chae Hyung Won.

Random Short Story [MALAY]Where stories live. Discover now