Hold Me, Love Me

131 3 1
                                    

Title: Hold Me, Love Me

Characters: Min Yoongi (Suga) of BTS and Eunha of Gfriend

Request by: haseungwon

Genre: Angst and Romance

Made by: Jelly_Warrior

Author note: Hai haseungwon :) Jelly_warrior di sini dan taraaa~~~...cerita awak dah siap. Fuh ! Agak mencabar juga untuk siapkan cerita ni. Huhu ! Saya harap awak sukakannya. Anyways, request awak mengingatkan saya pada J-Drama, One Litre of Tears. Tbh, saya banyak refer situ untuk tulis ni cuma saya ubah jalan cerita supaya tak sama. Maaf sekiranya cerita ni tak memenuhi keinginan awak tapi apa-apapun, saya harap awak sudi membaca sehingga ke penghujungnya dan terhibur dengan cerita yang saya tulis ini.

P/S : Lagu-lagu yang saya gunakan untuk dapat feel cerita ni.




LOVE ME, HOLD ME

Mei 2017,

Yoongi berjalan santai sendirian untuk menuju pulang ke rumahnya setelah puas mengambil angin di luar. Angin petang yang mendamaikan menampar lembut tubuh tegap pemuda itu. Awan redup berarak bersama angin yang bertiup. Sesekali, dia membetulkan anak rambut yang menutupi dahinya. Sebaik saja sampai betul-betul di hadapan sebuah rumah sederhana besar milik keluarganya, Yoongi menghentikan langkah. Sejenak, rumah banglo dua tingkat yang terletak di sebelah rumahnya dikerling. Kenangan lalu terimbas tanpa sengaja di minda pemuda berusia 25 tahun itu.

"Yoongi-ah."

Suara halus seseorang menyapa telinganya lantas dengan segera Yoongi menoleh. Susuk tubuh kecil molek seseorang yang berdiri di belakangnya dipandang sebelum satu senyum ditarik. Kakinya digerakkan mendekati insan yang memanggilnya tadi.

"Mak Cik, lama tak jumpa." tangan wanita yang digelarnya sebagai Mak Cik itu dicapai lantas dibawa ke genggaman. Sejak dia berpindah ke Seoul, ini kali pertama dia berjumpa semula dengan wanita yang merupakan jirannya itu. Ya. Dialah penghuni rumah yang berada di sebelah rumah keluarga Yoongi. Kedutan-kedutan halus yang dapat dia rasakan dari tangan wanita itu menandakan betapa pantas waktu sudah berlalu meninggalkan mereka. Wajah redup wanita itu direnung sambil tersenyum manis.

"Bila Yoongi balik sini?" soal wanita lewat usia 40-an itu kepada Yoongi yang masih tersenyum.

"Semalam." pendek jawapan Yoongi buat wanita itu mengangguk. Wajah Yoongi direnung dalam diam. Anak muda di depannya itu sudah banyak berubah berbanding dulu. Wajahnya kini nampak lebih manis dan tenang. Orangnya juga semakin kacak dan bergaya. Patutlah pemuda ini menjadi igauan anak gadis kesayangannya.

"Oh ya, Mak Cik nak bagi kamu sesuatu." wanita itu berkata setelah teringat semula niat asalnya menegur pemuda itu tadi. Beg kertas yang dijinjitnya dihalakan ke arah Yoongi yang menayang riak muka tertanya-tanya.

"Apa ni Mak Cik?" soalan yang sudah dapat diagak keluar dari mulut Yoongi buat wanita itu sekadar tersenyum pahit.

"Eunha bagi."

Tergambar riak terkejut dari wajah tampan Yoongi saat nama itu disebut. Wanita yang merupakan ibu kepada pemilik nama Eunha itu direnung seakan tak percaya. Anggukan ibu Eunha buat Yoongi semakin penasaran.

"Ambil lah, Nak. Dia cakap ini barang kamu dan dia minta Mak Cik pulangkan semula."

Yoongi terpempan. Lambat-lambat, huluran itu disambut dan beg kertas bertukar tangan.

"T...Terima kasih."

Sebaik saja tiba di biliknya, Yoongi tanpa berlengah duduk di atas katil dan menyelongkar isi beg kertas yang dia terima dari wanita tadi. Sebuah kamera digital berwarna silver dikeluarkan dari dalam beg itu dan Yoongi membeleknya khusyuk. Lama dia berfikir, akhirnya baru dia teringatkan sesuatu. Kamera digital itu memang kepunyaannya yang pernah dipinjam oleh Eunha suatu ketika dahulu. Dah lama kamera itu dipinjam dan hari ini baru ia dipulangkan semula kepada tuannya. Yoongi juga sudah hampir lupa tentang kamera digital tersebut.

Random Short Story [MALAY]Where stories live. Discover now