BAB 3

27 0 0
                                    

Haishh, aku nak duduk mana nanti? Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di taman tersebut selepas siap mendaftar tadi.

     Takkan lah nak duduk dekat bilik yang universiti sediakan tu... kecik sangat la. Rungutnya lagi dalam hati. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada mata yang memerhati lalu kepala yang tunduk itu terus terangkat dan memandang ke kiri.

     Dua orang pelajar perempuan menghampiri dirinya dan berhenti dihadapannya. Dia mendongak memandang ke arah mereka.

     "Aku Iya Nur Adelia. Panggil Ya." Ya memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Bibirnya tersenyum kecil.

     Hanna menyambut huluran tangan itu dan membalas senyuman Ya. "Nama I Johanna. Just call me Hanna." Ingatkan takde orang nak kawan dengan aku. Boleh la aku nak buat lawan rap hehe... Apa aku merepek ni... Masalah cari rumah belum selesai ni!

     Kemudian orang yang berada di sebelah Ya pula yang memperkenalkan diri. "Nama aku Tengku Zahraa Afira. Panggil Fira." Fira tersenyum lalu bersalaman dengan Hanna.

Ya dan Fira kemudiannya duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Hanna.

     "Kau ada masalah?", tanya Fira.

     "Masalah? Kalau ada pun kau boleh tolong ke?", kening kanan Hanna terangkat.

     "Manalah tahu kitorang boleh tolong."

     Minah dua orang ni nak tolong aku? Boleh percaya ke? Entah-entah diorang ni orang jahat tak? Orang zaman sekarang ni mana boleh percaya sangat. Lagi-lagi dekat Malaysia ni. Ni Malaysia, bukan tempat tinggal aku dekat New Zealand tu... Mana aku biasa dengan Malaysia. Risau Hanna dalam hati.

     "Kau jangan risau la. Kitorang ni orang baik tapi kitorang tak biasa dengan Malaysia ni."

     Ehh Ya ni... macam boleh baca hati aku pulak. Entah-entah ada sixth sense tak? Okey, merepek. Tapi kan, dia ada cakap yang diorang tak biasa dengan Malaysia. That's mean... "You all tak duduk Malaysia?"

     "Aku dari German, Ya dari Australia. Kami kawan waktu darjah satu dulu sebelum keluarga masing-masing kena pindah. Tiba-tiba terjumpa semula dekat sini.", dengan selamba Fira menjawab sambil tersengih lebar.

     "Wow! Really? I dari New Zealand " Hanna tersenyum kecil ke arah Ya dan Fira.

     Mereka membalas senyuman Fira itu. Oh, minah ni dari New Zealand...

     "So?"

     "So what?" Hanna mengerutkan kening tanda tidak faham dengan soalan.

     "Any problems?" Ya mengangkat kening sebelah.

     "Err... Actually, I takde tempat nak tinggal."

     Cantik! Dapat sorang housemate.

     "Apa kata kau duduk dengan kitorang je?" Ya tersenyum memandang Hanna.

The Last One Standing 💐Where stories live. Discover now