Kring~~~~~~ Jam loceng berbunyi.
"Ish! Bisingnya!!! Bunyi apa ni?!" kata Shin Neul yang dalam keadaan mamai. "Oh,jam loceng rupanya." baru dia perasan bahawa itu sebenarnya bunyi jam locengnya.
"Pukul berapa ni?" dia pun mengambil jam loceng yang berada di atas mejanya di sebelah katil. "Ha?! Dah pukul 8 pagi?!!". Dia sangat terkejut bahawa dia mungkin sudah terlambat ke sekolah. Lebih-lebih lagi terlambat di hari pertama di sekolah baharu. Baginya,ia agak memalukan dan juga mencuaikan kerana ia boleh dipandang sebagai seorang yang lalai.
Beberapa minit kemudian,Shin Neul akhirnya sampai juga ke sekolah tanpa terlewat. Mujurlah kawasan perumahan yang didudukinya itu hanya sekitar kawasan sekolah. Kalau tidak,dia mungkin sudah terlewat ke sekolah.
"Fuh.. Nasib baik tak terlewat lagi. Kalau tak,malu aku" dia mula bermonolong luaran seorang diri.
Tiba-tiba terdengar suara lelaki bertanya kepadanya.
"Maafkan saya. Kamu ni pelajar baharu tu ke? Park Shin Neul,bukan?".
"I-ia.. Tapi..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya,lelaki itu terus memberitahu identitinya.
"Oh.. Saya Cikgu Kim. Guru kelas kamu nanti. Mari ikut saya". Cikgu Kim mula memperkenalkan dirinya.
"Baik" jawab Shin Neul.
Suasana di dalam kelas gred 12-1 amat riuh seperti pasar.
"Diam semua!! Kita ada seorang pelajar baharu! Jadi hormat sikit!". Sergah cikgu Kim. "Kamu,sila memperkenalkan diri".
"Annyeonghaseyo. Park Shin Neul imnida". Dia mula memperkenalkan dirinya sendiri. Tetapi ada juga yang ketawa kerana namanya agak aneh dan jarang ditemui.
Kemudian ada seorang gadis yang bernama HyunA mula mencelah.
"Ape tu? Itu nama kah? Peliknya. Hahahahaha".
Dia bersama rakan sekelas mula ketawa kecuali seorang iaitu Lisa.
"Diam!" cikgu Kim mula mencelah. "Baiklah. Shin Neul awak boleh duduk di sebelah Lisa".
"Baik". Shin Neul mengikut arahan gurunya lalu dengan sopan dia menuju ke arah tempat duduknya.
"Semua buka buku teks sejarah muka surat 109". Cikgu Kim mula mengajar dengan tegas.
Beberapa jam kemudian waktu rehat pun tiba.
Cuma Lisa dan Shin Neul sahaja yang berehat di dalam kelas kerana membawa bekal. Lisa mula memulakan perbualan.
"Hai. Nama saya Lisa. Awak ni Park Shin Neul kan? Bukan apa saja saya nak pastikan".
"Ya. Saya ingat saya seorang sahaja yang bawa bekal. Rupanya. Ada lagi orang yang bawa". Jawab Shin Neul dengan nada yang sopan.
"Boleh saya tahu,kenapa awak pindah? Awak dari mana?" tanya Lisa dengan bersungguh-sungguh.
"Saya.. Saya berasal dari kampung je. Pohang. Saya pindah sini sebab nak capai cita-cita dan juga impian saya". Jawab Shin Neul dengan sedikit teragak dan tenang.
"Oh. Kalau boleh.. Boleh tak saya tahu apa dia?" tanya Lisa sekali lagi.
"Sebenarnya,saya dapat tawaran masuk ke SM. Sebab haritu saya berjaya audition. Jadi kalau saya pindah ke Seoul,dekat lah sikit saya nak berulang alik". Shin Neul mengaku dengan senang hati.
"Wah! Tahniah! Untungnya awak! Kalau la saya dapat juga. Apapun sudi tak awak jadi kawan saya?" Lisa amat kagum dengan kawan barunya.
"Sudah tentu". Dia menerima dengan senang hati.
Shin Neul tidak sangka yang dia amat mudah mendapat seorang kawan pada hari pertama persekolahan di sekolah baharu.
"Wah wah wah!!!! Happy nya lah budak baharu ni!"
Tiba-tiba HyunA dan kumpulannya datang kerana mahu mencari mangsa buli baharu.
"H-hai". Sapa Shin Neul.
Lisa hanya mendiamkan diri dan terkejut dengan kehadiran kumpulan HyunA. Dia ingin sahaja beredar bersama Shin Neul tetapi dia terlalu takut kerana sebelum kehadiram Shin Neul,dialah mangsa buli yang selalu dibuli oleh kumpulan HyunA.
"Aku nak bagi nasihat sikit kat kau. Kat sekolah ni,semua orang kenal aku ni siapa. So, kalau kau ade masalah atau sengaja cari masalah dengan aku,siap lah kau! Kau akan terima akibatnya! Faham!". Dengan tiba-tiba HyunA memberi amaran kepadanya. "Let's go girls". HyunA dan kumpulannya mula meninggalkan mereka berdua.
"Siapa dia tu? Gedik betul". Shin Neul mula berasa meluat.
"Hush!! Jangan cakap kuat-kuat! Kalau dia dengar nahas kita nanti!" bisik Lisa dengan berhati-hati. "Dia tu gangster kat sekolah ni. Semua orang cuba mengelak dari dia. Maklumlah,dia tu anak orang kaya. Kalau dah nama kaya kat sekolah ni... Yang kaya lah selalu berkuasa! Yang sedeharna ni cuma dapat bertahan sahaja". Bisik Lisa.
Shin Neul amat terkejut. Dia tidak sangka sekolah baharunya itu ada bahayanya.
Pada sebelah malam, dia masih teringat-ingat cerita Lisa yang telah diceritakannya pagi tadi.
"Haih.. Macam mana la aku tak terfikir semua ni akan berlaku?. Hmmm sabar je lah". Dia masih tidak boleh melupakannya.
Kring~~~~ Handphonenya mula berdering.
"Hello?". Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut.
"Ini cik Park Shin Neul,bukan?"
"Ya. Saya. Tapi ni siapa ya?" dia mula hairan.
"Oh saya staff dari SM ingin menyampaikan pesanan bahawa cik sudah boleh mula berdaftar sebagai pelatih kami mulai petang esok".
"Ye ke?!! Wah!!! Terima kasih! Baik saya akan pergi! Terima kasih". Dia terlalu teruja kerana akhirnya impiannya mula menjadi kenyataan. Tetapi fikirannya mula berfikir macam-macam. Perasaannya mula bercampur baur.
"Ah! Tidur dulu la". Dia cuba menenagkan dirinya.
Bersambung..
YOU ARE READING
my flashlight
FanfictionPark Shin Neul seorang gadis berambut pendek yang selalu diikat berasal dari sebuah kampung di Pohang.Dia terpaksa berpindah ke ibu kota Korea iaitu Seoul kerana ingin mengejar impiannya untuk menjadi seorang idol. Namun,ia amat sukar kerana dia mas...