Rainy Day

18 3 0
                                    

6 bulan kemuan Shin Neul berjaya debut sebagai ahli kumpulan GLOW  dan telah menjadi idol pilihan dunia. Begitu cepat namanya naik di udara dan dengan mudah dia mendapat peminat. Semasa kali pertama dia debut dia sudah ada dua juta peminat bahkan pula sudah berminggu-minggu dia popular di serata dunia. Entah berapa pula peminatnya akan bertambah.

Shin Neul hanya merenung ke luar jendela restauran berdekatan SM yang sememangnya telah dikhaskan untuk para artis dan para kru sahaja supaya selesa ketika berehat. Rambut semakin panjang tetapi dia masih mengikat ekor kuda dengan kemas. Itulah yang sering dia fikirkan. Sepanjang dia membuat concert dia tidak pernah tidak mengikat rambut. Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dia selalu mengikat rambut dan tidak membiarkannya tidak berikat seperti artis-artis lain. Ada juga yang teringin melihat apa jadi pada rupanya apabila dia membiarkan rambutnya terlepas dari diikat sesuatu. Walaupun tabiat dia begitu tetapi masih ramai lagi yang meminatinya kerana bakatnya yang agak mendalam.

"Termenung jauh nampak.."

Chanyeol mula menegurnya kemudia duduk di kerusi kosong di meja Shin Neul.

"Eyh,Chanyeol oppa." Shin Neul mula terperanjat kerana Chanyeol menegurnya secara tiba-tiba.

"Termenung apa tu? Pasal boyfriend ke?" Chanyeol mula bertanya gurau dan hendak tahu apa yang sedang Shin Neul fikirkan.

"Ish. Apalah Chanyeol oppa ni. Saya mana ada boyfriend. Memandai saja oppa ni. Saya cuma terfikirkan sesuatu sahaja. Tak penting pun." Jawab Shin Neul.

"Tak kesah kan kalau oppa duduk sini?" risau Chanyeol.

"Tak lah. Duduk je lah. Lagipun saya sorang saja. Oppa sorang je ke? Mana yang lain?"

"Diorang makan kat bawah. Oppa malas nak makan kat bawah. Saja nak tengok pemandangan dari atas. Tiba-tiba pula ternampak kamu kat sini. Jadi oppa pergi jelah. Lagipun bukan selalu kita minum dan makan bersama. Betul tak?"

Chanyeol berkata-kata seperti dia sudah minat akan Shin Neul. Shin Neul pun mula rasa pelik dan agak terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Chanyeol.

"Hahaha. Betul juga. Bukannya selalu kan?. Tapi.. Oppa tak ada girlfriend ke?"

Chanyeol mula tersedak selepas dia bertanya soalan itu.

"Ha?"

"Ye la. Oppa kan comey. Handsome pulak tu. Tak kan takde? Yela mana la tau kalau-kalau ada girlfriend oppa yang tengah perhatikan kita sekarang ni.." Shin Neul mula berperangai pelik seperti cemburu akan sesuatu.

"Girlfriend? Oppa? Hahahhahha.." Chanyeol hanya ketawa apabila Shin Neul berkata demikian..

"Kenapa gelak?" Shin Neul mula berkerut.

"Hahha. Jangan marah. Oppa mana ada girlfriend. Oppa masih belum berpunya lagi. Kenapa tanya?" Chanyeol mula kehairanan.

"Saja tanya. Selesa juga makan kat sini kan. Tak ada lah orang awam nak tangkap gambar kita berdua. Kalau ada, mesti dah jadi gosip." Shin Neul bermain strawnya sambil bercakap.

"Hahaha. Betul tu. Kalau ada ,mesti
huru-hara." Jawab Chanyeol.

Pada masa yang sama juga ahli exo yang lain mengintai mereka berdua dari tangga yang dilindung dinding.

"Ooo. Patutlah dia nak naik atas. Rupa-rupanya nak tawan hati si Shin Neul." Suho mula mengeshak sesuatu.

"Kann.. Rupa-rupanya,ni punca dia nak naik atas. Alasan sebab sunyi. Padahal,nak makan dengan Shin Neul." Baekhyun pula berkata dengan perasaan yang agak cemburu.

"Kenapa awak selalu ikat rambut? Maaflah tanya soalan ni." Chanyeol mula rasa ingin tahu.

"Emm.. Entahlah. Mungkin sebab saya rimas kut.

"Tapi,oppa rasa satu hari nanti mesti Shin Neul akan buaraikan ikatan tu." Chanyeol mula mengharapkan sesuatu.

"Hmm mungkin juga." Shin Neul pun merasakan perasaan yang sama.

Pada sebelah malamnya pula, ketika Shin Neul sedang berlatih menari lagu barunya, dengan tiba-tiba Soo Man,C.E.O SM memanggilnya dan berkata

"Shin Neul. Nanti kita akan ada AMA.  (ASIAN MUSIC AWARD). Jadi,nanti akan ada perfomance special. Jadi saya nak awak nyanyikan sebuah lagu barat iaitu lagu Flashlight. Dan saya nak awak lepaskan rambut awak ke bawah. Saya tak nak awak mengikat rambut."

"N-ne.. Tapi... Saya rasa saya tak boleh bawak lah." Shin Neul mula berasa tidak yakin.

"Jangan risau. Awak akan berduet dengan Chanyeol exo nanti." kata Soo Man.

"Ha?! Berduet? Dengan Chanyeol?" Shin Neul agak terkejut.

"Ya. Jadi dia akan menolong awak. Awak jangan risau." Soo Man tetap berkeras yang dia sudah rancang dari mula lagi supaya Shin Neul dan Chanyeol yang akan berduet walau apa carapun.

"Baiklah. Saya akan buat yang terbaik."

"Kenapa tadi?" rakan sekumpulannya,Yunha berasa ingin tahu.

"Tuan nak saya bawa lagu Flashlight. Tapi bukan secara solo. Secara duet." Shin Neul agak risau.

"Dengan siapa?" seorang lagi,Ina bertanya kepadanya.

"Dengan Chanyeol exo...."

"WOW!"

Semua ahli kumpulannya terkejut dengan pasangannya.

"Tula. Saya pun terkejut." Jawab Shin Neul.

Semasa dia hendak pulang ke rumah. Hujan turun dengan lebat dan dia terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti kerana lupa hendak membawa payung. Hujan lebat memang sudah diramal di berita. Cuma dia terlupa akan berita tersebut kerana sering berfikir seharian.

Tiba-tiba, Chanyeol membawa payung lalu mempayungkannya.

"Chanyeol oppa?"

Shin Neul agak terkejut dengan kehadiran Chanyeol yang telah mempayungkannya.

"Jom. Oppa hantar Shin Neul pulang."

"Tak apalah Oppa. Susah- susah je." kata Shin Neul.

"Tak apalah. Jom la. Tunjukkan oppa jalan." Chanyeol terus menarik tangannya lalu mereka terus berjalan sehinnga ke rumah Shin Neul.

Semasa dalam perjalanan, mereka mula berbual-bual.

"Oppa buat apa jalan-jalan dalam hujan?"

"Oh.. Oppa masa tu nak balik. Tapi hati ni tetiba rasa nak patah balik. Jadi,oppa pun berpatah balik lah. Sebab kalau naluri tu nak mesti ada sesuatu yang tak kena. Masa nak masuk dalam tu pulak, oppa ternampak Shin Neul. Lepas tu oppa payungkan lah Shin Neul. Jadi sekarang oppa tak rasa dah nak berpatah balik. " Channyeol mencetitakn satu persatu.

"Oh. Tak sangka pula." Shin Neul berasa sedikit gembira kerana dia bernasib baik kerana ada yang sudi mempayungkan dan menemannya pulang.

Sebenarnya, dia agak takut juga hendak pulang seorang diri berjalan kaki ke rumah kerana takut kalau-kalau perkara yang tidak diingini akan berlaku ke atasnya.

Kemudian ada sebuah kereta dipandu laju lalu melanggar lecak di tepi mereka berdua. Chanyeol muka berpusing lalu memeluk Shin Neul dan bergerak ke tepi supaya tidak dilanggar oleh kereta dan tidak terkena lecak tersebut.

Mereka mula saling memandang dan muka mereka agak rapat antara satu sama lain. Agak lama juga mereka saling berpandangan..

Bersambung...

my flashlightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang