Chapter 1

1.3K 57 2
                                    

Hwang eunbi atau lebih dikenali dengan nama hwang sinb ialah seorang yeoja yang cantik,manis dan sangat berdedikasi ketika berkerja.Sinb adalah seorang anak yatim piatu.Ibu bapa sinb meninggal disebabkan kemalangan jalan raya ketika dia berumur 10 tahun.Sinb sekarang tinggal bersendirian.Sinb hidup berdikari semenjak ketiadaan ibu bapanya.Sinb sering melawati rumah anak yatim yang dulu dihuninya.Sinb sangat suka dengan anak-anak yatim disitu.Sinb merasakan dirinya lebih nyaman dengan terlihatnya wajah-wajah riang yang ditunjukkan oleh mereka.Menatap wajah anak-anak kecil yang sentiasa ceria walaupun sudah ketiadaan ibu bapa mereka.Keriangan itu jugalah yang memberi semangat untuk sinb terus menjalani kehidupannya.Sinb masih ingat lagi saat dia mula memasuki rumah panti asuhan ini.Setiap hari hidupnya diselubungi kesedihan yang tak dapat dirasakan oleh orang lain.Sinb setiap hari merindukan ibu bapanya.Sinb menunggu mereka setiap hari dengan harapan mereka akan kembali semula.Sinb tahu semua itu tak akan berlaku tetapi dia masih mengharapkan keajaiban berlaku.

Namun semua itu hanya masa kanak-kanaknya.Kini dia bisa tersenyum dengan tenang.Menghirup udara yang nyaman tanpa perlu bersedih lagi setiap hari..Tapi kadang kala dia akan masih menangis apabila teringat akan orang yang dia cintai sudah tiada disisinya lagi.Sinb cekalkan hatinya untuk sentiasa bergembira.Dia mengharapkan agar suatu hari nanti dia pastikan akan merasa semula perasaan mencintai dan dicintai itu.Pastikan rasanya sangat indah.Hari ini sinb seperti biasa mengikut jadual hariannya...

SINB p.o.v.

Hari ini merupakan hari yang sangat cerah.Sinaran matahari mula menyinari dan aku melihat pada jam di handphoneku.Jam menunjukkan tepat pada pukul 8.00 pagi.Aku mula bangun dan menyiapkan diriku untuk masuk ke pejabat.Aku berasa semangat kerana hari ini aku akan membentangkan hasil kerja ku kepada klienku.Projek ini merupakan projek yang sangt penting bagiku dan syarikat.Sesudah menyiapkan diri aku menaiki kereta untuk singgah di kedai kopi yang berhampiran dengan pejabat.Aku memesan satu kopi cappuchino kegemaranku.Dalam masa 10 minit pesananku sampai.Aku terus keluar ingin menuju ke pejabat tetapi tiba-tiba

Bruhhhhhh

Aku terlanggar seseorang dan yang pastinya air kopi yang aku pesan tadi sudah tertumpah ke baju namja tu.Baju kemejanya yang berwarna putih tiba-tiba berubah menjadi sedikit warna kekuningan.Aku berasa kesal dengan perbuatanku yang tidak berhati-hati semasa berjalan.Arhhhhh!!..Seharusnya aku lebih berhati-hati tadi supaya aku tak buat masalah pagi-pagi ni.

Ahhh....saya mintak maaf..saya betul-betul mintak maaf..Saya tak perasan..Tak apa saya akan ganti baju ni.

Aku menyentuh bajunya yang terkena tumapahan tadi dan membersihkannya sedikit supaya kekotorannya hilang sedikit.Namja itu tampak tak berasa marah malah dia melihatku dengan wajah yang penuh dengan senyuman.Aku jadi lebih senang dengannya.Caranya melayan seorang yeoja sangatlah sopan..

Tidak apa-apa...sikit je ni..

Cara dia berbicara juga dapat menarik perhatian setiap yeoja yang bertemu dengannya..Tanpa melengahkan masa aku dan dia pergi ke sebuah kedai yang menjual pakaian kemeja.Aku membelikannya sehelai baju dan dengan terburu-buru aku terus meninggalkannya tanpa menayakan nama namja itu.Aku sudah terlambat untuk ke pejabat.Aku pasti dimarahi oleh boss..Arhhhhhhhh!!!

***

Jungkook p.o.v

Yeoja itu terus saja menuju meninggalkan aku sendirian.Tidak sempat untuk aku menanyakan siapakah dia.Aku ingin sekali berkenalan dengannya.Sejak pertama kali aku bertemu dengannya dia terlihat cantik walaupun dalam keadaan yang serabut dan terburu-buru."yeoja itu cantik tapi sayangnya  terburu-buru"..gumamku.Saat kita bertemu lagi aku pasti akan menegenalimu dengan lebih rapat lagi.Lucu dan comel perlakuannya tadi..Sampai berjumpa lagi "my coffee girl".....

***

Jungkook dan sinb masing-masing menjalankan tugas mereka.Sinb masih sibuk untuk bergegas ke tempat untuk berjumpa dengan klien yang dikatakannya pagi tadi.Jungkook pula sedang duduk di sebuah cafe yang boleh juga dikatakan tempat private untuknya berjumpa dengan kliennya..Jungkook baru sahaja duduk dalam 5 minit tapi dia masih lagi tak melihat kliennya.

Sinb bergegas pergi ke tujuannya.Pasti klien tu sudah tunggu lama..Aduhhhhh!..Macam mana boleh lambat pulak ni..Sinb seperti biasa dengan sikap terburu-burunya yang ingin mengejar masa selepas dimarahi oleh bossnya disebabkan tidak menepati masa..Sinb sudah sampai di sebuah cafe yang dikatan oleh bossnya..Sinb merapikan dahulu dirinya sebelum masuk ke dalam..Sinb merapikan rambutnya yang kurang terurus begitu juga dengan baju yang dipakainya.Selepas siap merapikan diri sinb mula melangkahkan diri masuk ke cafe itu dan mencari klien yang mungkin oh tidak yang memang sudah sekian lama menunggunya..Seorang namja kelihatan memakai suit hitam sedang duduk di sudut meja.Sinb masih tidak dapat memastikan lagi jika dialah kliennya kerana namja itu duduk membelangkanginya.Sinb dengan perlahan memeperlahankan langkahnya dan sesampainya disisi namja itu sinb memberanikan diri untuk menyapa namja itu..

Maaf....Tuan jeon jungkook?....

Namja itu menoleh memandangku..Aku terdiam saat melihat wajah namja itu..Mustahil!!!!....

Oh tidak!!!!!....Dia lagi ke??...Sinb-ya...Nasib apa lagi ni.....










Hello guys

Berjumpa lagi dekat ff sinkook
Tq sebab dah sudi baca..

Maaf kalau ada yang masih tak paham lagi..tunggu chapter seterusnya...

Please leave your comment and vote here

say something even though it is a lie (sinkook)Where stories live. Discover now