Yaya

1.1K 75 10
                                    

"Hehehee... macam mana abang aku ajar korang, best?" tanya Fang pada keesokan harinya

"Kau ingat best ke. Abang kau tu ajar tahap sadis. Salah sikit aje, terus suara garang dia keluar" kata Gopal yang sedang muram di atas bangku sekolah "Kenapalah aku tak sepandai kau. Senang aje hidup aku nanti, takdelah kena marah teruk"

"Kau tu pandai juga apa"

"Aku pandai?" Gopal melihat Fang dengan mata dia yang penuh dengan harapan

"Yelah, kau kan pandai main game, pandai makan, pandai tidur, pandai buat orang lain dapat masalah... pandailah juga tu kan" Gopal bermasam muka kepada Fang. Boboiboy tergelak sahaja "Tengok, Boboiboy pun setuju dengan aku"

"Cheh, tak guna punya kawan"

"Hehehee.. janganlah marah Gopal, Fang main-main aje tu" Tetapi Gopal tetap dengan muka masam dia. Fang buat tidak tahu sahaja "Lupa pula aku nak tanya. Wei Fang, semalam kau keluar dengan Bella sebab apa?"

"Dia semalam datang rumah aku sebab nak pulangkan barang yang dia pinjam, kebetulan pulak aku nak keluar masa tu. Lepas dia dah bagi barang aku balik, jadi aku dan dia pergilah ke bandar sebab dia pun nak ke sana juga tapi aku bukannya keluar jalan-jalan dengan dia pun" jawab Fang sambil membaca buku teks sejarah. Gopal memandang Boboiboy dengan senyuman sinis dia

"Oh... jadi kau pergi ke bandar sebab nak jumpa kekasih hati kau lah tu" kata Gopal sambil angkat-angkat kening "Siapa gadis tu Fang? Bagitau lah kita orang" Fang terus menutup buku teksnya dan terus bangun

"Sibuk ajelah kau ni, dengan siapa aku keluar pun, kau nak tahu juga. Aku masuk ke kelas dulu" Boboiboy dan Gopal melihat Fang berjalan ke tangga sekolah. Mereka nampak Yaya ada dekat tepi tangga sekolah. Dia dan Fang bercakap sekejap dan terus naik ke atas

"Entah-entah gadis misteri tu ialah Yaya" kata Boboiboy "Kau ingat tak lagi masa darjah 6, kau hampir nak bocorkan rahsia Yaya dekat Fang masa darjah 6 dulu. Kau, aku dan Ying tahu yang sebenarnya Yaya suka dekat Fang pada masa tu tapi sekarang ni, entahlah... tak tahu lah dia masih suka lagi ke tak"

"Hmmm... mungkin juga Yaya adalah gadis misteri itu. Macam manalah agaknya kalau dia orang tu bersama" Lalu Gopal bayangkan bagaimana kalau Fang dan Yaya bersama. Boboiboy pun ikut Gopal bayangkan sekali

---------------------------------

"PANGGGGGGGGGG! SEPARUH KAWAN SEPARUH KEKASIH HATI KAU DATANG!" Menjerit Kaizo di depan pintu rumah setelah dia membuka pintu untuk Yaya. Muka Yaya menjadi merah padan sebab malu. Dia tidak sangka pula Kaizo akan berkata begitu dekat Fang

"Kalau yea pun abang, TAK PERLU LAH MENJERIT!" balas Fang balik. Berkerut-kerut dahinya sebab geram sangat dengan abang dia yang reti nak menjerit sahaja. Kaizo menjemput Yaya masuk ke dalam rumah. Yaya datang ke rumah mereka kerana dia mendapat tahu bahawa Fang tidak hadir ke sekolah sebab demam

"Kau jangan dekat dengan adik aku tu, takut karang virus hingus dia, virus batuk dia, virus demam dia akan berjangkit dengan kau pulak. Entah-entah virus kerepek pisang pun ada sekali" kata Kaizo sambil menutup pintu rumah. Yaya tersengih sahaja sambil menbawa bakul besar ke ruang tamu. Fang ada di ruang tamu sambil terbaring di atas sofa dengan selimut dia, hidung berhingus dia dan bersepah lantai dengan tisu-tisu yang telah digunakan. Kaizo masuk ke dalam dapur untuk sambung makan bubur lobak merah dia

"Hai Fang"

"Hai Yaya, apasal kau datang ke sini?" tanya Fang yang tidak kelihatan sihat itu. Dia tersenyum sedikit melihat kehadiran Yaya "Kau bawak apa tu?" tanya Fang lagi sambil melihat Yaya letakkan bakul besar di atas meja ruang tamu

Cinta Pertama FangWhere stories live. Discover now