Semuanya berlaku sewaktu mereka darjah 5 lagi, pada waktu mereka bergaduh semasa sesi latihan musical drama. Dari situ, perasaan suka timbul dihati mereka tetapi mereka sangka, perasaan itu hanyalah suka kerana persahabatan mereka sahaja tetapi, ianya lebih daripada itu. Perasaan cinta belum lagi hadir pada ketika itu tetapi semuanya berubah apabila mereka sudah naik ke darjah 6, kawan-kawan mereka sudah mulai perasan dengan kelakuan pelik mereka. Paling ketara sekali apabila Fang terlampau berlagak sangat kerana memenangi pertandingan membuat pastry dan Yaya terus merajuk dengan dia. Lagi satu semasa Yaya geram saat Fang terlampau nakal sangat, sampai dia pergi menghentam Fang menggunakan kuasa dia sendiri dan merancang sesuatu untuk mengajar Fang
Pada masa yang sama, Boboiboy, Gopal dan Ying dapat rasakan Yaya suka kepada Fang tetapi Fang pula, seperti biasa. Hati dia tetap ke donut lobak merah dia tetapi semasa Fang terminum air cinta yang telah dicipta oleh Adudu. Fang sebenarnya ingat kepada siapa dia ingin luahkan tapi dia hanya buat-buat tidak ingat kerana dia tidak mahu persahabatan dia dan Yaya menjadi janggal. Jadi dia terpaksa rahsiakan perkara itu daripada kawan-kawan dia, terutama sekali Yaya. Dia simpan rahsia itu sehinggalah mereka tingkatan 5. Sehari selepas sahaja Boboiboy dan Gopal terbaca puisi yang di tulis oleh Fang sendiri, dia ingin mengambil risiko dan memberitahu perkara yang sebenarnya. Pada masa yang sama, Yaya juga ingin mengambil risiko juga. Apa yang terjadi apa-apa pun selepas itu, mereka akan tetap menjadi kawan baik tetapi akhirnya, mereka tahu perasaan sebenar masing-masing. Mereka tidak rahsiakan hubungan mereka dari kawan-kawan mereka. Cuma Boboiboy dan Gopal sahaja yang sibuk sangat nak menyiasat siapakah gadis misteri itu
Sehingga kini mereka berdua tidak tahu siapa gadis misteri itu. Pada hari sabtu, selepas sahaja Boboiboy dan Gopal habis kelas tambahan mereka bersama dengan Kaizo, mereka terus ke bandar Pulau Rintis. Mereka terserempak dengan Fang dan Ying sedang berjalan ke sebuah kedai ice cream
"Wei wei, itu Fang dengan Ying lah" kata Gopal sambil mengusik-usik bahu Boboiboy
"Ha ah lah, entah-entah.. itulah gadis misteri yang telah menawan hati Fang"
"Kalau macam tu, mari kita terjah dia orang!" Gopal mengheret Boboiboy untuk pergi ke kedai ice cream tersebut "Akhirnya, kita dapat bocorkan rahsia si panas baran itu" Gopal membuka pintu kedai ice cream tersebut. Dia rasa sangat yakin dengan apa yang dia nampak tadi. Boboiboy cuma takut tekaan mereka salah lagi. Apabila mereka masuk ke dalam kedai itu, mereka berdua tidak sangka pula Faye, Bella dan Yaya ada di situ juga
"Aik, apa korang buat dekat sini?" tanya Boboiboy
"Hmm... lupalah tu. Bukan ke sepatutnya hari ini kita orang mengadakan ulangkaji bersama selepas sahaja korang habis kelas tambahan dengan Kapten Kaizo" kata Yaya kepada mereka berdua. Boboiboy dan Gopal tersengih melihat Yaya. Wajah keyakinan Gopal tadi, terus menjadi hampa tetapi dia tidak mahu mengalah "Itulah korang, asyik nak berangan aje semenjak akhir-akhir ni"
"Dey, apasal marah kita orang. Marahlah orang yang buat kita berangan, si Fang tu"
"Apasal aku pulak? Aku mana ada buat apa-apa" marah Fang kepada Gopal. Tangan dia menggenggam pensil yang dia sedang pegang dan terus pensil itu patah menjadi dua
"Sebab kita orang tengah siasat siapakah gadis misteri itu" Boboiboy menepuk dahinya sendiri sebab Gopal masih lagi nak tahu siapa gadis misteri itu. Bagi Boboiboy, biarlah Fang bagitau sendiri kerana dia sudah mengalah untuk mengetahui siapa gadis misteri itu "Dan gadis misteri itu adalah..." Gopal terus tunding jarinya ke arah Ying "YING!"
"Aik, apasal aku pulak.. bukan aku maaa"
"Eh, habis tu siapa?" tanya Boboiboy
"Hmmm... kalau korang nak tahu sangat, gadis misteri itu adalah-"

YOU ARE READING
Cinta Pertama Fang
FanfictionCinta Pertama Fang? Siapakah gadis misteri itu? Misteri akan tetap menjadi misteri, hanya diri Fang sahaja yang tahu.. hehehehe Warning: Watak-watak oc dalam fanfic ini dari Aku Abang, Kau Adik dan cerita ini adalah kesinambungan dari Chapter Gadi...