Ying

1.1K 81 4
                                    

Waktu rehat hampir tamat, Boboiboy dan Gopal berjalan di koridor sekolah sambil makan keropok lekor mereka. Gopal yang terlalu asyik sangat makan, dia tidak terserempak dengan Fang dan Ying sedang keluar dari perpuskataan bersama sambil mengangkat buku. Bahu Boboiboy menolak-nolak sedikit bahu Gopal untuk menunjuk Fang dan Ying yang sedang berjalan ke arah makmal sekolah

"Wei wei, cuba kau tengok tu" Gopal melihat apa yang Boboiboy cuba tunjukkan

"Itu ke gadis misteri yang terpahat di hati Fang?"

"Entahlah Gopal tapi kalau dia dengan Ying... hmmm.. oklah kot" Mereka berhenti berjalan seketika dan melihat ke mana mereka ingin pergi. Selepas itu mereka ternampak Yaya pula keluar dari perpuskataan sambil mengangkat buku. Yaya memanggil kedua rakan dia dan terus mereka berhenti untuk menunggu Yaya supaya mereka dapat berjalan bersama. Selepas itu, mereka bertiga berjalan ke kelas mereka

"Hmm.. entah-entah bukan Ying" kata Gopal yang masih lagi makan keropok lekor dia

"Kalau bukan.. siapa? Yaya ke?" Boboiboy melihat Fang bergelak mesra bersama Yaya dan Ying hanya tersenyum sahaja. Tiba-tiba sahaja muncul Bella menyibuk sekali dan menganggu mereka bertiga. Fang terus bermasam muka dengan Bella. Selamat tiada bergaduh dari Fang dan Bella tetapi ada sedikit senyuman terukir di wajah Bella "Mesti si Bella yang terpahat dekat hati Fang" Boboiboy masih tertanya-tanya, siapa gadis misteri diantara mereka bertiga. Ying? Yaya? Bella? "Tapi kalau Bella, apasal Fang tak terima aje dia dari dulu lagi. Bella kan sudah lama suka dekat Fang masa dari sekolah rendah lagi... mungkin hati dia telah buka untuk menerima cinta Bella atau dia memang takde hati dekat Bella. Hmmm... macam mana kalau gadis misteri itu adalah Yaya? Kau ingat tak masa darjah 6. Masa Fang terminum air cinta tu"

"Ohhhh! itu aku ingat.. tapi siapa dia nak pergi luahkan pada masa tu? masih misteri tentang tu" tanya Gopal

"Hmmm... mungkin Yaya, mungkin Ying tapi bukan Bella. Aku ingat lagi Probe kata dekat aku, cinta tu belum timbul lagi tapi lama-lama akan timbul juga dalam hati dia tu tapi entah-entah cinta tu bukan dekat Yaya atau Ying masa tu sebab lepas dia dah pulih, dia tak ingat siapa.. aduh, pening kepala aku fikirkannya" Boboiboy urut-urut dahi dia

"Sakit pulak kepala aku memikirkannya juga.. tapi cuba kau bayangkan Fang bersama dengan Ying" kata Gopal. Lalu mereka berdua terus bayangkan macam mana kalau Fang bersama dengan Ying

-------------------------------------------

"Pagi-pagi lagi lu sudah bermasam muka, apasal? Bergaduh lagi kaa? atau ada orang buat hal dengan kamu?" tanya Ying pada suatu pagi yang segar dan indah. Ying duduk di sebelah teman lelakinya itu iaitu Fang "Janganlah bermasam muka, aku ada buat sesuatu untuk kamu maaa"

"Kau buat apa untuk aku?" Fang terus tutup buku teks mata pelajaran matematik. Ying keluarkan sebuah bekas makanan di dalam beg sekolahnya dan berikan kepada Fang

"Bukalah" kata Ying sambil tersenyum manis. Fang ingin tahu apa yang ada di dalam bekas itu dan terus dia membukanya. Mata dia terbulat besar kerana terlampau gembira

"WAH! DONUT LOBAK MERAH!" Fang mengangkat donut itu dengan mata dia bersinar-sinar sambil melihat donut kegemarannya "Oh kekasih hati ku donut lobak merah"

"Ehem.."

"Heheehee... maaf Ying. Kau tetap nombor satu di hati ku dan donut ini terpaksa beralih ke nombor dua" Fang baru nak gigit, mata dia terus ke arah Ying yang sedang tersenyum itu. Lalu dia berhenti dan bahagikan donut itu kepada dua "Nah, kau ambik lagi separuh"

"Aik, baiknya kamu.. selalunya kau tu kedekut kalau pasal donut lobak merah"

"Sebab kau bukan donut ini khas untuk aku, jadi aku kenalah berkongsi dengan orang yang aku sayang" Fang berikan separuh donut lobak merah kepada Ying

"Terima kasih.. kamu ni memang romantik walaupun panas baran.. suka pula aku" Fang tergelak sedikit sambil gigit donut lobak merah yang tinggal separuh itu "Lupa pulak nak bagitau, nenek aku asyik tanya tentang kamu sahaja. Bila mau datang ke rumah lagi, lu sudah seminggu tak datang rumah kita orang"

"Nenek kau rindukan aku ke?"

"Yolah, dia suka buatkan sup sayur untuk kamu maaa..."

"Heehehe.. lepas sekolah kita pulang sama-sama dan terus ke rumah kau. Aku pun rindu dekat nenek kau juga" Fang tersenyum kepada Ying "Lepas tu kita boleh ulangkaji sama-sama nanti"

"Boleh boleh! Boleh kau ajar aku, lagipun aku suka kau mengajar aku maaa..." Mereka berdua tergelak di situ sambil mereka bertentangan mata "Tak sangka pula aku boleh jatuh hati dengan kau"

"Mestilah, aku kan bergaya yang lebih bergaya dan lebih hebat daripada Boboiboy" Fang buat muka cool dia. Ying menjadi cair melihat gaya cool Fang "Tapi dalam banyak-banyak perempuan, kau juga yang aku pilih"

"Terima kasih Fang" Ying rasa nak peluk Fang tetapi dia menahan diri dia kerana mereka berada di sekolah

"Oh yea, sebelum aku lupa" Fang mengambil beg sekolah dia dan lalu keluarkan sesuatu "Semalam, semasa aku jalan-jalan dengan Rizu dekat bandar. Aku terjumpa badge pin dekat satu kedai ini. Aku teringat dekat kau, terus aku beli tapi ada satu ni boleh tulis nama, jadi aku suruh dia tulis nama aku dan kau" Fang keluarkan sebuah kotak kecil dan lalu membukanya. Hati Ying tersentuh melihat satu badge pin ada tertulis Fang + Ying

"Aiyooo... budak rambut cacak ni banyak romantik dan terlampau comel sangat" Ying cubit-cubit pipi Fang. Terus Fang bermasam muka dan lalu dia tergelak "Terima kasih Fang!"

"Aku patut terima dekat kau sebab ceriakan kehidupan aku daripada huru harakan kehidupan aku macam si pelik tu"

"Sama-sama" Ying mengambil badge pin yang ada tulis nama itu dan terus dia lekat dekat beg sekolah dia sendiri. Badge pin yang lain, Ying simpan di dalam kotak tersebut dan simpan kotak itu di dalam beg sekolah dia. Mereka bangun sama-sama dari bangku sekolah itu dan berpegang tangan. Mereka terus berjalan ke kelas mereka

----------------------------------------

"Macam sesuai aje dia orang berdua tu tapi ada satu aje..."

"Apa dia Boboiboy?"

"Fang tidak pernah tunjuk minat dia dekat Ying. Selalunya diantara dua orang ni yang dia suka bergaduh dan juga lebih rapat, Bella dan Yaya tapi yang mana satu yang telah menawan hati dia tu?" Mereka sudah sampai di kelas mereka tetapi mereka berhenti seketika dan melihat Fang sedang berborak rancak dengan Bella dan Yaya. Faye dan Ying sedang sibuk membuat sesuatu

"Betul jugak cakap kau tapi kalau difikirkan balik.." Mata Gopal melihat Fang dan Yaya "Dia orang berdua, si Fang dan Yaya tu, selalu berkelakuan pelik masa darjah 6 dulu"

"Ha ah, aku pun perasan juga tapi lepas Bella masuk sekolah kita, Fang selalu bergaduh dengan Bella. Lepas tu dia orang tu sekejap baik sekejap bergaduh, sekejap baik sekejap bergaduh lepas tu. Dua-dua tak pernah puas hati tapi Bella selalu cerita apa-apa masalah dia dekat Fang dan Fang pula akan setia mendengar" Boboiboy cuba perhatikan mata Fang, siapa yang melihat sekarang ini tetapi Fang asyik pandang Yaya dan Bella yang berada di depannya" Yaya pulak.. aku pelik dengan dia orang. Kadang-kadang aku perasan dia orang dekat perpuskataan sekolah bersama, baca novel sama-sama. Lagi satu, masa habis pertandingan darjah 6 tu, Yaya merajuk dengan Fang sebab berlagak sangat"

"Hmmm... nampaknya, antara dia orang berdualah yang telah berjaya menawan hati si panas baran tu. Yaya atau Bella, Bella atau Yaya. Aku sebagai detektif Gopal akan selesaikan kes gadis misteri!" Boboiboy tergelak melihat kawan baik dia bergaya seperti seorang detektif

"Dan cikgu Papa Zola akan bertanya kepada kamu berdua.. KENAPA ANAK-ANAK MURID KEBENARAN KU BELUM MASUK KE KELAS LAGI? LOCENG SUDAH BERBUNYI, KAMU BERDUA TAK MASUK KE KELAS LAGI. KAMU NAK KENA ROTAN KEINSAFAN DARI CIKGU KE?"

"ERKKK! CIKGU!" Terkejut mereka berdua apabila melihat cikgu Papa Zola muncul di belakang mereka. Boboiboy dan Gopal terus masuk ke kelas mereka dengan gaya kelam kabut. Cikgu Papa Zola hanya tergelak sahaja melihat gelagat anak muridnya dan lalu dia masuk ke kelas untuk mulakan waktu kelas matematik. Semua pelajar-pelajar tingkatan 5 Jaya, terus kembali ke tempat duduk masing-masing. Fang yang duduk di belakang tepi tingkap, tersenyum bersendirian di dalam kelas apabila teringat paling temu janji dia semalam bersama dengan gadis yang telah menawan hati dia

Cinta Pertama FangWhere stories live. Discover now