"Aaaooohh 😪..mengantuknya.." kata June sambil tangan menggosok mata yang terasa berat.
"Tulah..lain kali tidur awal. Ni tidak kerja tengok tv jer..sampai lewat malam pulak tu. Dah2 kau jangan nak tidur waktu sekarang June. Kita ada bakeri yang nak diuruskan ni. Kalau kau tidur...siap kau aku kerjakan." bebel Jane. June pun buat dengar x dengar jer. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Oh! Apalah author ni lupa pulak nak bagitahu yang pasangan kembar (Jane & June) ni ada sebuah bakeri yang dinamakan 'Twinz Bakery'. Sedap kan namanya. Huhuhuhuhu
"Kak..kalau June nak rehat jap boleh x?" kata June dengan buat mimik muka yang comel mengalahkan kucing yang sememangnya comel.
"Tidak dibenarkan sama sekali."jawab Jane.
Pada waktu Jane dan June, seorang lelaki berpakaian hitam dengan cermin gelapnya datang menghampiri mereka berdua.
"Selamat tengah hari.. Cik2 ialah pasangan kembar iaitu Jane dan June kan."kata lelaki tersebut.
"Ya.."jawab mereka berdua serentak.
"Saya diamanahkan untuk memberikan surat ni kepada cik2."kata lelaki tersebut lalu menghulurkan sepucuk surat putih yang dituliskan nama mereka.
"Surat apa ni? Daripada siapa?"kata Jane.
Lelaki itu hanya tersenyum dan terus meminta kebenaran untuk pergi. Belum sempat mereka ingin menahan lelaki tersebut..lelaki tersebut terus beredar dan hilang dari pandangan mereka.
"Surat apa tu, kak? Bukak lah..baca surat tu."kata June kepada Jane. Jane pun hanya menuruti apa yang June arah kan.
"Kepada Jane dan June yang merupakan pengembara..Jemputan untuk menyertai kumpulan pengembara iaitu The Fantastic Adventurer (perg...x sedap langsung nama kumpulan) mengembara ke sebuah pulau iaitu The Mysterious Island. Tempat perjumpaan adalah di pelabuhan Neon. Kami harap anda dapat menyertai kami. Terima kasih."Jane membaca setiap bait ayat surat tersebut dengan agak kuat tapi terkawal supaya June pun dapat mendengarnya.
"WHAT?! Serius?! Wow!!" jerit June dengan riang.
"Ish..kau ni aku lempang jugak kang. Boleh x kawal sikit suara tu. Malu kat orang."marah Jane dengan sikap adik kembarnya yang agak teruja.
"So? Nak join x? Aku memang dah lama nak mengembara kat pulau tu. Macam best jer.."kata June. Teruja betul dia.
"Emm....boleh jugak. Aku pon rasa nak join." kata Jane yang sememangnya berminat dengan aktiviti mengembara ni.
****************************
To be continued...
Vote and comment.

YOU ARE READING
The Mysterious Island
Fantasy'The Mysterious Island', itulah nama atau gelaran yang diberikan oleh semua penduduk di Neon City kepada sebuah pulau yang mempunyai misteri yang tidak dapat dirungkai malah ada cerita berkaitan pulau tersebut yang menyebabkan ramai pengembara dan s...