ARIANA POV
"Fuhh.. Nasib baik sempat. Penat betul lah berlari ni. Nasib baik jugaklah Pak Mat bawa kereta laju. Baik aku ke tapak perhimpunan sekarang sebelum nanti aku kena denda dengan cikgu. Tak nak aku." Aku pun terus berlari selaju yang mungkin ke dewan. Tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang dan aku terjatuh." Aduh!! Ouchh.. Sakitnya." Kataku dalam nada yang kesakitan. " Ouch. Sorry sorry... Sorry sangat sangat saya tak sengaja. Meh saya tolong awk." Aku pun ditolong olehnya. Kakiku terasa sangat sakit. Setelah itu, dia berlari dengan kelam-kabut ke dewan."Mungkin dia pun terlewat juga macam aku," kataku dalam hati. Sibuk berfikir sampai aku pun terlupa bahawa aku pun sudah terlewat. Aku pun mengikutinya dari belakang.
Setibanya aku di dalam dewan, aku melihat ramai pelajar sedang berbual-bual bersama rakan-rakan mereka. Ada juga yang bergurau senda. Aku terpinga-pinga mencari kelasku iaitu kelas 5 RK 3. Aku pun bertanya dengan salah satu pelajar di situ dan dia menunjukkan ke arah barisan yang paling hujung. Aku segera ke barisan itu tetapi tidak terlupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada dia.
Sewaktu aku di dalam barisan, aku melihat orang yang berdiri di hadapanku. Alangkah terkejutnya aku, dia adalah orang yang berlanggar denganku tadi. " Eh awak orang yang saya terlanggar tadi kan?"tanya dia kepadaku. "Ye. Awak kelas 5 RK 3 ke??" tanyaku." Ye. Saya 5 RK 3," dia menjawab. " Kalau macam tu kita sekalas lah. Nama saya Ariana. Awak?" kataku." Kenalkan nama saya Amiera. Boleh panggil saya Miera. Sebab ramai panggil saya Miera". Kami pun berjabat tangan.
Sepanjang perhimpunan itu, puan pengetua iaitu Puan Nor Azlina, memberi ucapan tentang peraturan sekolah, kekemasan pakaian, ketepatan masa dan banyak lagi. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan pelajar tingkatan 3 ke sesi pagi.
AUTHOR POV
Perhimpunan itu berlangsung selama 1 jam. Kemudian mereka masuk ke kelas mereka masing-masing secara teratur seperti yang diarahkan oleh guru guru mereka. Kelas Ariana berada di bangunan tengah iaitu blok bougenvilla. Di kelas mereka duduk secara berkumpulan. Ariana duduk di bahagian meja yang paling belakang bersama rakan rakannya yang lain. Ariana mengajak Miera untuk duduk bersamanya dan dia mahu.
*Assalamualaikum kawan-kawan. Terima kasih sebab sudi baca dan vote cerita saya.. Semoga saya dapat banyak ilham untuk habiskan citer ni.
YOU ARE READING
Sekolah Yang Menyeramkan
Mystery / ThrillerTak sangka sekolah baru yang agak terkenal ini adalah sekolah yang mempunyai banyak misteri. Kata orang, di sekolah ini ada seorang budak perempuan mati bunuh diri kerana gagal dan stress dalam pelajaran. Ada juga menyatakan yang tapak sekolah ini a...