Di kelas, Ariana mula mengenali ramai kawan dan dia juga mempunyai ramai kawan. Mereka semua sangat ramah dan mesra terhadapnya. Sewaktu di kelas, Ariana menyendiri di tempat duduknya kerana Ariana seorang yang tidak berapa suka bergaul dengan orang ramai. Ariana mempunyai sikap malu tak bertempat. Ariana pun tidak tahu kenapa. Hal inilah yang menyebabkan dia susah sangat untuk mendapat kawan. Miera datang mendekati Ariana kerana dia berasa musykil kenapa Ariana duduk bersendirian di mejanya. Kemudian Miera berkata, " weyh Ari, asal kau duduk sorang-sorang kat sini? Jomlah join kitaorang kat meja Nabil tu. Dia buat lawak. Kelakar giler weyh.."
" Awak pergilah. Saya malaslah."kata Ariana.
" Alahai kau ni. Pemalu sangat. Yang kau ni nak malu tak bertempat tu asal? Kau elok je tadi berkawan and berkenalan ngan aku. Sekarang ni nak malu pulak."
Ariana bukannya tak nak sebenarnya, Cuma dia tidak berapa selesa. Tapi akhirnya Ariana pun mengikuti kemahuan Miera untuk menyertai mereka. Ariana juga sebenarnya ingin cuba berubah di sekolah baru ni untuk jadi lebih aktif dan tidak diam sangat.
" Okeylah saya ikut awak."
" Aaa, macam tulah. Jom. Wait, sebelum tu, boleh tak kau pakai aku kau dengan aku bila bercakap ngan aku? Aku rasa tak selesalah pakai awak saya ni. Gelilah aku."
" Okeylah. Saya cuba. Eh, maksudnya a..a..aku cuba," kata Ariana dalam keadaan yang tergagap-gagap.
" Aaaa macamtulah. Kau tak payah nak innocent sangat kat sekolah ni. Diaorang semua bukannya baik sangat pun. Perangai pun semua macam jahannam.. Cuma adalah beberapa orang yang baik ngan innocent macam kau ni. Cuma diaorang semua kelas and form lain. Tapi kat kelas kita ni jangan haraplah." terang Miera dengan panjang lebarnya.
" Macam mana kau tahu?" Tanya Ariana.
" Aku tahulah. Aku dari form 1 kot sekolah kat sini. So, perangai diaorang ni semua aku dah hafal sangat dah." terangnya lagi.
" Ohh, aku ingatkan kau budak baru.. Rupa-rupanya kau dah sekolah kat sini lama dah."
" Dahla jom gi kat diaorang nanti cikgu dah sampai tak sempat lak kita nak borak borak ngan diaorang."kata Miera.
" Okey, jom!"
Mereka pun ke arah meja Nabil. Nabil ialah seorang pelajar yang boleh kurang tampan dan lemah lembut orangnya. Namun,kelakuannya sangatlah menjengkelkan. Nabil sangat suka kacau pelajar-pelajar di SMK Eurasia. Walaupun Ariana baru hari pertama sekolah di SMK Eurasia tetapi dia sudah nampak setiap saat ada sahaja pelajar yang akan jadi mangsanya untuk dikacau. Mereka yang dikacau oleh Nabil selalu memarahi Nabil. Namun Nabil hanya buat tidak kisah sahaja. Dia tidak peduli dengan omelan dan kata-kata orang lain. Nabil juga seorang yang boleh menukarkan suasana yang tegang menjadi gembira dan meriah kembali. Dia suka sangat buat lawak dan lawaknya itu memang kelakar. Setiap kali ada pergaduhan di sekolah tersebut, dia selalu menjadi penghalang.
Setibanya Ariana dan Miera di meja Nabil, Nabil sedang bergurau-senda dengan rakan-rakannya yang lain. Pelajar-pelajar yang ada di sekeliling meja Nabil turut terhibur dengan kelakuan kebudak-budakkan mereka. Tiba-tiba seorang pengawas dating ke tempat duduk Nabil.
" Weyh Nabil. Kau boleh bersikap matang sikit tak? Ni aku tengok kau dah macam budak-budak. Main geletek-geletek kat dalam kelas. Asal kau ni? Dah takde keje lain ke? Grow up la sikit."kata Aisyah dalam nada menyindir.
Aisyah merupakan salah satu pelajar di kelas 5 RK 3. Dia juga sangat tegas dan garang kerana dia adalah pengawas di SMK Eurasia. Walaupun dia hanyalah pengawas sekolah yang berjawatan biasa tetapi ketua pengawas pun takut dengan Aisyah. Dia juga merupakan pelajar ketiga yang cemerlang di sekolah tersebut.
" Suka hati akulah. Yang kau ni nak sibuk apesal? Mind your own business."kata Nabil dalam nada sedikit marah.
" Masalahnya kau ni bising sangat. Aku nak study tadi pun tak tenteram tau tak."kata Aisyah.
Miera dan rakan-rakan lain yang berada di meja Nabil hanya memandang pergaduhan tersebut. Tiada satu pun di antara mereka yang ingin menghentikan pergaduhan tersebut. Sehinggalah seorang guru masuk ke kelas tersebut. Guru tersebut bernama Pn. Maizatul dan beliau merupakan guru kelas 5 RK 3. Beliau merupakan guru perempuan yang sangat lemah-lembut dan baik hati. Apatah lagi apabila beliau mengenakan baju kurung yang berwarna lembut, membuatkan beliau kelihatan sangat cantik dan ayu. Pn. Maizatul seorang guru yang masih single.
"Aisyah...Nabil kenapa kamu berdua ni? Asyik nak bergaduh je? Satu koridor ni bising tau tak dengan pergaduhan kamu berdua. Kesian pelajar-pelajar di kelas lain yang ingin menelaah pelajaran. Mereka tidak dapat focus dalam pelajaran mereka," kata Pn. Maizatul.
"Maafkan kami, cikgu. Tapi Nabil ni. Dia dan kawan-kawannya bising sangat. Saya nak baca buku dari tadi tak dapat nak focus," kata Aisyah.
" Elehh... Mana ada kitaorang bising sangat cikgu. Dia ni je yang melebih-lebih. Kitaorang just joking around. Tu pun nak sensitive sangat. Kalau nak senyap sangat, tu ha pergi baca kat library sana. Kat sana kau bacalah puas-puas. Sampai ke Subuh pun takde sape pun nak kacau kau," sindir Nabil yang membuatkan Aisyah masam muka.
"Iishhh kau ni kan memang nak kena penumbuk aku kan? Saja je nak cari pasal ngan aku."kata Aisyah dalam nada marah.
"Ape? Kau nak gaduh ke? Meh ah.. Kau ingat kau pengawas aku takut dengan kau? Huhhh sorrylah. Wrong person. Dengan orang lain mungkin diaorang takut dengan kau, but me NEVER," kata Nabil sambil memberi pandangan sinis kepada Aisyah.
Aisyah berasa sangat geram dan marah terhadap Nabil. Seluruh pelajar SMK Eurasia tahu bahawa hanya Nabil sahaja pelajar yang sungguh berani melawan Aisyah. Sungguh dia sama sekali tidak gentar terhadap pengawas yang boleh dilabel sebagai 'singa betina' itu. Aisyah dan Nabil hampir sahaja bergaduh di kelas itu,namun cikgu Maizatul berjaya meleraikan pergaduhan mereka.
"Sudah-sudah!!! Cukup kamu berdua. Kamu berdua datang ke sekolah untuk menimba ilmu ataupun untuk bergaduh sesama sendiri?"Tanya Pn. Maizatul dalam nada marah namun masih kedengaran kelembutannya itu.
" Maafkan kami cikgu,"kata Nabil sambil menundukkan mukanya ke lantai. Dia tidak berani untuk menatap gurunya itu.
"Baiklah. Saya mahu kamu berdua bermaafan antara satu sama lain dan kembali ke tempat duduk kamu. Kita sudah membuang masa selama 20 minit hanya untuk menyelesaikan pergaduhan kecil kamu berdua ni tau tak? Kesian kawan-kawan kamu yang ingin belajar,"kata Pn.Maizatul.
Mereka pun memohon maaf Antara satu sama lain. Setelah itu, mereka kembali ke tempat duduk mereka seperti yang diarahkan oleh Pn. Maizatul. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Selepas semuanya kembali tenang, Pn. Maizatul memulakan kelasnya dengan memperkenalkan dirinya kepada pelajar-pelajar kelas 5 RK 3. Hal ini sedemikian kerana, terdapat beberapa pelajar baru yang menyertai kelas mereka. Tanpa membuang masa, Pn. Maizatul menyuruh tiga orang pelajar baru itu ke depan untuk memperkenalkan diri mereka.
Ketiga-tiga pelajar baru tersebut termasuklah Ariana bangun dari tempat duduk mereka dan ke depan seperti yang diarahkan. Pelajar baru yang pertama memperkenalkan dirinya.
" Assalamualaikum. Nama saya Muhammad Aizat Bin Ahmad Ridwan. Saya dari Johor Bharu. Kini saya tinggal di Sri Bangsar. Harap korang dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dan ingin berkawan dengan saya,"katanya dengan tenang.
"Halo. Nama saya Lai Chen Fang. Saya dari SMK Batu Muda. Ermm... saya pindah sini kerana saya dan keluarga baru sahaja pindah ke rumah baru. Dan rumah tersebut dekat dengan sekolah ini. Saya harap kamu semua mahu berkawan dengan saya,"kata pelajar yang bernama Lai Chen Fang dengan ramah.
Kini giliran Ariana pula untuk memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.
YOU ARE READING
Sekolah Yang Menyeramkan
Mystery / ThrillerTak sangka sekolah baru yang agak terkenal ini adalah sekolah yang mempunyai banyak misteri. Kata orang, di sekolah ini ada seorang budak perempuan mati bunuh diri kerana gagal dan stress dalam pelajaran. Ada juga menyatakan yang tapak sekolah ini a...