Ten

81 7 0
                                    

~Flashback~ 

  "A-A-Aku dah bunuh dia.... T-T-Tak mungkin....." Mark mula resah gelisah. Dia sudah membunuh Jieqiong tanpa sengaja. Mark memapah Jieqiong dan terus masuk ke April Garden. Dia memilih lokasi paling strategik untuk menanam mayat Jieqiong. Dia meletakkan mayat Jieqiong dan berpatah balik mengambil cangkul. Dia menanam mayat Jieqiong di situ dan kemudiannya terus meloloskan diri. "A-Aku dekat mana ni?" Jieqiong membuka matanya perlahan-perlahan. Kepalanya masih sakit. "K-Kenapa gelap je ni? A-Aku dah mati ke?" Jieqiong memegang jantungnya. Dia masih bernyawa, cuma dia sudah ditanam hidup-hidup. "T-Tolong..... T-Tolong" tersekat-sekat suara Jieqiong meminta tolong. Dia berasa amat tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Tiba-tiba dia terasa bagai ada aura kegelapan di dalam 'kuburnya' itu dan tiba-tiba ada benda tajam tercucuk bahagian kepalanya yang sakit. Jieqiong keluar semula daripada 'kuburnya' dengan bentuk yang baru. Dia bukan lagi manusia, dia sudah menjadi Pontianak, Pontianak Taman Bunga. 

~End~

  Mereka hanya terdiam, terkejut dengan cerita Jieqiong. "Jadi awak bunuh manusia untuk kelangsungan hidup?" tanya Jun ingin tahu. "Tidak, walaupun saya bukan manusia lagi tapi saya masih ada perasaan. Saya terpaksa bunuh diorang sebab diorang sudah membuat onar di sini. Saya bunuh dua perompak itu sebab diorang sudah ceroboh kawasan saya, untuk tanam wang hasil rompakan. Saya bunuh lelaki yang awak berdua (Minghao dan Xiening) nampak semalam sebab dia cuba buat perkara yang tidak senonoh dengan teman wanitanya dekat sini dan mereka berdua pula (Jieqiong memandang bawah) cuba untuk merompak wang dekat kafe hadapan itu. Saya bunuh diorang semua bersebab" terang Jieqiong. Kini mereka berlima sudah faham kenapa Jieqiong membunuh mereka semua.

  "Bunga-bunga yang tumbuh daripada badan mangsalah yang sebenarnya membunuh diorang semua. Bunga-bunga itu adalah parasit, mereka hidup menumpang di atas badan manusia dengan menyerap darah dan segala zat-zat dalam yang ada dalam badan manusia. Bunga-bunga itu juga boleh mencairkan organ manusia sekelip mata" tambah Jieqiong. Wajah mereka semua mula cuak. "Jangan bimbang, saya takkan bunuh korang semua sebab korang semua dah tolong saya" kata Jieqiong. "Jadi kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Mark setelah lama mendiamkan diri. "I really really miss u Mark tapi awak kena bertanggungjawab dalam hal ni" jawab Jieqiong. "Maksud awak? Kenapa saya yang kena bertanggungjawab? S-Saya tak bunuh awak. S-saya cuma tanam awak tanpa sengaja" Mark bingung. "Saya tahu dan saya tak kisah pasal tu. Saya cuma nak awak maafkan saya supaya saya dapat bersemadi dengan aman" kata Jieqiong. "Bersemadi dengan aman? Takkanlah...." bisik hati kecil Xiening.

  "Memang betul awak tanam saya hidup-hidup tapi awak tak bunuh saya. Awak cuma cederakan saya tanpa sengaja dan saya mati sebab bunga besar (di atas kepala) ni. Bunga besar ni sebenarnya parasit yang telah meragut nyawa saya dan menukarkan saya jadi pontianak. Sekiranya awak cabut bunga hitam ni, semuanya akan kembali seperti sedia kala" sambung Jieqiong. "Tapi kalau awak cabut bunga tu, awak akan mati" sampuk Chengxiao. "Betul tapi saya lebih rela mati daripada terus hidup dalam keadaan begini. Saya sendiri tak tahu berapa lama saya dapat bertahan hidup sebagai pontianak dan berapa lama saya dapat bertahan daripada menyerang manusia. Lebih baik awak semua hentikan saya sebelum saya hilang kesedaran sebagai manusia" pinta Jieqiong. "Hilang kesedaran sebagai manusia? Bagaimana awak boleh kekalkan kesedaran awak sampai hari ni?" Jun ingin tahu.


Flower Road [Malay FF]Where stories live. Discover now