Five

89 9 0
                                    

  7 PM; Di dalam bilik 139, Chengxiao sedang leka menonton televisyen sementara Xiening baru sahaja selesai mandi. "Chengxiao, boleh aku tengok rakaman yang kau cakap petang tadi?" pinta Xiening. "Nahh" Chengxiao menghulurkan handycam-nya. Xiening segera mencari rakaman video itu. Walaupun takut, dia tetap memberanikan diri menonton rakaman video itu. "Chengxiao, aku rasa aku pernah tengok perempuan ni" "Ha? Bila masa? Dekat mana?" "Pagi tadi, dalam surat khabar My Soul kalau tak silap. Aku tak faham apa yang ditulis tapi aku cam muka perempuan tu, muka dia sebijik macam muka perempuan dalam rakaman ni" terang Xiening. "Tunggu kejap" Chengxiao menggeledah surat khabar yang diletakkan di dalam bilik hotel mereka. Chengxiao tidak pernah baca surat khabar itu kerana dia tidak faham tulisan hangul. "Ni lah dia!" Xiening terperanjat. "Jom ikut aku. Kita pergi tanya penjaga kaunter hotel dekat bawah" gesa Chengxiao.

  Dipendekkan cerita, mereka sudah mendapat maklumat tentang Jieqiong. Xiening menghubungi Jun dan Minghao. Mereka berempat berkumpul di luar hotel. "Okay seriously, perempuan dalam rakaman ni sama dengan perempuan yang hilang tu. Namanya Jieqiong, berdarah kacukan chinese-korean dan anak usahawan yang terkenal. Dia hilang sejak seminggu yang lalu dan orang terakhir yang jumpa dia adalah boyfriendnya sendiri" terang Chengxiao. Jun dan Minghao meneliti rakaman itu sekali lagi. "Okay kedua-dua perempuan ni adalah orang yang sama walaupun perempuan ni (rakaman handycam) nampak pucat dan lesu" Jun yakin. "Patut ke kita hantar rakaman ni ke pihak polis atau keluarga dia?" tanya Minghao. "Idea kau bagus tapi aku tak rasa pihak polis akan percaya cakap kita. Kalau nak cari keluarga dia, kita tak tahu nak cari dekat mana" ujar Xiening.

  "Xiening, Jun, Minghao, jomlah kita kena April Garden malam ni. Mana tahu kita boleh tolong si Jieqiong ni dan mana tahu kita boleh bawak dia pulang ke pangkuan keluarga dia" Chengxiao masih mahu meneruskan niatnya. "Masalahnya sekarang si Jieqiong ni masih hidup atau dah mati? Kalau masih hidup aku sanggup tolong dia" kata Minghao. Xiening hanya mendiamkan diri. "Kali ni aku setuju dengan Chengxiao. Tengah malam kang kita pergi April Garden dan siasat pasal ni. Chengxiao, bawak handycam kau sekali" Jun sudah membuat keputusan. "Tapi Jun, kau jugak kata benda ni berbahaya petang tadi. Sekarang kau pulak yang ubah fikiran" Xiening membantah. "Korang semua jangan risau. Aku yang bertanggungjawab atas keselamatan korang semua. Aku akan lindungi korang semua sebaik mungkin" tegas Jun. "Relaks ahh Xiening. Aku ada. Aku pun akan protect korang berdua" Minghao hanya tersengih. Xiening tiada pilihan lain selain akur dengan keputusan yang dibuat oleh Jun.

  12:15 AM; Mereka berempat tiba di April Garden untuk memulakan misi rahsia mereka. Segala persiapan seperti lampu suluh dan handycam sudah lengkap. "Baiklah korang semua dengar cakap aku. Walaupun taman bunga ni luas, kita jangan berpecah. Bahaya bergerak bersendirian. Kita berempat mesti bersama" arah Jun. Chengxiao, Xiening dan Minghao hanya mengangguk. Mereka memulakan misi rahsia mereka secara senyap-senyap. Ini adalah kali pertama mereka menceroboh kawasan larangan semata-mata untuk mendapatkan satu kebenaran. Mereka berempat masih kekal bersama. Pelbagai perasaan menyelubungi mereka tapi demi merungkai sebuah kebenaran, mereka memaksa diri mereka. Jun berada di barisan paling hadapan sementara Chengxiao berada di belakang Jun. Xiening pula berada di hadapan Minghao sementera Minghao duduk di barisan paling belakang. 

( Susunan: Jun – Chengxiao – Xiening – Minghao)

Flower Road [Malay FF]Where stories live. Discover now