Four

91 9 0
                                    

   "Gambar candid ni memanglah cantik sebab aku yang tangkap. Yang tak cantiknya, kau cuba tengok bahagian atas dan bawah rambut kau tu. Nampak pelik" kata Xiening. Chengxiao memerhatikan gambarnya yang diambil daripada sisi tepi dan dia terkejut. "Kenapa rambut aku macam berbonjol dan bawahnya pulak berwarna hitam? Rambut aku dari atas ke bawah semuanya perang" "Itulah masalahnya. Mula-mula aku pun tak perasan tapi lepas tengok lama-lama baru aku perasan benda ni" ujar Xiening. "Takkanlah ni pun ada kena mengena dengan rakaman handycam tu" Minghao terlepas cakap. "Rakaman handycam? Maksud kau?" tanya Jun sepantas kilat. Chengxiao terpaksa membongkarkan kisah sebenar. Jun dan Xiening bertambah terkejut. "Maknanya kejadian yang berlaku semalam ada kena mengena dengan perempuan tu?" tanya Jun spontan.

  "Aku rasa ya. Mana ada penyakit bunga tumbuh daripada badan manusia dan perempuan tu nampak misteri dan pelik. Senang kata semua ni memang pelik dan tak logik" jawab Chengxiao yakin. "Cuba kau search Pontianak Taman Bunga kat Google. Mana tahu kita boleh dapatkan sedikit maklumat" cadang Minghao. "Pontianak Taman Bunga? Pelik betul nama tu" sampuk Xiening. "Nothing. Tak keluar apa-apa pasal Pontianak Taman Bunga. Aku taip Hantu Taman Bunga pun tak keluar apa-apa" kata Chengxiao selepas membelek telefon bimbitnya. "Aku rasa kejadian semalam tak pernah berlaku lagi dekat Korea sebelum ni. Ni benda baru" ujar Jun. "Benda baru, huh? Menarik" kata Chengxiao. "Aku rasa lebih baik kita jangan masuk campur dalam hal ni. Selagi kita tak ganggu dia, kita selamat" tambah Xiening. "Aku setuju. Lagipun kita ni orang luar, lebih baik kita stay away from this problem" kata Minghao pula.

  Chengxiao tiba-tiba bangun dan berkata "Korang tak teringin ke nak siasat benda ni? Bagi aku benda ni menarik sebab sebelum ni kita tak pernah dengar kejadian pelik macam ni. So apa kata kita pergi siasat April Garden tengah malam ni?" "Sejujurnya, benda ni memang baru dan aku pun teringin nak tahu dengan lebih lanjut pasal ni tapi bagi aku apa yang kau nak buat ni bahayalah. Lagipun kita dekat negara orang, bukannya negara sendiri. Kita tak boleh bertindak sesuka hati" Jun menolak cadangan Chengxiao. "Jun betul. Kita datang sini untuk bercuti, bukan untuk cari masalah" Xiening menyokong kata-kata Jun. "Yela yela aku faham" Chengxiao mencebikkan mukanya. "Dahlah jom kita pergi makan lagi. Aku dah lapar ni" sampuk Minghao. Dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu Chengxiao menjadi lebih sedih. Mereka berempat pun bergerak ke kedai makan berdekatan.

5 PM; Mark dan Mijoo keluar bersama. Mereka membeli-belah di IOI. Sejak kehilangan Jieqiong, Mark menjalinkan hubungan dengan Mijoo. Dia sebenarnya menyukai Mijoo sejak zaman kolej lagi. "Markkkk, saya nak tanya sesuatu. Maaflah kalau soalan saya buat awak tersinggung" "Apa dia?" "Sebenarnya Jieqiong hilang ke mana? Dah seminggu dia hilang" tanya Mijoo. "Saya pun tak tahulah. Sejak kami berpisah malam tu, dia terus menghilangkan diri. Seriously, saya memang tak tahu dia dekat mana sekarang" jawab Mark tenang. "Saya harap dia tak apa-apalah. Risau pulak saya kalau dia buat benda bukan-bukan" kata Mijoo. Mark tiba-tiba memegang tangan Mijoo. "Sayang, boleh tak kita cakap pasal benda lain? Lagipun saya dah takde kena mengena dengan dia" "Okay, I'm sorry Baby" Mijoo memegang tangan Mark semula. Dia tersenyum lebar.

Flower Road [Malay FF]Where stories live. Discover now