Aku ingin teman
Teman biasa
Cukup untuk aku berkongsi cerita.
Cerita duka lara suka dalam jiwa
Hamba, manusia. Hamba dunia.Hargai kawan,
Masa masa dengan orang tua,
Ketika mereka masih ada.
Jangan seperti aku .
Jasad di depan mata .
Tapi hati , emosi , jiwa raga semua sudah terbawa.
Terbawa oleh apa ?
Yaa.
Terbawa dengan keangkuhan garis masa , dunia.Yaa.
Aku rindu segala saat aku biasa kongsi segala cerita tanpa rahsia dengan mu sahabat .
Aku rindu setiap detik yang tak mampu aku perolehi dengan yang lain walau aku punya teman yang beribu. Sampai masa nanti. Kita bertemu. Walau waktu itu belum pasti. Tapi cukup kau tahu. Yang aku menanti detik itu datang menemani. _shafikashafiee

ANDA SEDANG MEMBACA
Senggang
Poetry'hati , kau dimohon agar terus untuk kuat. Melawan sakit semalam dan derita hari ini' . Penulisan kedua selepas #apabilaakumenulis. Aku masih mengekalkan konsep yang sama dengan penulisan yang terdahulu. Cuma dibawah tajuk berlainan. Sebab #apab...