Hari ini pada minggu lalu
Kita seperti biasa
Masih lagi bergurau senda
Namun berubah alpa setelah seketika
Ketika ini
Sewaktu pena menari laju
Kita sudah kejauhan
Bukan dengan jarak yang beribu
Tapi dengan jauhnya hati kau dan aku
Maafkan aku
Untuk ketelanjuran kata
Kata yang tak mampu aku undurkan
Hati,
Masih aku berharap kau lupakan segala kesal
Walau kata maaf telah aku lempar
Aku .
Rindukan kita yang semalam .
May ke 15 / 1739hrs
ANDA SEDANG MEMBACA
Senggang
Poesie'hati , kau dimohon agar terus untuk kuat. Melawan sakit semalam dan derita hari ini' . Penulisan kedua selepas #apabilaakumenulis. Aku masih mengekalkan konsep yang sama dengan penulisan yang terdahulu. Cuma dibawah tajuk berlainan. Sebab #apab...
