Soalanku

22 0 0
                                    

Jika aku berbuat demikian. Kau marah. Andai aku tidak melakukannya, juga kau akan marah. Maka harus bagaimana untuk aku terus memahami aku sebagaimana yang kamu mahu? Apakah aku sepatutnya cuma berdiam diri saja. Atau aku perlu memujukmu dan engkau akan merendahkan aku?

Aku tidak kisah untuk melakukan keduanya. Cumanya soalanku, dimana rasa hormat kamu terhadap aku?

Kamu mahu segala kata kamu itu benar, segala titahmu itu aku turuti, sambil engkau cuba melawan apa yang aku pinta. Bukan arah. *Lalu aku berbisik kepada hati "Diam hati, kau tak berhak untuk mengadili dia. Tiada siapa yang bisa menghakimi dia, kecuali dia sendiri. Yang pastinya dia akan menang."*

Apa kata kamu ceritakan kepada aku sedikit. Agar aku bisa memahami kamu seperti yang kamu mahu. Kerana aku cuma lelaki biasa. Tapi aku tak sama seperti mereka.

Balik DiriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang