Hai semua.. Selamat membaca kisah Kang Hae Jin dan Fatimah Al-Zahra, ya! Boleh like dan komen. Love you all! muah!
Love, Zany Ezatie
Titisan air hujan yang lebat di luar mengingatkan dia pada kampung halaman yang sudah lama tidak dijenguknya dek kerana urusan kerja yang melambak-lambak. Kuliah, asyment dan tidak lama lagi exam pula bakal menjelma.
Rindu betul dia dengan ubi kayu bakar di cicah dengan air asam buatan ayahnya. Pasti menjilat jari dia dan dua orang adik lelakinya menjamah ubi kayu itu. Berebut-rebut mereka bertiga makan dengan lahapnya. Kenangan itu membuat dia tersengih panjang.
"Oi, apa yang kau tersengih sorang-sorang ni?" Sapaan kuat daripada suara yang dikenalinya itu menghilangkan bayangan kenangannya sebentar tadi.
"Kenapa kau ni? Cuba la bagi salam dulu. Main sergah jer." Zara membuntangkan matanya.
Fatimah Al-Zahra, itulah nama gadis kecil molek itu. Muka bujur sirihnya dihiasi mata bulat dan alis mata yang lentik. Hidungnya mancung dan bibirnya yang bewarna merah jambu itu berbasah indah. Rakan sebiliknya Anne, juga gadis kecil molek, berkulit cerah dan berkaca mata.
"Tak da la. Dah lama aku perhatikan kau. Tengok hujan, tersengeh macam kerang busuk. Kau angau ke apa?" Anne mengusik lagi. Dia melabuhkan punggungnya ke tilam yang empuk.
"Saja teringat kampung je. Dah lama aku tak jenguk ayah dengan adik-adik aku kat kampung." Jawabnya ringkas. Mata yang tadi kepada Anne di alih semula ke luar jendela. Tiitisan air hujan semakin lebat menghempas batuan tar di hadapan banggunan biliknya.
Ye, dia hanya punya ayah dan dua adik lelaki. Ibunya sudah dua tahun meninggal kerana penyakit yang punyalah panjang nak di ingatnya. Kalau bahasa kampung yang dia tahu paru-paru berair. Mengenangkan perpisahan terakhir itu pasti akan membuat air matanya merebes keluar. Namun kini, dia sudah menerima kehilangan itu sebagai qada' dan qadar hidupnnya.
"Wei, aku ingat aku dengan geng-geng lain nak ajak kau keluar hujung minggu depan depan dan depan lagi. Lepas exam. Kau nak tak?" Pertanyaan Anne mengejutkan lamunan kali keduanya.
"Keluar? Pergi mana?" Pertanyaan Anne dibalas dengan pertanyaan semula.
"Lepas exam ingat nak pegi KL. Sebab..." Kata-kata Anne terhenti di situ. Zara mengalih pandangannya, memandang muka Anne tanda ingin tahu.
"Emm. Kang Hae Jin nak datang Malaysia. Dan kebetulan pulak nak buat kat KL. Kebetulan pulak lepas kita exam. Jadi kami ingat nak pergi konsert dia la. Sebelum tu ingat nak jalan-jalan dulu kat KL."Anne tersengih-sengih macam kerang busuk. Seronok benar hatinya mahu bertemu dengan idolanya.
"Kang Hae Jin? Sapa tu?" Zara blur. Anne menghela nafas panjang.
Dah agak mesti minah ni lupa, buat-buat lupa atau dia memang tak mahu ingat.
"Ni mamat Korea ni la."Anne menunjukkan jari telunjuknya ke poster besar yang dilekatkan di dinding sebelah katilnya. Mata Zara terus tertancap kepada poster tersebut. Seorang lelaki bermata sepet, memakai cap tertulis VIP. Tinggi lampai dan berkulit putih. Dia baru teringat lelaki Korea itu menjadi kegilaan Anne dan rakan-rakannya yang lain.
"Hari-hari aku kenalkan dia kat kau. Kau selalu lupa kan?" Anne terjegil geram. Zara menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Perlu ke aku ingat benda tak mendatangkan faedah macam ni. Buang masa aku ja. Dia bergerutu sendiri. Refleksi daripada itu dia menggelengkan kepala.
"Dia ni kumpulan duo dari Korea. Kumpulan Wax_2. Lagu dia best gila. Jadi, dah kebetulannya dia nak datang sini aku dengan geng-geng lain nak pergi la konsert dia. Mana tahu ada jodoh." Anne menyambung kata sambil tersengih-sengih lagi.
"Ala, malas la aku nak join benda-benda macam ni. Lagipun aku tak minat la. Kau kan tahu aku tak suka." Zara menolak perlawaan tersebut. Anne mengeluh berat.
"Ala, jomla, Zara. Hilangkan stress lepas exam. Tiket murah jer RM250. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, Zara. Kau tak percaya kau tanya Miya, Pena." Anne masih mahu memujuk. Kakinya meluru ke bilik sebelah. Memberi tanda supaya mereka juga memujuk Zara, si gadis degil. Dalam masa beberapa saat kedua gadis itu seudah berada di dalam bilik. Pena menghampiri Zara sambil memeluk bahu gadis itu.
"Yela, kau ikut jer kita orang. Okay?" Pena masuk jarum bagi memujuk Zara. Anne mengangkat ibu jarinya.
"Tak nak lah. Mahal sangat la tiketnya. Aku tak mampu. Lagipun bagi aku bukan begini caranya nak hilangkan stress. Kita boleh hilangkan stress dengan bersolat sunat, mengaji Al-Quran atau berselawat ke atas Nabi. Itu lebih baik." Zara memberi cadangan lain kepada mereka. Mereka terdiam seketika sambil mengangkat kening masing-masing. Anne dan Pena menolak Miya, meminta gilirannya sebagai pemujuk.
"Okay, macam ni. Biar kitaorang belanja kau tiket. Kau ikut je kitaorang. Okay?" Miya memujuk lagi. Zara pandang gadis itu. Kemudian matanya meliar melihat Anne dan Pena. Dia menguntum senyum.
"Korang ni. Daripada korang habiskan duit kat tempat yang tak berfaedah macam tu, baik korang sedekahkan kat orang yang memerlukan. Korang tahukan nanti bila kita meninggal, Allah akan soal kita, mana kita habiskan wang kita, untuk benda yang berfaedah atau kita berjihad di jalan-Nya." Zara memujuk lembut. Anne, Miya dan Pena memandang sesama sendiri. Menyalahkan diri masing-masing. Mereka sudah faham dengan perangai Zara yang ala-ala ustazah. Sepatutnya mereka tidak sesekali mengajak gadis itu ikut serta. Namun, Anne yang beria-ia.
"Yela, ustazah. Suka hati kaulah. Kitaorang nak ajak kau je. Niat kitaorang baik tau. Kau asyik memerap je dalam bilik. Dah hampir 4 tahun kat sini, kehidupan kau, kelas, library, bilik. Tak bosan ke?" Bebel Miya. Anne dan Pena mengangguk setuju. Zara senyum lagi.
"Tak pe. Korang pergi jala ye. Aku nak solat Asar ni. Korang dah solat ke?" Zara menukar topik. Ketiga-tiganya menggeleng kepala tanda belum solat. Zara menggeleng kepala melihat ketiga mereka tersengih-sengih.
"Jom kita solat sama-sama." Ajaknya sambil langkahnya ligat keluar menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Ketiga mereka membontoti langkah Zara.
YOU ARE READING
Imamku, Mr. Kimchi
RomanceKecewa dikhianati kekasih hati, Kang Hae Jin nekad membunuh diri di perairan Malaysia. Takdir ALLAH telah mengatur segalanya. Dia diselamatkan keluarga nelayan, Pak Cik Hanifah. Fatimah Al-Zahra, anak Pak Cik Hanifah sering membayanginya siang dan m...