BAB 3

193 6 5
                                    

Suara bising dari luar yang di dengar itu sudah diketahui siapa empunya suara. Zara yang sedang membaca buku bingkas bangun membuka pintu. Ternyata tekaannya benar. Anne, Miya dan Pena yang baru pulang dari KL. Mereka yang bertolak tiga hari lepas ke KL akhirnya pulang semula ke kampus untuk persiapan terakhir sebelum cuti semester bermula. Masing-masing akan memulakan praktikal di kawasan masing-masing. Pena dan Miya merupakan pelajar kos pengurusan dan mereka bakal menjadi orang penting di syarikat yang mereka pilih. Manakala dia dan Anne merupakan pelajar pendidikan dan akan terus berkampung di Pulau Pinang bagi menjalani latihan mengajar selepas ini.

"Eh, Zara tak tidur lagi?" tanya Anne selepas melihat kepala Zara yang tersembul keluar dengan tiba-tiba.

"Tak. Mata tak nak lelap. Sebab tu tunggu korang." Jawabnya ringkas. Anne, Pena dan Miya hanya mengangguk keletihan. Miya dan Pena sibuk mencari kunci di dalam beg. Pena menjumpai kuncinya lalu membuka pintu. Mereka meminta diri untuk masuk ke bilik.

Anne melangkah masuk ke bilik. Dia yang keletihan merebahkan badan ke katilnya. Matanya dipejamkan. Zara menutup pintu bilik lalu kembali semula ke meja belajarnya. Dia menyambung pembacaannya.

Letih sangat la tu. Bisik hati Zara. Malas menganggu Anne yang keletihan.

"Zara, tengok ni." Panggil Anne tiba-tiba. Zara yang sedang kusyuk membaca mengalihkan pandangannya kepada Anne yang sedang memegang handphonenya.

"Bila masa pula kau tengok handphone. Tadi letih sangat aku tengok." Zara mengomel. Dia bangun menuju ke arah Anne dan melabuhkan punggungnya di sebelah Anne. Dia kemudiannya melihat video player yang dimainkan oleh Anne.

"Sebabkan kau tak pergi, ni aku rakamkan konsert tu untuk kau." Anne bangun sedikit, mendekatkan tubuhnya ke badan Zara bagi memberi ruang kepada dirinya dan Zara menonton video itu. Zara memandang kosong. Tidak berminat namun demi menjaga hati sahabat dia tonton juga.

"Kau tahu, dia boleh cakap bahasa Melayu. Aku ada baca sebelum ni. Kebanyakan bahasa kat dunia ni dia kuasai, termasuk bahasa Melayu. Aku suka." Anne tertawa kecil. Zara hanya menggeleng.

Fanatik sungguh remaja sekarang dengan artis-artis dari Korea. Sudah lama dia menyiasat, apalah kelebihan mereka sehingga membuat mereka tergila-gila. Dia yang malas ambil tahu terpaksa juga melayan kerenah si Anne yang tak pernah jemu mempromosi jenama artis-artis Korea kepadanya.

"Ni lagu terakhir dia masa persembahan hari tu. Sedih tau. Kebanyakan pengunjung menangis bila dengar lagu ni. Yang tak tahan dia pun menangis. Air mata ikhlas betul. Sebab tu aku sedih tu. Ha."Anne menunjukkan sebuah video lagi. Video itu menunjukkan lelaki Korea itu berucap sebelum menyanyi.

"Kami berterima kasih kepada semua peminat Malaysia kerana sanggup datang ke sini semata-mata untuk Wax_2. Lagu terakhir ini saya abadikan sebagai kenangan bersama dengan peminat Malaysia. Saya harapkan kalian sentiasa mengingati detik-detik ini. Mengingati saya. Okay, harap kalian semua menghayatinya."

Lancar juga bahasa Melayu dia. Getus hati Zara terpegun. Dia sebagai bakal guru bahasa Melayu terasa bangga melihat orang asing yang boleh berbahasa Melayu.

Penyanyi itu memulakan nyanyiannya. Lagu itu menerjah ke corong telinga Zara. Melodinya indah namun liriknya yang berbahasa asing tidak difahami oleh Zara. Video yang di ambil oleh Anne kurang jelas dan bising. Tetapi Zara dapat melihat penyanyi itu menangis menghayati lagunya itu. Dan kedengaran juga esak tangis daripada Anne.

"Kenapa dia menangis?" Zara akhirnya berminat ingin tahu. Anne mengeluh berat.

"Tak tahulah. Tapi ada dengar-dengar sebelum konsert dia ada masalah dengan teman wanita dia." Terang Anne. Zara memunjungkan bibirnya.

"Propa je ni." Dia berkata sebelum bangun ke tempatnya semula. Anne menjegilkan mata dengan kata-kata itu. Matanya tajam melirik kepada langkah Zara yang sudah berada di meja belajarnya.

"Payah, kau tak da perasaan." Anne meninggikan suaranya sambil menutup video tersebut. Dia menarik selimut tanda mahu tidur. Zara pula menyambung pembacaannya, malas mahu melayan kerenah Anne.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Imamku, Mr. KimchiWhere stories live. Discover now