Prolog 1

45 3 17
                                    

     "Dinaaaa...oh...Dina cepat la sikit Dina oii....kita dah lambat ni". Jerit Rina dari luar rumah Dina, memang rumah mereka bersebelahan tetapi Dina kalau tak dijemput memang lambat la mereka sampai, nanti tak pasal2 kena rotan dengan Tok Ali sebab lambat. Selepas solat asar je kena terus pergi kerana jarak rumah mereka dan tok ali agak jauh.
     "Ye...ye...aku dah cepat la ni...eleh tau la tak sabar nak jumpa pakwe sebab tu nak cepat je tau."
     "Ehh...bila masa aku cakap aku nak jumpa pakwe?"
     "Memang kau tak cakap tapi mata kau yang cakap...ingat ye MATA tak kan pernah dapat menipu."

     "Erghh...Whatever"  kata Rina yang sudah malas mahu berbalah dengan sepupunya itu kerana apa yang dikatanya memang tepat sekali.

  Setiap petang mereka akan kerumah Tok Ali untuk belajar mengaji dengan menunggang basikal bersama2,15 orang anak didik Tok Ali kesemuanya.

   Ketika mereka sampai dan meletakkan basikal ditempat sepatutnya tiba2 ada seorang budak lelaki yang suka menyakat Rina kerana dia geram dengan kesombongan Rina terhadapnya.

     "Eh ko apahal...tiba2 je kacau kitaorang...tolong  ke tepi sikit" kata Dina kepada Fitri yang menghalang laluan mereka untuk naik keatas rumah Tok Ali dengan suara yang sudah naik seoktaf kerana geram dengan sikap Fitri yang suka menganggu mereka saban hari bukan sahaja dikelas mengaji bahkan disekolah juga.

     "Eh...siapa yang halang kau, dipersilakan jalan." Kata Fitri sambil memberi laluan kepada Dina tetapi dia menghalang laluan Rina kerana itu tujuan nya. Dia tahu Rina tidak akan berani melawan. Rina ke kanan dia ke kanan, Rina ke kiri dia ke kiri.
'Hishh...Dina ni pun satu,kenapa la dia tinggalkan aku sorang2 kat sini'
Kata Rina dalam hati sambil menjeling geram kepada Fitri yang selalu menganggu hidupnya itu.

   Fahmi yang nampak kelakuan Fitri itu segera menegur "Fitri kenapa kamu halang laluan Rina tu...cepat bagi dia masuk sebelum abg bagitau atuk"
   Fahmi menolong kerana tahu yang Rina tidak berani melawan.
   Fitri sungguh gerun apabila mendengar nama Tok Ali disebut terus meninggalkan rina disitu dan masuk kedalam Fahmi menggeleng2 kan kepalanya melihat telatah Fitri itu.

'Aaaa....Abang Mie tolong aku. Argh rasa nak menjerit tapi kena cover tak boleh lebih2' jerit Rina dalam hati sambil menahan muka dari menunjukkan reaksi teruja di hadapan Abang Fahmi.
     "Haa...kamu Rina kenapa tercegat kat situ lagi cepat naik" kata Abang Fahmi setelah pelik melihat Rina yang masih terkaku di tangga rumah atuknya itu.
   Rina hanya mengangguk dan masuk kedalam rumah. Dina yang hanya memerhati sedari tadi hanya tergelak dan menggeleng2 kan kepalanya. Rina yang ternampak kelakuan sepupunya itu terus menepuk bahunya kerana geram ditinggalkan dan diketawakan.

     "Ishh...sakit la,kau ni kan" kata Dina sambil menggosok2 bahunya.
     "Padan muka...siapa suruh gelakkan orang, siapa suruh kau tinggalkan aku kat situ sorang2...wekkk" kata Rina sambil menjelirkan lidahnya.
   Fahmi tergelak kecil melihat telatah Rina yang pendiam bila berhadapan dengannya tapi dalam diam telatah Rina itu selalu mencuit hatinya.
     "Hehehehe....sorry la beb tapi aku memang sengaja tinggalkan kau sorang2 sebab nanti dapat la tengok drama...alaa bukan selalu pun."
     "Heh....drama apa ntah tak sweet langsung" kata Rina sambil mencebikkan bibirnya
     "Wehh...pakwe kau pandang sini la" bisik Dina. Apabila Rina menoleh dia ternampak Abang Fahmi sedang memandang kearahnya terus dia memalingkan kembali wajahnya yang sedang kemerahan kerana malu aksinya sebentar tadi menjadi tontonan.

"Abang Syad....abg nak pergi mana?" Ketika nampak abangnya sedang bersiap2 untuk keluar di ruangtamu "Semalam janji nak main  game dengan adik takkan adik nak main sorang2 pulak."kata Rina sambil memeluk lengan abang kesayangan nya untuk menahan abangnya dari pergi tetapi dia tidak perasan bahawa ada orang yang sedang melihat aksinya itu. 'Haa...keluar dah perangai manja dia tu' bisik hati kecil abang nya.

     "Sorry dik...abg betul2 terlupa nanti2 la kita main game tu ye sekarang ni abg kena pergi study grup."
     "Benci abg...abg ni suka je lupa, abg memang tak sayang adik kan?" termuncung2 mulut Rina menuturkan nya.
    "Mana ada...abg sayang sangat kat adik abg ni." Tutur Arsyad sambil menggosok2 rambut adik kesayangan nya.
    "Dah la"tuturnya dan berlari mendapatkan neneknya yang berada didapur. "nek....tengok abg ni nek dia tak nak main dengan adik" dengan nada menjerit sambil berlari dan memeluk neneknya dari belakang yang ketika itu sedang memasak.

     "Kenapa sayang nenek ni...jangan la macam ni, abg kan nak pergi belajar biar la abg pergi.main tu nanti2 boleh main"kata Nek Ayu sambil memandang muka cucunya kasihnya tertumpah buat cucu perempuan sulung yang kini tinggal bersamanya jauh dari papa dan mama yang berada diperantauan atas urusan kerja dan hanya akan pulang pad hujung minggu untuk menghabiskan masa mereka bersama anak2 tersayang.
     "Alaaa...."panjang rengekkan manja Rina.
     "Rin...Rin tak sayang abang ye?" Rin adalah nama manja Rina dikalangan ahli keluarga selain panggilan adik.
     "Sayang"jawab Rina sepatah.
"Kalau sayang kasi abg pergi ea...abg kan dah nak UPSR jadi abg Rin tu kena belajar kalau dia duduk rumah asyik leka main dengan kamu je."ucap Nek Ayu dengan penuh kasih sambil mengusap pipi cucunya.
   Rina menganggukkan kepalanya tanda rela abangnya pergi.

     "Dik...abg gi dulu ea" kata Arsyad setelah melihat adiknya berjaya dipujuk, sebenarnya dia telah lama memerhati dari pintu dapur kerana dia menyusuli adiknya untuk memujuk tak jadi hendak keluar rumah tadi gara2 rajuk adiknya itu. Kerana pernah berhari2 rajuknya berpanjangan dan dia tidak mahu perkara itu berulang lagi.

"Syad gi dulu nek" kata Arsyad sambil menghulurkan tangan untuk menyalami Nek Ayu sebelum keluar setelah melihat senyuman dari bibir adiknya. 'Nasib baik la adik pergi kat nenek tadi....kalau tak mesti aku keluar rumah tak salam nenek dulu' mereka sedari kecil telah diajar oleh papa dan mama untuk meminta izin serta menyalami mereka sebelum kemana2 jadi itulah juga yang dilakukan ketika tinggal dirumah neneknya. Dia dan adik beradik yang lain sangat sayangkan Nek Ayu kerana sejak umur mereka 6tahun mereka dihantar kesini atas permintaan nenek sendiri untuk diberi didikan agama dan menemani nenek yang tinggal keseorangan walhal bukan lah keseorangan sangat pun kerana anaknya yang seorang lagi ada disebelah rumahnya iaitu ayah Irdina dan mereka akan tinggal bersama dengan papa dan mama setelah  keputusan SPM keluar. Kawan Arsyad yang dari tadi memerhati juga berbuat perkara yang sama seperti Arsyad dan berkata "nek saya pergi dulu nek."
     "Haa...ya ya...pergilah hati2 ye nak." sambil mengusap kepala kedua2 anak muda dihadapan nya.
   'Alamak abg mie ada jugak la...mesti dia nampak drama swasta aku tadi...alaa...malu nya' omel Rina dalam hati. Arsyad melihat adiknya yang tiba2 diam itu sudah tahu kenapa dia jadi begitu.

     "Sejak bila dia ada kat sini, abg?" Tanya Rina dalam keadaan berbisik kepada Arsyad.
   Arsyad tergelak mendengar pertanyaan adiknya itu. "dari mula drama adik la" katanya sambil berbisik juga. " alaa...abg malunya adik" balas Rina

Didalam perjalanan Fahmi bertanya kepada Arsyad "kenapa dengan adik kau tu."
     "Biasa la dia tu...manja sikit anak bongsu la katakan"
     "Tapi comel la dia tu"
     "Nape? Minat ke?"
     "Hah...mana ada! Aku...aku cuma cakap dia comel je" ucap Arsyad tergagap2.
     "Eleh...tak ada konon yang tergagap2 tu pahal?"
Fahmi hanya terdiam.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Minta maaf sangat2 kalau ada typo.
Hope you guys enjoy my story...

ketulusan hatiWhere stories live. Discover now