🌷 BAB 2🌷

39 3 0
                                    

   "Kau kenapa? tolak2 orang padahal kau yang mula dulu...kau ni memang nak kena" kata budak perempuan yang ditolak itu bangun kembali untuk membalas apa yang telah budak lelaki nakal itu buat kepadanya.

   "aduhhh...sakitnya..." budak perempuan itu mengaduh apabila punggungnya terasa sengal kerana ditolak untuk kali kedua dan kali ini memang darahnya sudah memuncak tinggi kerana marah kepada budak lelaki itu yang sesedap hati nya sahaja nak tarik tudung dia tadi sebelum ditolak kali kedua.

   dan dia bangun untuk meluru kearah budak itu tetapi kali ini nasib baik tidak menyebelahinya apabila tolakan kali ketiga ini terlalu kuat dan kepala nya terkena bucu meja yang ada paku karat dan itu menyebabkan dahinya berdarah teruk...

   "Ya Allah....rinaaaa...."serentak itu juga ada seorang pengawas senoir mereka yang kebetulan lalu di hadapan kelas dan menyaksikan kejadian itu.

   "Rinaa...Rina...please bangun Rinaa....please..." kata dia dalam keadaan panik dan tidak membuat apa2 kerana melihat darah yang mengalir dengan banyak itu....
  
     "Syad...ooo syaddd...bangun...hey bangun la." kata Fikri yang tadinya dia terkejut mendengar jeritan teman sebiliknya kemudian suara yang merayu2 meminta seseorang bangun.

"hahh...kenapa? dah lambat nak pergi kelas ke?" tanya Amirul Arsyad dengan penuh kebimbangan ditambah lagi dengan muka blurnya buatkan teman nya ketawa terbahak2.

   "hahaha....kau ni lawak la, sekarang ni tengah malam tau tak? aku kejut sebab kau tu meracau2 dalam tido,kau mimpi apa?...by the way siapa Rina tu?" bertalu2 soalan yang dilontarkan.

   "hah..mimpi? mimpi apa? mana ada mimpi apa2" Arsyad buat2 tidak ingat akan mimpi nya kerana dia belum bersedia untuk menceritakan nya kepada sesiapa tentang Rina kisah lalu nya.

   "Ye ke tak mimpi apa2...aku tak percaya sebab hampir tiap2 malam kau sebut nama dia dalam tido"

   "ermmm...kau dengar ea?  nak kena cerita jugak ke? aku tak sedia lagi la..."

   "mesti la aku dengar...dah aku pun duduk dalam bilik ni. takpe lah kalau kau tak nak cerita lagi aku tak paksa, take your time" kata Fikri dengan nada yang cukup sayu dan pergi semula ke katil nya dan ada terselit perasaan kecil hati dalam hatinya kerana selama 6 tahun ini dialah yang banyak mendengar luahan lelaki itu.

   Melihatkan wajah sayu itu membuatkan Arsyad terbuka hati untuk bercerita kepadanya sebab selama ini dia sahabat yang ada di saat susah dan senang nya.

   "Fikri...meh sini jap"

   "apa lagi...aku nak tido la, tadi dah la kau kacau tido aku" kata Fikri dengan nada berjauh hati.

   "cepat la...kau nak dengar tak cerita aku kalau tak aku tak nak cerita...hanya malam ni je lepas ni aku tak kan cerita walaupun kau nak merajuk ke merayu ke apa aku tak kesah" ujar Arsyad sambil berpura2 baring dan menarik selimutnya ke dada.

   "oii...cepat la aku dah datang ni" kata Fikri yang cepat2 datang bila diugut begitu sambil menarik tangan Arsyad untuk bangun.

   "dah terlambat"
   "ishh...kau ni, cepat la bangun" dia menarik sekuat hati nasib baik la bilik mereka bukan menggunakan katil 2 tingkat jika tidak, mahu kepala nya benjol sebab terhantuk di besi katil. dan akhirnya dia berjaya buat Arsyad bangun.

   "cepat cerita!" gesa Fikri. Arsyad tersengih hehe...tau takut.

   "macam ni cerita nya...Rina tu adalah adik kawan baik aku yang dari kecik hingga sekolah menengah,lepas SPM kami terpisah sebab dia pindah kl. Adik dia tu susah nak rapat dengan Stranger aku boleh rapat dengan dia pun lepas kejadian aku tolong dia masa kepala dia luka teruk sebab kena tolak dengan budak kelas dia, aku kebetulan lalu dekat dengan kelas dia masa meronda2 satu sekolah,tiba2 dengar ada suara orang bergaduh aku pun cepat2 la pergi kat situ then tengok2 dia terbaring dengan kepala berdarah2 aku sempat la tengok siapa yang tolak dia dan aku pangku kepala dia tak buat apa2 sebab panik sangat2 masa tu bila otak dah mula berfungsi aku terus bawak dia pergi bilik kesihatan dan cikgu kat situ terus suruh bawak dia pergi kat kereta cikgu dan pergi hospital.

   "lepas tu apa jadi" sampuk Fikri cemas.

   "kepala dia dapat 3 jahitan, tapi sejak lepas tu dia mula baik dengan aku"

  "and then?"

  "masa dia darjah 6 dan aku 17 tahun ada satu hari tu dia confess perasaan dia kat aku tapi aku tolak sebab masa tu dia kecik lagi kot jadi aku taknak pelajaran dia terganggu" ujar Arsyad dengan nada yang sangat sayu dan penuh penyesalan.

   " kesian dia...kau ni pun" ujar Fikri dengan nada marah akan tindakan sahabat nya itu.

   " apa betul lah kan apa yang aku buat, kalau kau kat tempat aku kau mesti akan buat benda sama kan? takkan kau nak biar dia hanyut dengan perasaan2 yang tak sepatutnya pada masa tu, lain lah kalau dah besar"

   "haah kan...betul jugak. okey boleh teruskan lagi" sesedap rasa dia mengarah setelah menyampuk cerita orang.

   "ishh...kau ni! suka menyampuk."
kemudian dia menyambung lagi...

"lepas tu masa cuti sekolah bulan 11 dan 12 aku pergi umah nenek dia untuk minta maaf tapi dia tak nak pandang muka aku pun. lepas tu mama papa dia datang untuk bawa dia pergi kl duduk kat sana masa cuti 2 bulan tu. dan malam tu jugak daddy aku datang dan minta aku belajar kat sini dan masa aku dah sampai kat sini aku dapat tertengok siaran berita dari malaysia kereta yang dinaiki oleh mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan dan aku terus call daddy aku tanya tentang berita selanjutnya mengenai mereka tapi daddy aku kata semua yang ada dalam kereta tu meninggal. sebab tu jugak la aku tak balik Malaysia selama 6 tahun rasa terkilan tu masih ada.



ketulusan hatiWhere stories live. Discover now