Prolog 2

37 3 11
                                    

Sorry sangat2 guys Prolog1 banyak kesalahan ejaan...silap saya sebab tak chek balik betul2 sblm publish maklumlah fisrt time buat jadi saya tak arif lagi....im so sorry😢😢😢

***********************************
     "Rina...nanti ana(saya) mesti akan sangat2 rindu kan enti(kamu). Tak boleh ke kalau duduk kat sini je cuti ni"luah Dina yang kesedihan kerana sepupu yang merangkap teman sepermainan nya itu akan pergi ke kl sementara cuti sekolah selama 2bulan ini. Mereka menukar kata ganti diri kerana Nek Ayu sudah banyak kali menegur tidak sopan menggunakan 'aku kau' yang kedengaran kasar apabila dituturkan oleh anak2 gadis.

     "Alaaaa...jangan la sedih sangat, ana duduk sana 2bulan je kalau enti dah rindu yang tertahan sangat kat ana ni,enti pergi je lah kl naik bas nanti kami ambil enti" Ucap Rina dengan tawa yang dibuat2.
   Dina pula sangat2 memahami perangai sepupunya itu yang sangat2 susah untuk menunjukkan perasaan sebenar hatinya.
     "Eleh...cakap je la enti pun sedih kenapa mesti sembunyikan perasaan tu" Dina berpura2 menyerkap jarang. Rina terdiam.

   'Pin...Pin...' mereka terus memandang kereta Axia biru yang baru sahaja datang ke rumah Nek Ayu dan pemandunya keluar dari kereta itu... 'ishhh...untuk apa lagi Abang Fahmi datang ke sini, tak puas2 lagi menyakitkan hati aku agaknya'monolog Rina dalam hati dan dia bingkas bangun dengan segera meninggalkan buaian yang dinaiki bersama Dina tadi untuk masuk ke dalam rumah, Dina hanya memandang kerana dia tahu apa yang terjadi setelah puas dia memaksa Rina untuk menceritakan nya dan akhirnya Rina menceritakan semua yang terjadi.
   Tetapi Fahmi pantas menghalang "Rina tolong la...abang nak cakap dengan rin sikit,boleh tak?" Terus terhenti langkah Rina kerana termakan dengan rayuan Fahmi tetapi dia tidak berpaling kerana mempertahankan egonya "Nak cakap apa,cepat sikit !" Kata2 Rina sedikit lantang ketika itu. Fahmi dan Dina terkejut mendengarnya tidak pernah Rina meninggi suara seperti itu sebelum ini.
   Fahmi melangkah mendekati Rina dan berdiri dibelakangnya kerana tidak mahu apa yang diucapnya didengari oleh Dina.
     "Rin...abang minta maaf kerana kecewakan Rin, abang ada sebab kenapa abang buat semua ni. Abang harap sangat2 Rin belajar sungguh2 supaya apa yang Rin cita2kan selama ini tercapai jangan pernah putus asa ingat tu...andai kata kita berjumpa lagi jangan tak kenal pulak sebab abang akan sentiasa ingat adik abang ni selagi Allah izinkan, Adik jangan lupa abang tau Abang minta maaf atas salah silap abang sepanjang perkenalan kita. Rin! Rin! Rin dengar tak apa yang abang cakap ni." "Dah habis cakapkan...Rina masuk dulu" sedaya mungkin Rina mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti menangis walhal air matanya telah mula mengalir sejak mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Abang Fahmi nya itu. 'Ya Allah,kenapa rasa ini begitu sakit sekali' dia terus memanjat tangga rumah usang neneknya tanpa menoleh kebelakang lagi. Fahmi hanya mengeluh melihat keadaan Rina yang sudah kembali dingin dengan nya seperti awal2 perkenalan mereka selepas peristiwa itu. Dia begitu ingin untuk mendengar gelak tawa yang selalu terbit dari mulut gadis itu seperti sebelum ini untuk kali terakhir sebelum mereka berpisah.
     "Sabar la abang lama2 nanti dia lupa la tu" ujar Dina yang kesian melihat Abang Fahmi. Kemudian baru sahaja dia hendak melangkah naik ke atas,telinganya menangkap bunyi hon kereta lagi sekali dan dia berpaling ternyata paklongnya dah sampai dari kl, itu bererti dah sampai masa untuk sepupunya itu pulang kl perasaan sedih kembali bertamu dihati. Dia menerpa pakciknya yang baru sampai itu dan menyalami mereka sekeluarga kecuali Abang Akmal kerana mereka bukan mahram walaupun mereka sepupu.
     "Assalamualaikum, pakcik apa khabar?" sapa Fahmi ramah.
     "Alhamdulillah sihat" balas Afizzudin ramah juga.
     "Arsyad tak balik ke pakcik?"
     "Owhh...dia ada dekat Amsterdam study kat sana sambil tolong Abg Akmal dia urus syarikat kat sana. Tapi Akmal skrg ambil cuti katanya nak tenangkan fikiran."
     "Owhh...berapa tahun lagi dia kat sana?"
     "5tahun lagi habis la. Kamu pula  study mana?"
     "Saya kat UITM shah alam je...ambil course perhotelan dan pelancongan. Sekarang tengah cuti sem." Sebenarnya Fahmi tidak tahu bahawa ayahnya dan ayah sahabat karib Arsyad adalah kawan baik dan bisness partner.
     "Ermm pakcik...Abg Akmal...saya balik dulu ye dah nak maghrib ni" ujar Fahmi sambil menyalami tangan kedua2 nya.
     "Haa ye2...hati2 tau bawa kereta tu"
     "Baik pakcik"
     "Fahmi...pakcik dengan Akmal nak minta kamu tolong jagakan Rina ye kalau kami dah takde nanti memang Arsyad ada tapi dia jauh dari Malaysia" ujar Afizzudin dengan nada penuh mengharap.
     "Kenapa pakcik cakap macam tu, InsyaAllah saya akan jaga Rina sebaik mungkin"
     "Takde apa2 pun saje je pakcik cakap ajalkan bila2 masa je boleh datang"

   Nek Ayu sudah menangis teresak2 tatkala hendak menghantar anak menantu dan cucu2nya ke kereta selepas makan malam bersama2 dengan semua anak2nya. Dia rasa tak sedap hati tapi diabaikan perasaan itu dan mendoakan agar anak menantu dan cucu2nya selamat sampai. Dina juga merasakan perkara yang sama. Rina dan Dina berpelukkan untuk kali terakhir sebelum berpisah.
     "Mak...saya sekeluarga minta maaf sebab saya banyak menyusahkan mak. Ampunkan dosa kami dari hujung rambut sampai hujung kaki halalkan makan minum saya dan anak2 sepanjang hidup kami dirumah ini" kata2 Afizzudin ini diucapkan juga kepada adiknya Hafizzudin kerana dia merasakan umurnya tidak panjang. Semua yang disitu merasa pelik dengan perangai Afizzudin,isterinya dan semua anak2nya.
  
Selepas 2jam...

     Ringgg...Ringgg...
   Bunyi deringan telepon rumah itu mengejutkan semua yang ada diruangtamu rumah usang itu. Hafizzudin bersama keluarganya yang masih ada dirumah ibunya dengan tujuan hendak menemani ibunya kerana dia keseorangan dirumah itu. Semua saling berpandangan sesama sendiri,akhirnya Hafizzudin bangun dan mencapai ganggang lalu menekan punat pembesar suara.
     "Assalamualaikum ini keluarga Encik Afizzudin ke?"
     "Ya saya"
     "Saya Inspektor Ikmal. Saya terlebih dahulu meminta agar encik sekeluarga bersabar dengan berita yang akan saya sampaikan"
     "Kenapa dengan abg saya Inspektor?" Tanya Hafizzudin dadanya sudah berdebar2 begitu juga dengan yang lain.
     "Kereta yang di naiki oleh keluarga Encik Afizzudin hilang kawalan selepas dilanggar lari dan berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan di lebuhraya Alor Star menghala ke Kuala Lumpur." Terang Inspektor Ikmal panjang lebar.
     "Ya Allahhh...anak aku!!! " raung Nek Ayu kemudian dia pengsan.
     "Mereka telah dikejarkan ke hospital besar Alor Star. Minta encik sekeluarga segera datang" sambung Inspektor itu lagi.
"Ye sa...saya datang sekarang" ujar Hafizzudin terketar2 kerana terkejut dengan berita yang baru didengari. 'Ya Allah...dugaan apakah ini! Berilah aku kekuatan untuk melalui nya' rintih Dina dalam hati. Patut la dia rasa tak sedap hati dari petang tadi.

     "Arsyad...daddy nak kamu sambung belajar di London. Esok pukul 10pagi flight kamu ke London dan daddy dah arrange kan segala2nya termasuk tempat tinggal kamu disana"arah Tengku Mohd Arsyad Al-Faiz a.k.a daddy Arsyad yang baru 2jam tiba di rumah atuknya.
     "daddy kenapa tiba2 je...daddy baru sampai dah paksa Syad buat benda yang Syad tak suka, macam dengan U yang Arsyad belajar sekarang?" kata Arsyad dengan nada yang sedikit tinggi kerana geram daddynya yang suka memaksa,dan dia rasa menyesal dengan ketelanjuran katanya terhadap daddy tadi.
     "Syad...tak baik tinggikan suara pada daddy kamu" Tegur atuk dengan penuh kasih sayang.
     "Syad...dengar cakap daddy ni, daddy buat semua ni untuk kebaikan Syad juga...nanti mudah untuk Syad uruskan syarikat daddy kalau setakat belajar dalam negara je tak cukup." Pujuk Faiz dengan lembut kerana dia tahu anaknya seorang yang menurut kata jika kena cara pujukan nya.
     "Baiklah daddy" tutur Arsyad dengan berat hati kerana dia tidak mahu meninggalkan kampung kesayangan nya atau lebih tepat meninggalkan Rina kerana dia menyayanginya seperti dia menyayangi adiknya Tengku Aqilah Faizura.
   Faiz tersenyum kemenangan bila rancangan nya kali ini menjadi dan anaknya mengikut kata2nya.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Tq sebab sudi baca...best ke x best sila la komen n jangan lupa vote juga. Thanks a lot...

Ps: tak tau kenapa sampai 2 Prolog saya dah la panjang2 plak tu...tak reti nak ringkaskan lg rasa macam dah paling ringkas saya tulis tu. Hope you guys tak boring.

ketulusan hatiWhere stories live. Discover now