🌷 BAB 1🌷

54 3 2
                                    

Ariana sedang menggubah bunga tulip untuk diletakkan pada barang hantaran dan bunga tangan untuk majlis perkahwinan anak kepada customer yang merangkap sahabat baik Umminya yang akan berlangsung hujung minggu ini,pekerja2 nya juga masing2 sibuk menyiapkan tempahan di florist milik keluarganya yang terletak di Damansara.
Puan Sri Amelia memilih bunga tulip mengikut permintaan anak perempuan kesayangan nya dan dia memilih perkhidmatan Ariana's florist kerana kedai mereka sentiasa ada stok bunga itu dari stokis mereka di Belanda untuk kedai mereka.

Ariana yang sememangnya gilakan bunga tulip matanya bersinar2 bagai ada bintang ketika bunga itu baru tiba di florist nya minggu lepas.

Sebaik sahaja florist tamat waktu beroperasi pada pukul 5petang dia bergegas ke Ariana's Cafe yang dibuka hingga 8malam, milik arwah kakaknya yang dihadiahkan oleh papa mereka sekarang dijaga oleh Irdina sepupu Ariana dan Umminya, untuk membantu mereka apa yang patut.

Sampai di cafe dia terus meluru masuk ke dapur untuk mencari ibu saudaranya.
"hahh...apa terhendap2 tu?" sergah satu suara.
"haishh....enti ni la,saja nak bagi ana sakit jantung ke apa"bebel Ariana panjang lebar.
"dah2...tak payah nak membebel macam mak nenek, Ummi dah balik sebelum zohor tadi katanya nak gi dating ngan Walid"terang Irdina kerana tahu apa yang dicari oleh Ariana.
"owh ok...ada kerja apa nak kena buat ni?"
"tu ha pergi buat chuppochino latte untuk encik customer enti" Irdina sendiri pelik kenapa customer cafe mereka yang sorang tu mesti nak Ariana yang buat coffee tu untuknya dan dia mesti datang masa Ariana ada, Ariana ada stalker? oh no sungguh bahaya!!! kena bagitau Abang Najmi ni sebab dah selalu sangat, pada mulanya mereka tidak menghiraukannya tetapi ini dah hampir setiap hari setiap kali Ariana ada dia mesti ada dan dia suka memerhati setiap gerak geri Ariana.
"what??? that regular customer again!!!" hampir terjerit Ariana tetapi cepat mulutnya ditekup oleh Irdina
"yes" jawab Irdina ringkas dan kemudiannya meninggalkan Ariana disitu untuk menyambung kerjanya membuat pastry didapur cafe.
Selepas selesai membuat coffee itu dia memanggil pelayan cafe untuk memberikan air itu kepada customer itu.

Beberapa minit selepas itu...
"Sis,customer tu panggil"
"hahh...kenapa pulak? kata Ariana sedikit gentar kerana selama ni dia tidak pernah pula lelaki itu memanggilnya.
" takpe sis pergi je,tengok apa yang dia nak...kami semua kan lelaki kalau dia nak apa2 kan sis siaplah dia kami lunyaikan!" kata salah seorang pelayannya dengan bersemangat sekali (lebih kepada semangat nak lunyaikan orang...hahahaha siap la) memang pelayan cafe nya hampir kesemua mereka lelaki, ini semua kerja Abang Najmi😡 sebab dia yang interview semua pekerja, hanya kerana untuk menjaga keselamatan Ummi dan adik2nya dia ambil semua pekerja yang merangkap bodyguard dalam cafe ini dan juga di florist. Dan pekerja perempuan hanya 3/4 orang sahaja itu pun selepas puas merayu supaya diambil juga pekerja perempuan, yela takkan semua lelaki susah nak bekerjasama kot dan tugas pekerja perempuan hanya didapur membantu Irdina dan Ummi, dan yang mereka semestinya wajib lincah didapur yakni mahir memasak la apa lagi.
Lalu Ariana pun memberanikan diri untuk pergi selepas mendengar jaminan dari pelayan2 cafe nya. Cepat2 dia menyapa lelaki itu...
"ye ada apa2 yang boleh saya bantu encik" ucap Ariana dengan nada formal
"duduk dulu dik" arahya. dan Ariana pun terus menarik kerusi di hadapan lelaki itu dan duduk meskipun pelik dengan perangai lelaki itu kerana memanggilnya adik. Dan lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Ariana tetapi Ariana hanya membalas dengan senyuman dan berkata "maaf encik, by the way who are you?" lelaki itu tergelak sambil berkata "perangai awak sama macam dia muka pun sama tapi dia sedikit kasar orangnya" berkerut dahi Ariana mendengar kenyataan lelaki itu apahal tiba2 je dah la aku tak kenal langsung siapa dia. "hermm...adik tak ingat langsung ke siapa abang?" tanya nya dengan wajah yang serius. 'ehh...siapa dia ni? gayanya macam dia kenal aku je' omel Ariana dalam hati. "tak kenal...encik siapa?" naik geram Ariana kerana dari tadi soalan nya tak berjawab. "ok lah abang perkenalkan diri...nama abang Muhammad Izzad bekas tunang kakak awak Putri Nur Ariana Azrina" ucapnya dengan nada yang sangat pilu kerana setelah 6 tahun perkara itu berlaku pun dia masih tidak dapat melupakan arwah Azrina. Dan sekarang ini dia selalu datang ke cafe tempat arwah selalu luangkan masa hanya untuk melihat Ariana selepas dapat tahu bahawa Ariana mengambil alih cafe dan florist milik arwah untuk menghilangkan rasa rindunya terhadap arwah kerana wajah mereka sama cuma sikap arwah sedikit kasar tapi kerana sikap itulah yang membuat nya tertarik pada arwah. Harini dia ingin berjumpa dengan Ariana secara berdepan adalah untuk memberitahunya satu perkara yang sangat penting jika tidak dia hanya memerhati dari jauh kerana dia tahu Ariana bagaimana orangnya 'susah untuk berbual mesra dengan stranger' itu kata arwah la.
"owh...maaf sangat adik betul2 tak ingat abang, tapi kenapa lepas 6tahun baru abang cari adik?" rentak percakapan Ariana sudah berubah. Agaknya kalau siapa2 datang mengaku pun Ariana percaya sebab dia tak ingat pun muka tunang kakaknya itu maklumlah ingatan nya kan dah hilang, Ariana pulak terus je percaya,nasib baik memang betul kalau orang jahat kan naya.
"eh...wait abang tak kawin lagi ke?"
" hahaha....banyaknya soalan. tak pe la kalau adik tak ingat abang pun...abang faham keadaan adik jadi jangan rasa bersalah kalau tak ingat...soalan pertama sebab selama ni kan adik tak kerja lagi kat cafe n florist jadi mana la abang tahu dekat mana nak cari adik. soalan kedua sebab abang masih tak dapat lupakan kakak kesayangan adik tu."
"huh..." Ariana buat muka annoying tanda malas nak layan.
"ehh...adik tak kesian kat abang ke? buat muka kesian. Izzad dah lupa apa tujuan nya nak jumpa Ariana.
" hahh...kesian? kenapa nak kena kesian?" Izzad gelak besar tengok muka blur Ariana.
Irdina yang dari tadi memerhati,pelik tengok Ariana berbual mesra dengan lelaki itu dia sendiri tak kenal siapa tu. Ariana yang ternampak Irdina terhendap2, melambai dengan isyarat supaya Irdina menyertai mereka walaupun masih tertanya2 tapi kakinya tetap melangkah kearah 2 orang manusia itu dan menarik kerusi disebelah Ariana.
"dina, kenalkan ini tunang kak Az, Abang Izzad, enti tak pernah kenal kan? haa...sekarang dah kenal dan Abang Izzad ni Irdina sepupu adik". dan Irdina mengangguk2 kepala sambil berkata kepada " Assalamualaikum...panggil dina je" sebelum ini Irdina tak berkesempatan untuk berkenalan dengan tunang kakak sepupunya dan sekarang ini rasanya dah terlambat untuk itu.
"Wa alaikumussalam, selamat berkenalan"balas Izzad dengan mesra.
"haa...baru abang ingat apa abang nak cakap dekat adik...sorry tadi lupa."kata Izzad tiba2.
"apa dia?" tanya Ariana
"dina boleh join ke?" tanya Irdina serentak
" boleh sangat apa salahnya tapi harap cik adik comel berdua ni banyak bersabar ye jangan berdendam jangan bagitau sesiapa pun simpan sendiri je. boleh janji dengan Abang" mendengar nada serious Abang Izzad mereka berdua berdebar2 untuk mendengar penjelasan nya. "Apa Abang? kenapa macam serious je ni?"
"memang pun serious ianya berkaitan dengan keluarga adik,abang pun baru dapat tahu"

"Ariana...Irdina...kakak datang... where are you hiding? " jerit satu suara di pintu masuk setelah tidak melihat Ariana atau Irdina di kaunter pembayaran dia tidak perasan bahawa mereka ada disudut cafe yang sedikit tersorok untuk customer yang inginkan privacy.
"ehh...kak Erin la" kata Ariana dan terus bangun untuk berjumpa dengan nya.
" siapa tu?" tanya Izzad
"tu bekas tunang Abang Akmal" kata Irdina yang masih duduk di kerusi nya kerana malas untuk bangun.
"owh...I see" kata Izzad dengan sedikit meleret.
"dia pun still single and not available lagi tau...so try la ushar kot2 jodoh" tergelak2 Irdina ketika menuturkan nya. saje dia nak kenen2kan dengan Abang Izzad dua2 masih belum berpunya mana tau betul2 tersangkut...Alhamdulillah.

"hey...rancak bersembang tak sambut akak pun?" tegur Erina dan mula la buat muncung itik dia tu tanda protes. Lepas Ariana sambut dia tadi dia buli Ariana dulu,suruh buatkan chuppochino ais satu,cukup la buat hilang kan dahaga dan stress lepas balik kerja.
"hahaha...akak bukan budak kecik lagi nak kena sambut bagai" terlepas tawa Irdina. 'bukk...'bahu Irdina ditepuk kuat, haa... kan dah kena, kenakan hakak lagi.
"hish...akakk...sakit la."
"dah la akk ,dina...akk jemput duduk kak" Ariana halang perang yang baru nak mula antara dua orang tu sambil tarik lagi satu kerusi untuk kak Erin duduk takkan nak kasi duduk sebelah Abang Izzad pulak tak halal lagi ok!

"hai, tunang Azrina kan? tadi si Ariana ni cakap kat I " ucap Erina macam dah kenal lama.
'perghh...selamba kot minah ni dah la baru first time jumpa'. . omel Izzad dalam hati tapi dia tak perasan dia tengah tenung anak dara orang.
"hello..." kata Irdina sambil memetik2 jarinya dihadapan muka Izzad ' amboi khusyuk ny tenung anak dara orang'.
"hah...apa dia" kata izzad tergagap2 tu la leka sangat.
"hahahaha" terhambur tawa 3 gadis di hadapannya kalau orang lain tengok drama ni mesti semua orang cakap dia playboy. Terdetik di hati Izzad ' perangai sangat2 sama perwatakan macam tomboy, cara cakap main lepas tak fikir hati orang terasa ke tak, tak alert pada keadaan sekeliling ...Ya Allah adakah ini petunjuk dari mu'
"kak Erin tanya abang tu"
"haah I tunang Azrina"
"ingatkan tak dengar soalan kak Erin tadi" kata Irdina dia memang satu kepala dengan Erina memang menjadi2 la sakatan itu. Erina pulak tak sedar pun orang tenung dia, leka borak dengan Ariana punya pasal.
"Abang Izzad...tadi abang kata ada something nak cerita kat adik masih curious lagi ni cepat la." kata Ariana tiba2.
"tapi adik tak kesah ke kalau dia dengar" sambil tunjuk guna isyarat mata kearah Erina yang sedang melihat handphone nya.
" tak pe la dia dah macam keluarga adik jugak"
"ok adik...hei cik,nak dengar sekali ke tak?" kasar nya bahasa.
"dengar apa?"
"apa2 je la?"
" kalau you bagi I dengar cerita you, I boleh je dengar, up to you kalau tak I nak blah, I taknak la jadi penyibuk pulak"
"Ariana tak kisah you dengar so I pun tak kisah la...tapi janji jangan bagitau kat sesiapa pun walaupun ibu you. ni rahsia kita berempat kalau ianya bocor pun hanya dari mulut Ariana SAHAJA !"ditekankan perkataan sahaja itu kerana hanya Ariana sahaja yang berhak untuk membuka cerita kalau dirasakan perlu.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

next update maybe lambat lagi kot dalam bulan 4 / 5 tengok lah macam mana nanti. Im so sorry guys...
Thanks kepada sesiapa yg sudi baca.

ketulusan hatiWhere stories live. Discover now