Hujan Dan Airmata..

96 5 0
                                    

Hujan..
Kau membasahi bumi ini..
Kau Membasahi diri ini
Atas perintah Rabbul-Izzati

Hujan..
Kau turun membawa rahmat
Kau membasuh kemarau panjang
Atas Titah-Nya Rabbul-Alamin

Hujan..
Hadirmu membawa bahagia
Hadirmu membawa cinta
Cinta dari Tuhan yang menciptakan
Bagi makhluk yang amat memerlukan..

Airmata..
Kau menitis di pipi INI..
Selepas lama memendam sendiri
Akhirnya kau jatuh jua

Airmata..
Kau mengalir bersama sendu
Dari jiwa yang retak seribu
Kau relakan titisan itu

Airmata..
Ada yang mengalir kerana cinta
Ada yang mengalir kerana bahagia
Jua ada pula kerana duka
Ada yang membiarkan hujan membasahi diri
Tatkala air Mata menitis dipipi
Supaya tiada siapa dapat melihat
Air Mata mengalir pilu
Hujan Dan airmata menitis bersama
Tatkala seruan ITU datang menjelma

Koleksi Puisi seleksi terbaikkWhere stories live. Discover now