Chapter 1- Kenapa orang tu pakai baju hospital?

7 1 0
                                    

Kawai tercungap-cungap sambil menggengam erat tiang bus stop. Matanya kabur, hidungnya mula berdarah, dadanya rasa sempit dan tekaknya rasa kering. Aku akan mati dekat sini ke?
Kawai mula rasa penat dan dia tumbang ke tanah. Kawasan bus stop kosong sunyi sepi menemani kawai yang terbaring di atas tanah sendiri.

-----Tak lama selepas itu-----

"Ahhh. Aku dah terlambat. Macam mana ni?? Nanti mummy marah pastu membebel pastu mulalah merajuk pastu aku kena pujuk pastu pastu arrghhhhh. Boleh migrane aku macam ni." Armin membawa kereta dengan tidak warasnya. Otaknya penuh dengan soalan apakah yang akan terjadi seterusnya. Siapa yang bagi jawapan? Dialah. Ye, agak gilakan.

Armin memandu keretanya laju. Tidak kiralah tong sampah, pagar, daun kering, pizza sekalipun dihadapannya, pasti akan dilanggarnya.

Namun ada sesuatu menarik perhatiannya. Seseorang terbaring di tempat bus stop. "Gilanya orang tu baring kat situ. Tak takut kena culik ke? kena curik ke? kena sepak ke? Eiii.. tapi, orang tu pakai baju hospital ke?" Armin menghentikan keretanya ditempat bus stop tersebut. Dia bergegas keluar dari keretanya untuk melihat adakah orang tersebut memakai baju hospital. Dia terkejut.

"Dia pakai baju hospitallah!!" Katanya teruja.

"Kenapalah dia baring bawah ni. Ada kerusi tak nak guna. Apa guna kerusi ni orang bina kalau tak untuk duduk mahupun baring ataupun letak beg, makanan, air. Hei orang-orang zaman sekarang ni. Pelik."

Armin menongkat dagunya.

"Dia pakai baju hospital, jadi dia adalah pesakit. Kenapa dia pakai baju hospital? Hanya ada 3 kemungkinan. Satu, dia beli baju ni untuk fesyen. Dua, dia mungkin tengah bersiar-siar tapi dia sesat. Tiga, dia lari dari hospital. Antara ketiga-tiga jawapan yang aku cakap tadi, jawapan yang paling logik adalah...yang pertama. Ye, orang sekrang pelik-pelik dengan fesyen dieorang, jadi tidak anehlah kan. Wahh, pandainya aku." Armin berkata panjang sambil kagum dengan dirinya yang disangka pandai. Armin melihat orang yang memakai baju hospital itu.

"Pertama, check nadi untuk tau dia hidup atau tak." Armin sudah mula berangan menjadi seorang detective. Bongok, dari tadi dia terbaring, baru kau nak check dia hidup ke tak?

Armin mencangkung dan mengengam pergelangan tangan orang tersebut. "Oh, dia hidup." Pandangan Armin beralih memandang muka orang tersebut. Dia terkejut.
"Oh Mak Kau, hidung dia berdarah!!! Serius ni serius!!" Dia panic sambil mengibas-ngibas tangannya. Dia mula kehulu-hilir tak tentu arah.

"Aku kena bawak dia pergi hospital." Akhirnya budak bongok ni buat keputusan. Armin mengangkat orang tersebut. Armin terpaku seketika.

"Dia ni, perempuan?????" Mata Armin terbutang, nasib baik tak tersembul keluar. Armin memandang muka perempuan itu.

"Hmm, comel jugak dia ni, bawak balik ahh." Dasar orang gila tak sedar diri. Armin berjalan riang ke keretanya sambil mengendong perempuan tersebut. Dia meletakkan perempuan itu di tempat duduk belakang dan segera masuk ke tempat duduk pemandu. Here we go!!!!

"Mummyyy!! Armin bawak balik hadiahhh!!!" Armin menjerit dihadapan pintu rumah ibubapanya sambil mengendong perempuan tersebut. Mummy Armin terus lari memecut ke pintu rumah apabila mendengar anak lelaki kesayangannya menjerit dan tertanya-tanya apakah hadiah yang dibawa?

Armin meletakkan perempuan itu di sofa ruang tamu. Mummynya sampai dihadapannya dengan tercungap-cungap. "Mana hadiahnya?" Kata mummynya gembira bercampur serius. Armin mengangkat sebelah keningnya.

"Tadaaaaa.. ni dia." Kata Armin sambil tunjuk ke arah perempuan itu. Mummynya memandang perempuan itu sebelum memukul kepala anak kesayangannya tersebut. Armin mengadu kesakitan.

"Apa ni mummy? Armin dah bawak balik hadiah untuk mummy ni. Dia hidup tau!!" Kata Armin serius sambil mengusap kepalanya yang dipukul tadi. Mummynya tergamam.

"Mana kamu jumpa dia ni, Armin? Kenapa bawak dia balik?" Tanya mummy. Armin berfikir sejenak.

"Armin jumpa dia kat bus stop masa nak datang rumah mummy. Dia terbaring atas tanah dengar hidung berdarah. Tengok tu mummy, hidung dia berdarah." Kata Armin dengan lenggok gediknya.Armin mengangkat jari telunjuknya tiba-tiba.

"Mummy jangan risau.Armin dah pastikan dia masih hidup dan dia perempuan mummy, comelll!!!" Armin menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya.
Mummynya menepuk dahi.Kenapalah anak aku jadi macam ni? Mummynya mula bertindak ghairah apabila mummynya menghantukkan kepala ke dinding.

Armin terpinga-pinga melihat mummynya.Dia kemudiannya mendekati mummy dan menepuk-nepuk bahu mummy. "Mummy, mummy. Mummy rawatlah dia dulu sebelum mummy cederakan diri mummy." Mummy memandang muka Armin geram. Mummy bergegas ke dapur mengambil semangkuk air dan sehelai tuala.

Armin membuka televisyen sambil duduk disofa bersebelahan perempuan itu. Armin memandang perempuan itu pelik. Rambut hitam pendek macam helmet, pakai full baju hospital, hidung berdarah, kurus kering, tangan berdarah. Satu je yang difikirkan oleh Armin, perempuan tu sakit. Armin tersengih sendiri sambil memikirkan betapa pandainya dia membuat andaian sebegitu.

Mummy kembali dan mula mengelap darah-darah yang terdapat dibadan perempuan itu. "Lepas ni, Armin bawa dia pergi hospital ye." Kata mummy tegas. Malas mahu melayan anaknya itu.

Armin mengerut dahinya. "Tapi mummy, dia hidup lagi." Mummy menepuk dahinya lagi. "Sebab dia hiduplah mummy suruh bawak dia pergi hospital untuk check dia ada penyakit atau tak. Kamu ni Armin, belajar tinggi- tinggi sampai jadi CEO tapi otak udang."

Armin membuat muka tak puas hati. "Mummy, tu pujian atau perli?" Mummy geram. "Dua-dualah."

"Dah siap. Dah cepat-cepat bawak dia ni pergi hospital." Gesa mummy. "Tapi mummy, dinner macam mana?" Tanya Armin.

Mummy mengerut dahinya. "Kamu makan jelah dekat luar. Budak ni lagi penting tau." Armin menggelengkan kepalanya. "Makanan mendapat nombor satu dalam hati Armin. Jadi Armin paling suka makan."

"Abis tu, mummy nombor berapa pulak dalam hati Armin?" Tanya mummy sambil blushing. Nak jugak tau.

"Mummy dapat nombor plus one dalam hati Armin." Armin sengih sendiri. Mummy mengerutkan dahinya. "One plus one, two lah kan. Maknanya mummy nombor kedua dalam hati Armin?" Mummy berasa kecewa.

Armin mengerutkan dahinya. "Bukanlah mummy. Plus one adalah nombor teratas dalam hati Armin. Sebab tulah mummy plus one." Armin tersenyum gembira. Mummy berasa sangat terharu dan sangat gembira. Anak aku ni sengal-sengal, romantik jugak.

Armin melambai-lambai mummy dari dalam kereta. Mereka berdua tersenyum sendiri dengan perasaan berbunga-bunga. Sengal dua beranak ni.

Armin memandang perempuan itu yang berada di sebelahnya. Armin kemudiannya memakaikan sitbelt perempuan tersebut. "Yosh. Sitbelt dah pakai, barang dah ada, orang sebelah ni dah ada... rasanya takde yang tinggal. Ok, lets go!!!"

Aku tak mahu kau pergi!Where stories live. Discover now