"Mana ni. Cakap nak ambil lah apalah. Aku nak naik teksi tak bagi."
"Lambatnya" kata mamat berbaju kotak-kotak biru hitam.
Dia berjalan ke arah kereta Volkswagen Passat apabila ternampak tangan yang melambai ke arahnya.
"Sihat anak papa?" Tanyanya sambil memeluk anaknya.
"Hm. Sihat." Balasnya ditelinga papanya.
Pelukan itu dileraikan oleh mamat itu dan dia melangkahkan kakinya ke dalam kereta.
* * *"Handsomenya mamat tu. Ohmaigod. I kennot" kata aku sambil memerhatikan gelagat lelaki itu.
Aku mula menjadi seperti cacing panas. Tak pandai duduk diam. Lagi-lagi dengan orang yang suka janji tapi hampehhhh.
"Fisya ni pun satu. Cakap suruh tunggu 10.30. Last-last dia tak muncul-muncul. Bayang pun takde" omel aku sambil melihat jam tangan berwarna pink.
"Lahhhhhh..... dia nak gerak balik. Bye awak" sambil aku melambai tangan kepadanya.
Walaupun dia tak nak nampak tapi aku berharap dia nampak. Ehhh macam mana tu. Saya berharap dapat jumpa dengan awak suatu hari nanti. Hahahaha berangan ahhh aku ni.
* * *
Disebabkan jarak antara rumahnya dengan airport hanya mengambil beberapa minit. Akhirnya mereka berdua sampai. Dia sudah berdiri dihadapan rumah. Hatinya mula mengingatkan kisah lalu. Kisah pahit yang terjadi padanya pada suatu ketika dahulu. Namun dia terpaksa mengagahkan dirinya kerana itu keputusannya.
"Assalam...."
Belum sempat dia menghabiskan salamnya dia terus dipeluk oleh seorang wanita yang berusia lingkungan 50 an yang memakai skaf pendek untuk menutup rambutnya.
"Anak mama" dia mengcium pipi anaknya tanpa henti.
"Ma. Stop it" katanya.
Terhenti wanita itu apabila anaknya mengeluarkan kata-kata itu.
"I miss you so much much much mama" dia pula mencium wanita itu.
Encik Hamdan menarik beg yang dibawanya dan berhenti didepan kedua-dua beranak itu.
"Sudah-sudah lah bercium Azizah oi. Saya yang selalu kat rumah ni awak taknak cium pulak" katanya sambil memeluk tubuhnya.
Puan Azizah memandang suaminya dengan mata yang tajam lalu memegang tangan anaknya itu ke arah dapur.
"Mama pergi dulu" katanya yang terhenti didepan dinding.
"Sibuk je papa . Nak manja-manja dengan anak pun tak boleh" omelnya.
Puan Azizah dan Encik Hamdan merupakan bekas guru sekolah menengah. Mereka berdua dikurniakan dengan dua orang anak lelaki.
"Muhammad Denial Harith"
"Deni"
"Harith"
"Adik"
"Lah sini rupanya anak mama. Penat mama panggil. Semua nama keluar. Sudah-sudah lah tengok gambar family ni. Rindu ke?" Tanya Puan Azizah.
Denial tidak menjawab pertanyaan tersebut dan berlalu pergi. Dia mula mendaki tangga rumahnya untuk ke bilik. Daun pintu ditolak. Denial memerhati keadaan sekeliling biliknya.
"Hm. Tak berubah" katanya didalam hati.
Denial duduk diatas tilam yang empuk itu lalu mengusap lembut.
"Rindu" katanya dengan nada perlahan.
"Ingatkan tak rindu" satu suara memecah kesunyian biliknya. Encik Hamdan berdiri sambil bersandar dipintu.
YOU ARE READING
Dia Encik Boss
RomanceSatu peristiwa yang mengubah nasib Denial Harith. Kepulangannya ke Malaysia membuatkan dia benar-benar tekad untuk berubah. "Kau tak pernah kenal aku. Kau jangan nak menilai aku!" - Denial Harith "Ishhhh!!! Perangai macam singa jantan. Poyo betul"...