Suasana dihadapan rumah dipenuhi dengan ramai tetamu undangan Encik Hamdan sekeluarga. Namun, kelibat Deni masih tiada lagi.
Puan Azizah sudah mula resah kerana bayang Deni masih lagi tidak muncul. Sedangkan dia janji yang dia akan turun. Dia lalu pergi ke arah suaminya.
"Bang"
"Kenapa ni? Risau je saya tengok muka awak ni. Makanan dah habis ke?" Tanya Encik Hamdan.
"Bukan tu. Anak awak tu. Deni. Tak keluar-keluar lagi. Mana dia ni? Saya dah risau ni" balasnya sambil matanya memerhati gerak-geri tetamu. Takut tetamu pulak yang perasan kelakuan mereka berdua.
"Itu yang awak risau kan? Kejap lagi keluar lah tu. Dia bukan nak lari mana pun. Dah lah. Saya nak layan tetamu ni" Encik Hamdan meninggalkan isterinya keseorangan disitu.
Deni mula menyarung seliparnya. Dia mengagahkan dirinya untuk keluar. Wajah Puan Azizah mula tersenyum apabila melihat anak lelaki kesayangan mula muncul. Deni segak berbaju melayu dengan mengenakan samping.
Deni berjalan menuju ke arah mamanya.
"Nak buat apa je ni? Deni tak kenal lah sapa-sapa" kata Deni ditelinga ibunya.
"Eh kamu ni. Tak kenallah kena kenalkan" balasnya dan mencuit Deni.
Iskandar dan isterinya sibuk melayan rakan undanganya. Maklumlah ini majlis akikah anak mereka. Ramai kenalan yang diajak. Sampaikan Deni sendiri tak kenal mereka.
"Haii Azizah" sapa seorang wanita yang berbaju kurung moden itu.
Sapaan wanita tersebut menyebabkan Deni mengalihkan pandanganya ke arah wanita itu.
"Ehh..Kak Mas" sapa Puan Azizah semula.
Mereka berdua terus salam dan berlaga pipi. Deni hanya melihat gelagat mereka berdua sahaja.
"Ingatkan tak sudi nak datang sini. Datang pun" ajuk Puan Azizah.
"Alaaa kau ni Zizah. Putrajaya nak ke sini bukan jauh beribu batu pun. Sebab kawan punya pasal aku datang lah" balasnya semula sampai menepuk bahu rakanya itu.
Deni mula mengeluh. Dia seperti kayu yang tidak tahu untuk membuat apa-apa. Perhatikan orang. Itu kot rasanya kerja dia buat sementara waktu ini.
"Ma. Deni masuk dulu lah" katanya.
"Ehhh...May i know u?" Tanya Puan Mastura sambil menunjuk Deni.
"Maybe"
"Emmm. Denial Harith right?" Jawabnya.
Deni hanya mengganguk sebagai tanya betul sahaja. Puan Azizah yang berada ditepi Deni tersenyum seketika. Ingatkan tiada yang kenal akan anaknya. Rupanya ada.
"Lah Zizah. Ni kan yang anak kau dulu nak kahwin tak jadi tu" katanya dengan selamba.
Wajah Puan Azizah dan Deni terus berubah. Pertanyaan Puan Mastura tidak dijawab oleh kedua anak beranak itu.
"Haah" Jawab Deni.
Dia terus meninggalkan kedua-dua wanita itu disitu. Deni langsung tidak mengendahkan panggilan mamanya. Encik Hamdan dan Iskandar perasan dengan tingkah laku Deni yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah.
Dalam hatinya mula menyumpah-nyumpah dengan perangai sahabat mamanya. Ingatkan kenal sebab lain. Rupanya sebab peristiwa yang 3 tahun lalu. Deni terus menanggalkan seliparnya dan memasuki rumah.
"Ehh. Deni"
Satu lagi orang menyapa Deni.
"Apa lagi!" Balas Deni dengan nada yang tinggi.
Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memanggilnya.
"Amboi. Ni Mak Ngah lah. Tinggi suara nampak. Sombong ye kamu. Sejak tak balik Malaysia ni. Makin menjadi perangai kamu"
"Dulu buat hal. Sekarang pun nak buat hal lagi ke?" Tambahnya lagi.
Riak wajah Deni mula berubah. Sesal dihatinya kerana meninggikan suara pada wanita itu. Dia bukan tak kenal dengan Mak Ngahnya yang mulut petir tu. Sekali petir menyambar habis rentung sesiapa yang mendengar dia cakap. Diluar dia kena tegur, didalam pun rupa-rupanya sama.
"Mak Ngah nak apa?" Tanya Deni dengan nada lembut semula.
"Eh. Aku nak tegur anak buah aku pun tak boleh ke? Sejak bila jadi macam ni? Sejak tak balik Malaysia ke?" Kata Mak Ngah.
"Apa Mak Ngah cakap ni? Sejak tak balik apa ni?" Soal Deni semula.
"Buat-buat tak tahu pulak. Kamu kan dulu buat hal. Kejap nak kahwin kejap tak nak. Last-last yang jadi pak sanggup. Tu ha. Abang kamu tu, si Iskandar tu. Nasib baik dia ada" balas Mak Ngah dengan nada sindir.
Deni sudah mula marah. Riak wajahnya berubah serta merta. Ingatkan dia masuk rumah nak dapatkan ketenangan rupa-rupanya tidak sama sekali.
"Mak Ngah kalau tak tahu apa-apa diam" kata Deni dengan nada serius sambil menajamkan matanya.
Deni terus berlalu meninggalkan wanita itu disitu. Dia mendaki satu per satu anak tangga. Peristiwa 3 tahun lepas masih belum terungkai sehingga sekarang.
Deni memasuki biliknya dan terus menutup. Dia bersandar dan akhirnya terduduk mengenangkan peristiwa dulu. Air matanya jatuh ke pipi.
"Aku kena kuat Denial Harith. Kuat!" Katanya dengan diri sendiri sambil mengesat air mata tersebut.
Bersambung
YOU ARE READING
Dia Encik Boss
RomanceSatu peristiwa yang mengubah nasib Denial Harith. Kepulangannya ke Malaysia membuatkan dia benar-benar tekad untuk berubah. "Kau tak pernah kenal aku. Kau jangan nak menilai aku!" - Denial Harith "Ishhhh!!! Perangai macam singa jantan. Poyo betul"...