*

345 13 0
                                    

"Adik, bangun cepat! Kita kena lari dari sini!" Hakimi menggoncang bahu adiknya yang sedang lena tidur. Dia berbisik, khuatir orang lain akan terjaga. Haira menenyeh matanya.

"Abang ni kacau orang tidur kenapa?" marahnya.

Hakimi pantas mengemas barang-barang adiknya. Dia sudah tekad. Mereka mesti lari dari rumah ini malam ini juga.

"Cepat, dik! Kita kena lari malam ini juga!" tegas Hakimi.

"Huh? Lari? Kita nak pergi mana?" Tanpa menjawab, Hakimi menarik tangan adiknya sambil sebelah tangan membimbit dua buah beg; beg Haira dan beg miliknya.

"Jangan banyak tanya, ikut je."

Mereka berjaya keluar dari rumah pangsa itu tanpa disedari oleh sesiapa. Langkah mereka pantas menuju ke stesyen bas yang berdekatan.

"Adik duduk sini," arah Hakimi. Dia mengeluarkan 'telefon bimbit pasar malamnya' dan menghubungi seseorang.

"Abang telefon siapa?" tanya Haira.

Hakimi tidak menjawab. "Hah, Joy? Aku dah ada dekat bus stop ni... okay... cepat sikit."

Haira menarik hujung jumper abangnya. "Abang, kita nak ke mana? Abang telefon siapa tadi? Jawablah," rengek Haira. Apalah budak berumur tujuh tahun itu tahu selain makan dan tidur?

Hakimi duduk di sebelah adiknya. "Adik, percayakan abang. Abang nak bawa adik keluar dari neraka tu, jauh dari perempuan jahat tu. Adik tak nak ke?"

"Adik nak, bang. Tapi... kalau ibu tahu, teruk kita nanti," ujar Haira.

Hakimi mengusap kepala adiknya dengan penuh kasih. "Haira, selagi abang ada di sisi adik, selagi tu adik selamat dengan abang. Abang janji, abang akan bahagiakan adik."

"Haira takut..."

"Abang ada." Hakimi memujuk.

Mereka adik-beradik saling berpelukan.

-------------------

BUNYI enjin motor mengejutkan Haira dari lena. Dia bingkas bangun dari riba abangnya.

"Asal lambat?"

Mereka berlaga tangan, bersalaman. "Sorry, bro. Susah nak lepas ayah aku. Tunggu dia tidur punya seksa. So, kau plan nak pergi mana?"

Hakimi menggaru kepala. "Kau...hantar aku pergi Ipoh, boleh?"

Mata Joy terbeliak. "Kau biar betik?! Naik motor? Jauh tu! Kau nak pergi rumah siapa?"

"Aku ada alamat nenek aku. Tapi, aku tak pernah jumpa dia. Aku nak cuba je. mungkin dia masih hidup. Tolonglah, Joy," Hakimi merayu.

"Kalau sampai sana, aku tak boleh tolong. Aku cuma boleh hantar kau pergi terminal bas je. Nah, ni ada sikit duit simpanan aku, kau ambil buat beli tiket bas." Dia menghulur sekeping not hijau.

"50, beb? Serius? Eh, tak apalah!"

"Ambil." Dia memasukkan duit itu ke dalam poket baju Hakimi.

"Aku tak ada duit nak bayar balik."

"Aku ikhlas. Tak payah bayar." Hakimi melompat memeluk kawannya itu.

"Terima kasih, Joy, terima kasih. Kaulah kawan aku dunia akhirat," ucapnya penuh terharu. Joy mengusap bahu Hakimi. Dia simpati dengan nasib Hakimi adik-beradik yang penuh derita. Hanya ini sahaja yang mampu dia tolong.


SYURGA | buat adikWhere stories live. Discover now