**** ****

217 11 1
                                    

HAKIMI melihat buku banknya. Sudah semakin banyak. Cukup untuknya menyewa sebuah rumah dan menyara Haira buat sementara waktu. Masanya sudah tiba untuk dia memulakan hidup baru. Dia akan bawa Haira keluar dari rumah kebajikan itu. Secepat mungkin. Dia sudah meninjau tiket bas yang paling murah untuk ke Johor Bharu. Dia sudah membuat tempahan sewa sebuah rumah flat di sana secara atas talian, berkat pertolongan majikannya yang baik hati.

'Adik, abang dah ada tiket kebahagiaan buat kita berdua. Adik bersabar, ya. Dua hari lagi kita akan bina hidup baru.'

--------------------

HAIRA memilih aiskrim yang ingin dibelinya. Dia sudah lama teringin untuk membelinya. Dia memilih aiskrim coklat vanilla. Dia tersenyum lebar sebaik sahaja aiskrim itu berada dalam genggamannya. Pulang dari sekolah, tiada yang lebih seronok bagi kanak-kanak melainkan menikmati aiskrim yang sejuk ketika cuaca panas terik. Nikmat sungguh!

Dia menjilat aiskrim sambil berjalan pulang ke rumah kebajikan yang terletak tidak jauh dari sekolah. Tanpa disedari, kelakuannya diperhati dari jauh. Tiba-tiba mulutnya ditekup dengan kain lalu dia dicempung ke dalam van merah tanpa sempat dia mempertahankan diri. Haira meronta-ronta untuk melepaskan diri dari lelaki tegap itu tetapi rontaannya lama-kelamaan semakin lemah. Pandangannya gelap.

--------------------

HAKIMI mundar-mandir di ruang tamu. Hatinya risau sebaik sahaja menerima berita bahawa adiknya belum pulang dari sekolah sejak petang tadi. Ya Allah, selamatkanlah adikku di mana jua dia berada, doanya dalam hati. Mereka tidak boleh melaporkan kepada pihak polis kerana belum 24 jam Haira hilang.

Hakimi meraup wajahnya. Ke mana Haira pergi? Jangan-jangan dia diculik? Tak, Kimi, jangan fikir bukan-bukan.

"Bonda, macam mana ni? Kita nak buat apa? Kimi nak cari adik!"

Wanita yang digelar bonda memegang bahu Hakimi. "Tenang, Kimi. Doa banyak-banyak semoga adik selamat."

"Tapi bonda, macam-macam boleh berlaku kepada adik! Entah-entah dia diculik ke..."

"Kimi, apa cakap macam tu? Tak baik! Istighfar banyak-banyak, doa yang baik-baik jadi pada adik." Hakimi melafaz istighfar perlahan. Doa dipanjatkan kepada Yang Maha Esa. dia berserah segalanya kepada-Nya.


SYURGA | buat adikWhere stories live. Discover now