RUMAH TINGKAT D13A

1K 18 8
                                    

12 hari pertama selepas bersalin, aku berpantang di KL. Mama yang jaga aku kat sini. Dalam masa yang sama, mama nak bagi aku tempoh bertenang dan berehat sambil tunggu aku kuat sikit sebelum balik ke Kelantan. Ya, kampung aku di Kota Bharu, Kelantan. Mama ada cakap dia takut gangguan tu tunggu aku kat rumah sana. Kalau boleh dia nak aku pantang sampai habis je kat KL. Tapi Abah bantah. Katanya dia nak akikah and pantang kat Kelantan. Cucu sulung baq hang, hahaha. Keterujaan tu lain sikit. Husband aku paling teruk kena torture dengan abah sampai dia ambik block leave.

Lepas beranak, aku tak perasan ada gangguan ke idok. Sebab takat bunyi guli, alih-alih perabot, tumbuk sambal malam-malam tu dah benda biasa untuk rumah bertingkat kan. Yang paling menakutkan bagi orang beranak macam aku time tu adalah anak yang taknak tidur malam or asyik nangis. Tu serrrammmm! Tapi nasib baiklah aku dapat anak yang kuat tidur and suami yang rajin bangun tengah malam. Orang tengah excited jadi bapak katakan. Siap ada group discussion kat office untuk share pasal penjagaan anak. Alahaiii..

Hari ke-15 berpantang merupakan hari ke 4 aku di Kelantan. Awal pagi tadi aku dan husband dah selesaikan urusan kambing akikah dan khemah. Lauk kenduri Abah & Mama yang manage. Tengah hari tu, waktu tu Abah aku keluar, Mak Ngah aku sampai. Lagi drama bila time tu mama pulak keluar ke kedai depan gi beli santan. Tinggallah aku dan husband bersama baby kami kat bilik. Mulanya aku tak nak keluar bilik and aku suruh husband aku kelentong cakap aku tidur and taknak diganggu. Cheewah! Tapi sebab husband aku ni memang tak cekap bab-bab berdalih ni, aku pun keluarlah mengadap malaun tu. Eiii…nyampahlah haiii. Sabar jer la. Aku pandang jer dia sambil senyum sikit sebanyak.

Mesti korang kagum macam mana dia kental sangat datang lepas apa dia dah buat kan?Pernah dengar pepatah muka jat bontot? Hah! Dia ni lah. And korang patut tengok apa reaksi dia masa datang rumah aku tu. Macam takde ape-ape. Macam dia innocent. Memang makcik aku ni muka tebal mengalahkan Superman yang pakai spender kat luar. Pastu boleh pulak dia rampas anak yang husband aku duk dukung semata-mata dia perasan anak aku nak Mama Tok yang dukung pulak. Purffftttt! Alih-alih anak aku nangis-nangis tak nak dia dukung. Rasakan!

Tak sempat makcik aku tu panas bontot kat rumah tu, Mama sampai. Boleh pulak mama aku menggelabah tengok kakak sendiri. Tapi dia buat-buat cool walaupun sebenarnya lepas makcik aku balik, berasap tapak tangan dia urut dada tanda lega, hehe. Padan muka. Tapi mama aku ni dia takleh terima bila aku mengata kakak dia. Mungkin dia still in stage of denial. Yerlah, bukan senang beb nak terima darah daging buat perangai gitu. So kalau aku nyampah pun, aku cerita kat husband aku jer. Kalau cerita kat mama, mulalah dia berpeluh pastu mulalah naik dia punya darah tinggi. Kenapa tak cerita kat Abah? Hee…tiap kali sebut nama makcik aku, setiap kali tu lah abah nak gi jumpa sami ‘Tok Cha’. Marah betul dia. Diamlah kami taknak sentuh pun hal ni selagi boleh.

Korang tahu, masa time akikah, actually aku tangkap makcik aku berpeleseran kat dalam bilik aku sedangkan semua tetamu and manusia lain kat bawah. Aku nampak jer kelibat dia masuk ke bilik aku,nah. Aku terus pecut ke bilik. Anak tangga 4 batang tu pun main lompat jer sambil pegang perut. Skill sprinter zaman sekolah masih utuh weii, hahaha. Dia tahu kott aku kejar dia, bila aku masuk pantas jer dia cakap nak pinjam tandas. Aku plak bagi alasan nak tengok handphone. Aku tunggu dia masuk toilet sambil message husband aku suruh datang ke bilik. Masa tu aku fikir, ni orang tua ni mesti nak cari alasan nak stay kat bilik aku. Bila dia keluar dari tandas, dia cakap nak rest kat bilik aku. Alasannya kat luar ramai sangat guest sampai dia migrain. Memang tak dapatla, canteeekk sikit! Nasib baiklah husband aku ni tangkas datang ke bilik. Maka muncunglah dia keluar dari bilik tu.

Mesti korang terfikir kenapa aku tak tampar jer muka dia laju-laju, kan? Ustaz pesan orang macam ni tak guna pakai kekerasan zahir sebab dia buat pun guna cara batin. Jadi kalau nak lawan, lawan cara batin jugak melalui amalan. And one more thing, makcik aku ni, tak kira kau rasa nak marah camana pun, bila berdepan dengan dia, kau akan rasa belas kasihan dan iyakan ajerrrr.. Belum lagi part dia peluk-peluk cium pipi takpun sampaikan husband aku pun dia cium peluk. Haih! Sudahnya, husband aku pulak yang diganggu. Dalam pantang, aku kat Kelantan manakala husband aku kat KL. Everyday husband aku diganggu dengan bau-bau and mimpi perempuan cantik datang mengaku tu bini dia.

cerita seramWhere stories live. Discover now