◆01◆

608 35 3
                                    


Emyra p.o.v

Aku merupakan pelajar baru di sekolah ini.Di hadapan pagar tertulis dengan besarnya nama sekolah ini iaitu Morning Glory High School.Aku terus masuk ke dalam sekolah dan mula untuk mencari pejabat.

Sampai sahaja di pejabat,aku disuruh untuk pergi berjumpa dengan pengetua di biliknya.

Setelah mengetuk bilik pengetua dan dibenarkan masuk,aku melihat ada 3 orang pelajar perempuan yang aku rasa sama macam aku jugak iaitu pelajar baru.

"Ok..kamu semua merupakan pelajar baru kat sini kan.Jadi ini jadual belajar kamu.Kamu berempat boleh pergi ke kelas yang bernama 4PA.Ada apa2 lagi soalan nak tanya??",kata pengetua itu.

Kami semua menggelengkan kepala menandakan takde apa yang hendak ditanya.

"Ok,kalau takde apa nak tanya..Kamu semua boleh beredar dan masuk ke kelas sekarang",kata pengetua.

Aku dan 3 orang pelajar perempuan tadi keluar daripada pejabat dan bergerak mencari kelas kami.

"Nama korang apa?? Nama aku Nur Emyra Zulaika.Boleh panggil Emyra je. Selamat berkenalan", tegurku.

"Nama aku Farah. Selamat berkenalan", kata budak perempuan yang berkaca mata besar itu.

"Nama aku pula Najwa Natasha. Korang boleh panggil aku tasha",kata budak perempuan yang berkulit agak gelap sedikit.

"Nama aku pula Intan. Nice to meet you",kata budak perempuan yang berdiri di sebelah Farah.

Kami berbual-bual kosong sambil mencari kelas baru kami.Sampai sahaja di kelas 4PA,kami dibenarkan masuk oleh cikgu dan memperkenalkan diri masing-masing di hadapan kelas.Selepas itu,kami pun duduk di tempat yang kosong.

Farah duduk dengan Intan.Aku pula duduk dengan tasha.Kami pun belajar seperti biasa sehinggalah waktu rehat.

Skip...

KRINGGGG...

Kedengaran bunyi loceng sekolah menandakan sekarang merupakan waktu rehat.

Aku, Farah, tasha dan intan pergi ke kantin bersama-sama dan memesan makanan.

Kami terus duduk di meja yang kosong dan makan bersama. Semasa kami sedang makan, kami terdengar perbualan daripada 2 orang budak perempuan yang berada di sebelah meja kitorang.

"Kau tahu tak ada orang kena kacau lagi dekat bilik boss semalam. Tak silap aku budak form 3.Seram lah pulak nak bertugas kat sana hari ni" ,kata salah seorang budak perempuan yang bernama Aisyah di nametagnya.

"Kan.. Aku pun takut nak bertugas kalau macam tu. Tapi kalau tak bertugas nanti cikgu marah",kata kawannya yang aku agak bernama fatihah daripada nametag yang berada di tudungnya.

"Wei, korang dengar tak apa yang budak sebelah ni cakap pasal bilik boss. Bilik apa tu?? ",tanya Tasha.

"Entah lah.. Bilik pengetua ke?? ",kata Farah pula.

"Aku rasa bukan sebab diorang cakap pasal bertugas. Takkan lah nak bertugas dalam bilik pengetua",kataku.

"Betul jugak kan",kata Farah.

Tiba-tiba ada pengawas sekolah menegur kami yang sedang elok bersembang.

"Korang ni pelajar baru kan?? Sorry lah tadi dalam kelas tak sempat nak tegur",kata pengawas perempuan itu.

"Ya.. Takpe. Kenalkan nama saya Emyra. Selamat berkenalan",kataku.

"Saya pulak Farah"

"Nama saya Natasha Najwa. Boleh panggil tasha"

"Nama saya Intan. Nice to meet you"

"Oohh.. Selamat berkenalan semua. Nama saya Rohanieza. Boleh panggil roha"

"Boleh tak saya nak tanya bilik Boss tu bilik apa ya?? ",tanya intan.

"Bilik BOSS.. Bilik berhantu tu ke?? ",kata roha.

"Berhantu?? Apa maksud awak?? ",tanyaku.

"Bilik BOSS ni ialah sebuah bilik operasi untuk pinjaman buku teks. Bilik ni korang boleh nampak di sebelah tandas perempuan. Dengar kata orang, bilik itu berpenghuni",jelas roha.
"Maksudnya bilik tu memang berhantu lah ya",kata Farah.

"Ya memang berhantu. Sapa yang masuk ke dalam bilik tu sorang2, dia akan kena kacau",kata roha.

KRINGGGG....

"Tu bunyi loceng dah berbunyi korang semua pergi lah masuk kelas",kata roha.

"Baiklah",kataku.

Kami berempat pun pergi lah ke kelas dan belajar seperti biasa. Perkara tadi masih lagi bermain di mindaku. Aku tertanya-tanya bagaimana bilik itu boleh berpenghuni.Aku rasa aku patut siasat pasal perkara ni...

Tbc...

[C]MISTERI BILIK BOSSWhere stories live. Discover now