◆03◆

368 35 10
                                    

Keesokkan harinya...

Emyra p.o.v

Hari ni aku ingat nak bagitahu kepada Farah dan Tasha tentang apa yang aku bincangkan dengan Intan semalam.

Lagipun aku rasa masa ni sesuai sebab cikgu Matematik tak hadir hari ni. Jadi semua pelajar bebas untuk buat kerja masing-masing.

Aku memanggil Farah dan Intan untuk berkumpul di mejaku dan meja Tasha untuk senang kami berbual.

"Wei korang,semalam aku dengan Intan dah setuju untuk siasat pasal bilik BOSS tu. Korang berdua nak join tak?? ",tanyaku.

"Aku okay je",kata Farah.

"Of course lah aku join. Aku pun nak tahu pasal misteri bilik tu jugak ",kata Tasha.

"Ok good.. Misi untuk siasat bilik tu bermula hari ni",kataku.

"Hari ni?? ",tanya intan.

"Ya hari ni. Masa rehat nanti kita tanya pengawas SPBT yang kita jumpa dekat kantin hari tu",kataku.

"Oohh pengawas yang duduk sebelah meja kita tu ke?? ",tanya Farah.

"Aahhh.. Tak silap aku nama dia Aisyah dengan Fatihah",kataku.

"Okay. Kita pergi jumpa diorang masa rehat nanti",kata Tasha.

Skip...

Waktu rehat...

Aku, Intan, Tasha dan Farah mula mencari Aisyah dan Fatihah untuk mendapatkan maklumat tentang bilik BOSS itu.
Setelah lama mencari, akhirnya kami jumpa mereka berdua di taman sekolah.

"Minta maaf ya.. Nak tanya, ni Aisyah dan Fatihah ke?? ",tanyaku.

"Ya saya Aisyah dan ini kawan saya Fatihah. Ada apa ya?? ",tanya Aisyah.

"Emm.. Sebenarnya kami nak tanya beberapa soalan tentang bilik BOSS tu. Boleh tak korang jawab soalan kami?? ",kataku.

"Baiklah tapi kitorang jawab yang mana kitorang tahu je lah ya",kata Aisyah.

"Ok. First kitorang nak tahu,sejak bila bilik BOSS tu berhantu??",tanya Tasha.

"Tak silap saya rasanya 3 tahun lepas perkara itu terjadi apabila ada seorang budak kena kacau masa masuk bilik tu",jawab Aisyah.

"Kalau macam tu,mesti ada sebab kenapa bilik tu berhantu kan?? ",kata Intan.

"Ya. Asalnya sekolah ini aman damai je. Takde pun masalah berkenaan dengan hantu ni. Tapi pada suatu hari,.....sekolah ni telah dikejutkan dengan adanya mayat dalam bilik tersebut...",kata Fatihah.

"Mayat?? ",tanyaku.

"Ye mayat... Kami dengar ada 3 orang mayat dalam bilik BOSS tu. Tak silap saya mereka bertiga merupakan pelajar form 4",kata Aisyah.

"Boleh tak kalau kitorang nak tahu nama pelajar tersebut?? ",kata Farah.

"Rasanya nama pelajar tersebut ialah Syafiq, Nizar dan Ammar",kata Fatihah.

"Ohhh.. Tapi diorang mati sebab apa ya?? Pembunuhan ke?? ",tanyaku.

"Itu kami tak tahu. Ada orang kata mereka dibunuh dan ada juga yang kata mereka bunuh diri. Sampai sekarang takde siapa pun yang tahu sebab mereka mati",kata Fatihah.

"Oohh. Macam tu rupanya.. ",kataku.

Tiba-tiba bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

"Terima kasih ya Aisyah dan Fatihah sebab bagi maklumat pasal bilik tu dekat kitorang",kata Intan.

"Sama-sama. Kitorang masuk kelas dulu lah ya",kata Aisyah dan beredar daripada situ.

Aku, Intan, Tasha dan Farah turut beredar untuk masuk ke dalam kelas.

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Morning Glory High School...... Nama sekolah ini sungguh cantik dan sesuai dengan sekolah yang agak mewah dengan kemudahan yang canggih ini.

Tapi pada waktu malam, sekolah ini menjadi sunyi sepi tanpa manusia kecuali...................Bilik BOSS yang sering didengari pelbagai bunyi sehingga menyebabkan bulu roma meremang.

Hantu p.o.v

"Wei, kau okay tak?? Masih sakit lagi ke?? ",tanya Syafiq.

"Kau boleh tanya soalan bodoh macam tu. Mesti lah sakit!! Kena ayat suci al-quran kut",kata Nizar.

"Tulah kau banyak sangat buat dosa. Padan muka!! ",balas Syafiq pula.

"Eh!!Korang boleh senyap tak??!!! Aku nak tidur pun tak senang lah".Ammar tiba-tiba menyampuk perbualan mereka berdua tapi Syafiq dan Nizar mengendahkan rungutan Ammar tadi.

"Kau ni gemuk.. Cakap ikut suka hati kau je kan!! Kenapa bukan kau yang rasuk budak tu semalam?? ",tanya Nizar.

"Alah.. Kau tahu kan badan aku macam mana.. Mana muat nak masuk dalam badan budak perempuan tu. Dahlah badan dia kecik. Jenuh tau aku cuba nak masuk dalam badan budak tu tapi aku ditendangnya pula. Sedih hidup aku!! ",kata Syafiq.

"Tulah kau!!Bila aku suruh kau diet kau tak nak ,kau pergi melantak pulak 10 pinggan nasi. Bila masa kau nak jadi kurus kalau macam tu",balas Ammar.

"Alahai bodohnya kau ni.. "kata Nizar dengan suara yang perlahan.

"Kau cakap apa tadi Nizar??.... Ulang balik!!!",kata Syafiq sambil memberikan renungan maut kepada Nizar.

"Tak aku cakap kau pandai lah.... Teruskan sifat makan kau tu ya.. Senang sikit aku nak jadikan kau bola bowling. Mesti banyak kali kena strike punya",jawab Nizar dengan selambanya.

"Jahanam betul la Mamat ni.. Ada jugak yang makan kaki karang!!!...",kata Syafiq.

"Buat apa aku nak makan kaki kau. Bukannya sedap pun.. Banyak lemak. Baik makan kaki ayam lagi sedap.. ",kata Nizar.

"NIZARRRRRR..... KAU SINI!! BIAR AKU MATIKAN KAU UNTUK KALI KEDUA PULAK.. JAHANAM!!! ",jerit Syafiq dan cuba mengejar Nizar yang sedang berlari menyelamatkan diri daripada dihempap oleh Syafiq.

Bersambung....

Ok saya tahu cite ni agak mengarut dan tak nampak langsung ciri2 horror dalam cite ni..

Saya cuma nak tekankan cite ni hanya rekaan semata-mata. Semua ini datang daripada imiginasi sahaja ya. Harap korang suka cite ni and please give me a vote and comment okay.. ♥*^▁^*



[C]MISTERI BILIK BOSSWhere stories live. Discover now