Crush (1)
PENGGUNAAN BAHASA KASAR TERSELIT DALAM CERITA INI .SAYA MINTA MAAF AWAL-AWAL KALAU ADA YANG "MENYAMPAH" ;) .
~Nama aku kau tak perlu tahu . Dan aku hanya akan bahasakan diri aku "aku" aje dalam cerita ni . Cuma nak bagitahu ini bukan kisah bangsa melayu yang apabila tercrush dekat si dia ,dia akan balas cinta aku dan dia akan sweet'2 gituhh dengan aku ,ohhh no no no ..itu bukan cerita aku . Kalau kau nak cerita happy ending boleh
Mampus :) ........ ...........................................
~mempersembahkan ~
Inilah kisah hidup aku .
" Wehhhhhhhhhh rindu sia ! Sebulan tak jumpa buat aku angau dekat korang semua . Serious ahh aku benci cuti skolah tahun lepas . Hambar sial ! . Aduh duh duhhh rindu siak dekat korang semua" .Dan disitu Terjadilah drama melayu peluk memeluk serta jeritan -jeritan member aku yang gila'2 tu . Semua orang yang ada dekat area kami memandang jijik dan menyampah ! .
Ada aku nak terkesah ke dengan pandangan korang tu cik jemah ? . Sape je wehh tak sayang member ! .
Tahun baru kali ni aku dah berazam nak mendajal orang , jadi gila -gila dan sawan berjemaah bersama member aku . Ahahah ,gurau je dowhhh ..Tahun baru dah masuk ,so azam aku pon bagus-bagus lah nanti .
Hmmm ,tengok ahh macam mana kan ? .
Sudah menjadi rutin harian Sekolah Menengah Dato Haji Talib Karim buat perhimpunan pagi . Alahhh satu sekolah dekat Malaysia pon buat lah ,so jangan nak buat'2 amnesia atau pelik pulak lah ye .
Dan seperti biasa ,siapa je yang suka perhimpunan ? 😏 kau suka ke ? .
Kami beratur mengikut barisan kelas ,setelah selesai menyanyikan lagu negaraku ,lagu negeri serta lagu skolah ,kami pon di arahkan untuk duduk di atas tar yang dah berkurun lama terbaring dekat situ . Aku memandang ke bawah untuk mengelak dari terkena sinaran matahari yang membakar ! .
Dan ini salah satu sebab kenapa aku tak suka perhimpunan ! .
" ishhh ,panas siakk ,lenguh kaki aku bersila hah" . Rungutku .Korang semua jangan nak acah murni lah ..nak kata aku ngade-ngade macam anak najib . Ni nak bagitahu ,setiap pelajar akan rasa azab duduk dekat perhimpunan pagi . Salah satu contohnye kau akan diterangi dengan sinar matahari yang membawa sejuta kesengsaraan . Tapi aku baik ,cikgu pernah kata "pabila engkau dapat sinaran cahaya matahari dapat vitamin yang baik and bla bla bla " .
Dan baiklah cikgu ..kami memang dapat vitamin yang cikgu maksudkan tu .
Vitamin abah dia ! .
" Wehh farah ,kau tengok dak Pinah tu ..kerja asyik menjeling je ,fikir baguslah tu ." Aku mulakan sesi mengumpat cikgu bersama farah ,member kamcing aku . Maaf cikgu , salah cikgu jugak jeling-jeling saya . And yah ,saya tahu saya lawa dan cikgu salah satu fans saya lah tuhh ! .
" haah , jeling jer kerja dia ..pe masalah pon tak tahu ahh ,gaduh ngan laki lah kot smalam . Mana tahu laki dia ngajok sebab tak dapat buat 'projek' malam tadi ." seloroh Farah . Dan Sesungguhnya minah ni otak kuning ! .
" hahahhaa pale bana dia ...bodoh lehh kau hahahah" . Aku pon ketawa lah bile dia cakap macam tu ,takkan lah aku nak menangis pulak ann . Huihhh Farah memang giler .
Selepas mendengar ucapan guru-guru serta pengetua ,kami diarahkan pula oleh ketua pengawas untuk masuk ke kelas masing-masing . Dan kami mendapat lagi satu azab , giler tak azab time nak bangun kaki kau lenguh sebab bersila lama sangat . Dan waktu tu mula lah dorang semua buat regangan badan ,macam'2 aksi kau dapat tengok ..ahahah manusia semua sama je ! . Dan aku pasti korang pon pernah rasa azab ni ann ?.
Aku dengan Farah serta member yang lain pon gerak ke kelas , tahun ni kiteorang dah jadi senior gituh , helehhhhh , baru form 2 je pon dah nak membatak dipanggil senior ann ? . Ahahah jangan cakap orang sebab kau dulu pon sama je ! . Kite dah besar ,form 1 pandang sebelah mata je woiii 😂😂. Bukan setakat form 1 , form 3, dengan form 4 pon kami boleh langgar lehhh . Kalau form 5 tu ..mintak menjauh lahh sebab dorang lah "kepala segala setan" dekat skolah .
Setelah masuk kedalam kelas 2AA , aku pon memilih tempat duduk . And yah ,aku duduk sebelah bff aku dari skolah rendah ,nama dia Afeeqah . Dia gila-gila jugak macam farah ,tapi kadang-kadang aku scary dengan dia ni ..sebab apa ? Sebab tangan dia ni suka merayap . Merayap yang macam mana tu ehh ? ..ahahah jangan memacam ! . Tapi apa-apa pon dia ni lah member yang memahami aku ,kalau buat jahat pon sama-sama . Haihhhh sayang gile dekat dia .
Wehh Feeqah ,kau jangan kembang satu badan pulak sebab hakak tak mampu nak belanja kau spender baru .😙😂😂😂.
"Wehhh feeqah ..lepas rehat kau free tak ? ..aku nak ajak kau usya budak form 1 lah " . Kataku sambil tersengih .
Apa ? ..salah ke nak cuci mata kat blok form 1 pada hari yang begitu indah ni ? . Mohon jangan kata aku acah ,membatak dan sebaris dengannye . Aku manusia wehh , kau pernah ke jumpa manusia paling suci ? . Hohoho .
" aku busy ahh ,sebab nanti budak'2 form 1 nak amik buku teks .. Cikgu panggil aku suruh tolong " .
" alahh" . Bodohnyer aku boleh lupa yang Feeqah dah jadi pengawas SPBT .
" hmmm sokey ahhh" . Kali ni aku terpaksa beralah dengan dia . Dia pon ada tanggungjawab gak ann ?
..alahhh tak yahh terkejut sangt lahh yang dak Feeqah tu jadi pengawas SPBT. Tak semestinya yang brutal and yang jahat'2 dan nakal'2 tak layak nak jadi pengawas . Hello ,sejahat-jahat kami result exam gempak tauu ..bukan cukup-cukup makan ye .
Kali ni aku mengalah ,aku faham dia kena tolong cikgu . Lagipun aku pengawas jugak tapi bukan SPBT macam Feeqah . Aku mana mampu 😂😂 aku mampu jadi pengawas PSS sekolah je ! . Ngehngehngeh .
Waktu rehat .
Aku mengelap peluh yang mengalir di dahi aku yang suci murni ni ..ahahaksss, gile ke tak berpeluh ,aku terpaksa habiskan 10 minit waktu rehat semata-mata nak turun tangga dekat blok form 2 . Harap pengetua je cemerlang ,tapi sekolah dia macam haremm ! . Buat lah lif ke ,eskulator ke kan ? . Ahahha bangsa-bangsa najib semua nih ! . Suka nyusahkan orang .
Sampai je dekat kantin ,aku dah mengeluh kecil . Yelah ramai sangat budak kat kantin ,maybe first day skolah kot ..sambil-sambil beratur aku memandang keadaan sekeliling . Dan aku dapat satu fakta baru ! .
Budak-budak form 1 semua ketot -ketot comel comel je . Hahahah adik aku yang darjah 4 tu lagi tinggi kot .😂😁 maaf batch 04 ...korang comel-comel sangat lah ! .
Aku leka memandang orang yang ada dekat kantin ni semua sampailah mata aku bertaut dekat seorang budak ni . Dia nampak ragu-ragu cari tempat duduk disitu . Hmm,maybe dia budak baru yang tengah mencari kawan kot ? . Haihhh tak semena -mena aku teringatkan peristiwa first day masok skolah .
"Wehh kau tengok sape tu ?" . Tanya Wardah ,member sekepala aku jugak .
" tu ..tengok lah budak tu comel kan ? ..aku suka tengok dia senyum" . Kataku sambil tersengih .
" ihhhh ,gatal !" .
"Kau pun sama je " . Aku memandang wajah lelaki tadi ,entah kenapa aku rasa nak lebih tahu tentang diri dia lagi . Aku gelisah , jantung pula asyik memainkan peranan dan berdegup dengan kencang . Tanpa aku sedar ,aku leka memerhatikan budak tadi dengan senyuman yang tidak lekang .
Dan aku pasti dia istimewa dari yang lain .
P/S ...hambar ke ? Hmm,maaflah :) ,Moga terhibur ye .
Saya kembali dengan buku yang ketiga ,walaupun buku yang pertama dan kedua belom selesai😂. Hmmm takper lahh ,saya harap semua boleh doakan saya dapat habis kan semua cerita tu . Mungkin saya akan update bab yang terbaru untuk " Dia ! Bini Kesayangan" . Harap semua boleh tunggu and beri sokongan ye ?.
Sesungguhnya yang salah datang daripada diri saya sendiri 😊.
Assalamualaikum ,.
YOU ARE READING
Crush
Short Story"Kau rasa ape benda yang paling bahaya " "Cinta weh .....sebab ianya mampu memakan diri sendiri " " Uishh dahsyat nye ..sejak bila cinta boleh makan org ni" " kau nak makan kasut aku ke hanat ?" Eiii budak ni ..