Bab *2*

120 10 4
                                    

P/s ...maaf kalau cerita makin hambar dan mengarut . Maklom lah yang buat cerita ni hanya MANUSIA BIASA .😊😊,enjoy k .

Crush (2)

"Percayalah aku selalu ambil berat tentang kau,aku selalu perhatikan kau dari jauh . Aku gembira bila nampak kau . Senyuman aku ni selalu ikhlas untuk kau . Tapi maaf , aku tak mampu nak mendekati kau lebih rapat . Mungkin aku ditakdirkan untuk memerhatikan kau dari jauh saja . Dan mungkin itu juga takdir aku ? :) . "

Hari ni hari Jumaat ,and tak sangka dah seminggu kami bersekolah . Apa yang aku boleh kata ,sesi satu minggu persekolahan ni agak hambar and takder cerita gempak yang boleh diceritakan . Hidup aku pula ? ..macam biasa lah belum nazak lagi ,masih sihat alhamdulillah .

Kebiasaan pada hari Jumaat ,sekolah aku akan adakan bacaan yassin di tapak perhimpunan . Aku menghayati alunan suci ayat Al -quran yang disampaikan oleh abang form 6 . Mirzan namanya .Orangnya hensem ,sehensem namanya Mirzan Tarmizi . Aip aipp gatal sungguh ! .

Normal lah setiap yang baik mesti ada buruknya jugak . Aku perhatikan akak-akak senior yang memekak tak tentu pasal . Mungkin dorang period kot ,tapi tak reti nak hormat ke sia ? . Orang baca Al -quran kot .

* -*

Setelah selesai majlis bacaan Yassin ,kiteorang mendengar ceramah dari ustaz pulak . Ceramah pendek je ,maybe dalam 10 ke 15 minit . Aku membetulkan tudung lalu memandang ke arah kawan aku ,Faizin .

" Wehh ,kau dah siap kerja math ?" . Soalku sambil tersengih .
"Belum lagi" . Balas Faizin , aku menghelakan nafas lega . Nasib baik dia tak siap kerja math jugak .ngehngehngeh lega sikit hati aku yang gelisah pasai tak siap kerja math 😂 .

Mata aku melilau memandang barisan budak form 1 , hampa wehh ! Muka budak lelaki dikantin tempoh hari aku tak nampak pon . Takkan dia tak datang lagi kot ? . Automatik jam ditangan kiri aku toleh ,hmm dah pukul 7:30 mustahil dia tak masok skolah lagi ann .

" wehh Faizin ,nanti kau teman aku boleh tak " . Soalku lagi kepada Faizin . Aku tergelak kecil bila terlihat dahi Faizin berkerut ,maybe aku kacau dia agaknya . Haihhh ,nak buat camne aku memang dilahirkan untuk menjadi pengacau .

"Boleh je ,kau nak aku temankan gi mana " . Makin melebar senyuman bila Faizin setuju nak teman aku . Eyeyeye dapat jumpa budak tu ! .

" teman aku gi blok form 1 lepas perhimpunan ni ehh" . Kataku sambil tersenyum penuh makna .

"Hmm ok " .

~ ~

Aku dan Faizin berpegangan tangan ketika menaiki tangga blok form 1 . Hampa semua jangan dok fikir kami lesbi pulok 😂,masalah skarang ni ramai sangat budak berebut nak naik tangga . Kang kalau aku tak pegang dia mati pulak anak orang dekat situ kan ? .

Aku lelah nak naik tangga duhh 😌 . So langkah pon diperlahankan .

" ehhh boleh cepat sikit tak jalan tu ,ramai lagi kot nak jalan" . Marah seorang budak perempuan dan aku pasti dia budak form 1 . Lorhhh memang lah form 1, kan aku ada kat blok dia shit ! .

Aku toleh kebelakang nak melihat gerangan manusia jahanam yang tak reti nak bersabar tu ,dan yah ! aku dah agak dia budak dari kelas 1AA . Tak tahu kenapa tahun ni 2AA tak ngam dengan 1AA . memang tak boleh ngam agaknya sebab perangai sekor-sekor cam tah pape . Membatak je dorang tahu buat .

Aku senyum sinis . Dia fikir nak sangat lah aku dengar cakap dia tu 😪.

" kalau kau tak boleh sabar pergilah naik tangga lain ." balasku lalu cepat-cepat beredar naik ke atas bersama Faizin . Dan dapat aku dengar suara -suara manusia yang mengumpat di belakang . #sisredho 😌.

Kami sampai di koridor blok , dan aku betol-betol berdiri belakang pintu kelas 1RK1 . Rasa gementar mulai merasuk diri aku sekarang . Ahh sudah ,aku malu nak stalker mamat tu ! . Macam mana kalau dia perasaan ? . Huh hakak nevessss siakk ! .

Aku tarik tangan Faizin agar dia menghentikan langkah untuk pergi ke hadapan pintu kelas itu .

" Wehh Faizin ,patah balik lah wehh ..aku ..aku malu ahh ,ishh tak nak ahh wehh malu kot nanti" . Kataku agak gelisah . Ahh tadi aku yang beria-ria nak tengok mamat tu .

tapi tu tadi 😥 ...entah kenapa aku rasa gementar semacam padahal budak tu tak tahu pon aku ni sape . Mungkin dia tak tahu aku wujud dekat skolah ni agaknya kan ? .

" Ishhh ,dah sampai kot lalu jelah wehh yang kau nak beria sangat pahal ..budak tu bukan tahu kau ni sape pon lek lek sudah ahh " . Balas Faizin bersahaja ,langkah kaki dia bukan main laju lalu depan kelas tu . Aku dengan perasaan yang berbelah bahagi terus melajukan langkah kehadapan .

"Huuisshhhhhh aduhhhh nyesal betol aku plan nak buat bende bodoh macam ni " . Bak kata orang dulu -dulu ..sambil menyelam minum air ann ? ... Aku apa lagi ,mata ni dok melilau cari budak tu .Macam-macam aku rasa sekarang ni , aku rasa gelisah ,takut,suka,malu ahh macam macm lah 😂

" wehh kau nampak tak crush kau tu ? Dia ada tak tadi" . Kata Faizin

" jap jap" . Aku merenung budak yang duduk di meja belakang kelas sepintas lalu , sekilas je dapat tenung dia tapi aku yakin tulah dia budak lelaki haritu ,Ya Allah happy gila dapat jumpa dia 💞💞💞 . Aku pon berlari anak ke arah Faizin yang menunggu di hujung blok itu dengan perasaan yang berbunga -bunga . Segala rasa resah dan gelisah hilang serta merta lepas aku nampak dia ! .

" jumpa dah ke ?" . Balas Faizin sambil bibir dicebikkan .

Fikir mak jemah kesah ke yang ? .. Hakak bahagia lahh harinie 😍😍😍 .

Dengan sengihan yang makin melebar ,aku mengangguk tanda meng'iyakan .

Dan begitulah cerita aku pada hari ini . Sepanjang perjalanan nak ke kelas ,berbakul bakul pujian aku hadiahkan untuk budak lelaki tadi . Bagi aku dia tak handsome tapi dia macho . Senyuman dia unik ..hadududuhhhhhh .

" aku pelik tengok kau ni , yelah kot dengan budak bawah kite pon kau boleh sangkut ekk ?" . Kata Faizin

" love is blind wehh , alahh tak yah cakap banyaklah ,kau dengan AJ pon sama je " . Balasku pula sambil tertawa kecil .

"Huh yela . Hah kau tu jangan dok senyum and tersengih sorang'2 lahh wehh ,scary kau tahu tak ? Macam hape je kau ni " .

Aku tertawa lagi , pandangan terus dilarikan ke arah langit yang agak mendung . Dan aku akui ,aku gembira pada hari yang mendung ini .

Dan sekali lagi ,senyuman ikhlas aku terbentuk untuk seorang lelaki yang belum diketahui namanya .

CrushWhere stories live. Discover now