MEMALUKAN .
Awal pagi lagi kami digemparkan dengan berita -berita hangat dari pengawas sekolah yang berkemungkinan sebentar lagi akan ada sesi "songlap barang haram" , ni mesti ada kes budak merokok lagi ni ..tak pun bawak fon pi sekolah . Aku dan semua batch form 2 diarahkan untuk turun ke tapak perhimpunan . Kami berjalan secara berjemaah dengan tenang kerana tidak ada apa yang perlu dirisaukan melainkan ada yang bawak barang haram masuk sekolah lah .
setibanya kami di tapak perhimpunan , masing -masing mengambil tempat yang sudah terbiasa kami pilih untuk duduk . Al kisahnya majoriti dari kelas kami adalah perempuan solehah (wahaha yeke ni ) ,pihak sekolah telah menetapkan barisan mengikut kelas dan sepatutnya kami berada di barisan hadapan dan terpaksa duduk dengan lelaki .
Tapi harem ... kau fikir kiteorg nak duduk depan dengan lelaki ke ? .
jadi kami semua bersepakat untuk duduk belakang bersama pelajar perempuan yang lain secara diam -diam . Tapi tulah orang kata , sejauh mana kau menipu mesti kantoi jugak . Aku dan Ayuni mula cuak bila nampak kelibat Cikgu Hapi yang berdiri betul -betul di barisan kelas kami yang kosong tu . Matanya melilau seperti mencari seseorang, kau pasti ke dia cari seseorang ? sbb aku rasa mata dia melilau mencari 26 orang pelajar yang tak duduk kat barisan yg betul .
Aku dan yang lain buat -buat bodoh , berlakon macam orang tak bersalah . Dalam sekitar 10 minit gitu Cikgu Hapi pun berundur ke belakang pentas astaka , dan sekaligus membuat aku dan yang lain -lain menarik nafas lega . Yeah baby ..masih belom kantoi .
" nasib baik doh Ayu ..aku ingat kita kene panggil dok depan tadi ..aku ingat cikgu cari kelas kita lah ..nasib baik dia dah blah weh haha " .
" tulah pasal ..aku kecut doh tadi ,memang tak ahh aku nak duduk tengah -tengah dak laki uh ,kang tak pasal -pasal jadi santapan mata pulak kan " . Aku sekadar mengangguk kecil dan kemudian terus mengalihkan pandangan ke arah Cikgu Jebon yang ingin memulakan percakapannya .
Suasana sunyi sepi ..sekali rasa macam takde orang yang duduk kat dataran ni ,dan sekaligus buat aku rasa kecut tiba -tiba padahal aku tak buat salah .
" Assalamualaikum saya ucapkan kepada para guru serta anak murid yang dikasihi ( padahal meluat), pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua telah memberi kerjasama yang cukup baik ..so saya malas nak berkias dengan murid-murid semua , saya rasa awak tahu kan kenapa awak semua dipanggil ? , jujur saya cakap saya selaku guru dari unit disiplin teramatlah kecewa dengan anda semua ni " .
Duh ..aku je ke yang rasa diri aku ni paling jahat dalam dunia ? . Aku memandang sekeliling ,majoriti semuanya menunduk sebaik sahaja Cikgu Jebon meluahkan perasaannya di astaka. Kecewa bagai ..besar sangat ke kes kali ni .
" Kamu semua bukan budak darjah 6 yang perlu saya ingatkan banyak kali serta nasihat banyak kali , saya tak faham lah kamu semua ni fikir sekolah ni bapak kamu yang punyer ke ! suka hati kamu semua je kan nak bawak masuk fon pi skolah , isap rokok dalam toilet ..ada yang bercouple bagai ..kamu semua tak malu ke post gambar dekat ig amik gambar bukan main dekat saya tengok , mak bapak kamu takkan tak ajar agama kot dekat rumah ..saya dah malas nak cakap dengan manusia yang tak faham bahasa melayu mcm kamu semua ni . Tolong jaga reputasi sekolah ye ..yang form 5 tu jangan bersuka ria sangat ..sama jugak yang form 1 tak padan dengan kecik ! . "
YOU ARE READING
Crush
Short Story"Kau rasa ape benda yang paling bahaya " "Cinta weh .....sebab ianya mampu memakan diri sendiri " " Uishh dahsyat nye ..sejak bila cinta boleh makan org ni" " kau nak makan kasut aku ke hanat ?" Eiii budak ni ..