Bab 3

4.3K 120 2
                                    

SEPERTI selalu, bila berkumpul ramai begini, mereka akan minum petang di meja makan. Kebetulan anak ketiga keluarga ini atau lebih mesra dipanggil Achik singgah untuk mengambil anaknya yang memang ditinggalkan di rumah tersebut.

Selalunya menjelang malam baru muncul. Tapi hari ini, sebelum jam enam petang sudah tercongok depan pintu.

Seperti biasa juga, bila berkumpul ramai begini, Arlina lebih banyak diam mendengar. Mulut hanya dibuka ketika menyuap makanan. Telinga hanya mendengar keluarga besar ini bercerita macam-macam.

"Along, kenapa angah dah lama tak balik? Takkan dah jadi model terus lupa jalan balik rumah?" Tiab-tiba saja Suzie mencelah dengan soalan maut berkait dengan Hafif.

Dan terus saja semua mata di meja makan tersebut terarah pada Arlina.

Entah kenapa, mata Arlina pula spontan terarah pada Zarief, menanti jawapan sebenarnya. Walau dia tahu kenapa Hafif tidak mahu pulang, Mungkin saja jawapan Zarief lebih detail. Mungkin juga apa yang dia fikirkan silap.

"Entah..." Perlahan saja suara Zarief menjawab. Tanpa nada, seolah langsung tidak berminat untuk berbicara tentang si adik yang satu itu.

"Agaknya dia dah tak suka orang yang ada dalam rumah ni kut." Satu suara menyampuk.

Siapa lagi kalau bukan Achik atau nama sebenarnya Haleeda. Sebab hanya dia sorang saja di dalam rumah ini yang terang-terangan menunjukkan rasa tidak sukanya terhandap Arlina. Dari mula-mula Arlina muncul sehinggalah ke hari ini.

"Takkan angah dah tak suka kita, Achik?" Polos Suzie menyoal balas kenyataan si kakak.

"Bukan kita, tapi bini dia laaa...."

"Eeda!" Puan Habsah yang turut ada di situ menegur. Terkejut mendengar si anak bermulut lepas begitu.

Saat itu, usah ditanya apa yang Arlina rasa, sebab tiada perkataan untuk digambarkan. Memang terkadang dia rasa lelah. Terasa mahu menyerah kalah. Tapi, ini jalan yang dia pilih. Makanya, dia harus hadap walau terpaksa menahan hati.

"Betullah umi, orang dah tak suka tu, masih tak faham-faham." Haleeda mengerling Arlina yang masih nampak tenang.

"Eeda, kamu ada suami kan?" Zarief yang lebih banyak diam sejak tadi tiba-tiba menyampuk. Mata terarah pada si adik.

Haleeda pula sudah berkerut kening. Pelik dengan soalan si abang.

"Jaga suami elok-elok. Dan Daniel tu...." Kali ini Mata Zarief teraraf pada si kecil yang duduk di dalam baby chair di sebelah Arlina. Anak Haleeda tetapi Arlina pula yang sibuk memujuk suapkan makanan.

"Along rasa sikit masa lagi dia boleh keliru siapa ibu dia sebenarnya." Nada Zarief sangat tenang tetapi maksud di sebalik kata-kata itu sangat pedas sehingga Haleeda terasa telinganya jadi panas.

"Apa Along ni, orang cakap lain, dia masuk cerita lain pula." Haleeda bagai tak berpuas hati dengan teguran sinis si abang.

Bukan dia yang suruh Arlina jaga tapi Arlina yang sibuk nak uruskan. Walhal sebelum Arlina muncul, anaknya itu memang sudah ditinggalkan di sini dan Mak Jarah serta umi yang uruskan.

"Along tu, esok-esok cari isteri biarlah yang sepadan dan setaraf." Masih tak puas hati mahu menyinis Arlina, Haleeda menyelar Alongnya pula. Mata menjeling si adik ipar yang diam tak berkutik sejak tadi.

Zarief tidak membalas bicara si adik sebaliknya mata mengerling Arlina. Wajah itu nampak tenang-tenang saja. Di hati terdetik, siapakah sebenarnya wanita ini? Walau diasak dengan kata-kata sinis dan sindiran, masih mampu bertenang begini.

SENTUHAN KECUNDANGWhere stories live. Discover now