Bab 4

4.1K 123 0
                                    

JEMARI Arlina bermain-main dengan cincin di jari sendiri. Cincin pemberian Hafif yang tak pernah dia tanggalkan sejak disarungkan di situ.

Tapi andai nanti jika Hafif benar-benar sudah melupakan janji-janjinya saat menyarungkan cicin tersebut, Mungkin saja ia akan ditanggalkan di depan Hafif sendiri.

Satu nafas berat terhela dari bibir Arlina. Serentak itu, telinganya terdengar orang berdeham. Sekilas dia berpaling sebelum kembali menunduk. Lupa yang sebenarnya dia buakn sendirian.

Dia ambil keputusan untuk menjejak Hafif ke Kuala Lumpur dan dia 'diarahkan' oleh mertuanya untuk pergi bersama 'pemandu' yang sedang memandu di sebelahnya sekarang ini.

"Kalau nak pergi juga, pergi dengan along." Ayat bernada tegas dari mertuanya buat dia terkelip-kelip tanpa mampu membina ayat untuk membantah. Tangan yang lincah menyusun baju di dalam beg pakaian terhenti terus.

"Along?" Bibirnya perlahan menyebut nama itu. Sebenarnya dia mahu katakan, mahukah Along Zarief membawanya menuju destinasi yang dia mahu tuju?

"Umi dah cakap dengan Along."

"Tapi..."

"Kalau nak pergi sendiri, umi tak benarkan." Puan Habsah bertegas, memintas apa jua alasan yang mahu diberikan olehnya.

"Linn adalah tanggungjawab Hafif dan dia dah amanatkan umi untuk jaga isterinya. Andai kata dia balik nanti tengok Linn tak ada, apa umi nak jawab?"

Arlina diam menekur lantai. Persoalannya, Adakah Hafif akan balik mencarinya?

Mungkin tidak! hati sendiri menjawab. Sebab kalau Hafif nak balik, dah lama dia balik. Tak perlu tunggu selama ini.

"Lapar tak?" Soalan orang sebelah mengganggu ingatan Arlina pada mertuanya.

Kepala perlahan digelengkan. Rasanya sudah lama dia lupa apa makna lapar.

"Nak singgah mana-mana?" Kedengaran soalan ditanya lagi.

Sekali lagi Arlina geleng kepala.

"Kalau Along rasa nak singgah mana-mana, Along singgah jer. Anggap saja saya penumpang. Dan adat menumpang, saya akan ikut ke mana saja Along bawa."

"Kalau saya bawa balik rumah saya?" Soalan balas Zarief buat kepala Arlina pantas berpaling ke kanan. Mencari wajah si pemandu tapi wajah itu nampak bersahaja. Tenang memandang ke depan. Tiada apa-apa riak.

Setahu Arlina, rumah Along adalah rumah bujang. Tapi, dia tak pernah ambil tahu pula berapa ramai yang tinggal di situ. Cumanya, kalau rumah bujang, mana sesuai untuk dia dibawa ke situ.

"Kenapa nak pergi KL?" Tiba-tiba soalan lain pula yang ditanya, tanpa menoleh walau sekilas.

"Cari Hafif." Lancar saja jawapan yang keluar dari bibir Arlina. Memang itu pun niat awalnya.

Sebenarnya, dia sudah jenuh mengumpul sabar dan kata-kata Haleeda semalam buat dia sedar, kalau memang Hafif sudah tidak perlukan dia lagi, kenap dia harus menunggu di situ, menjadi melukut di tepi gantang.

"Buat apa cari dia?" Kedengaran Zarief bersuara lagi.

Dan soalan yang diajukan itu buat Arlina sekali lagi berpaling. Kali ini sisi wajah orang sebelah ditenung lama.

"Isteri cari suami, selalunya untuk apa?" Arlina balas persoalan tersebut dengan soalan juga. Suaranya jadi perlahan kerana yang sebenarnya dia sendiri tidak tahu untuk apa dia cari si suami.

SENTUHAN KECUNDANGWhere stories live. Discover now